Super Soft Bavarian Donut Berinti Kastad Homemade Rasa Sweet & Milky

Peminat manisan pasti sukakan donut lembut dan gebu yang berinti kastad ini. Donut dibentuk bujur sedikit dan dileperkan sebelum digoreng dengan api sederhana. Filling kastad yang dibuat sendiri diisi kedalam donut dan terasa bila donut digigit.

 

BAWARIAN DONUT

DONUT

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 250 – 350ml (lebih kurang) air sejuk
  • 2 biji telur kuning
  • 4 sudu besar shortening/ margerin
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar yis
  • 1 sudu besar water roux (lihat nota di bawah)

 

CARA MEMBUAT:

  1. Pukul telur satukan dengan air. Campurkan semua bahan kecuali shortening/margerin. Uli hingga jadi doh.
  2. Selepas itu baru masukkan shortening/margerin. Uli lagi hingga elastik untuk dapat donut yang sangat lembut.
  3. Perap atau rehatkan sehingga naik 2 kali ganda. Buang angin.
  4. Timbang 40gm setiap satu buat rounding hingga licin. Buat bentuk agak bujur dan leperkan sedikit. Biarkan doh naik lagi.
  5. Kemudian goreng dengan api sederhana hingga keperangan.
  6. Untuk dapatkan ring pada donut, tipsnya semasa mengoreng hanya dua kali balik. Bila bahagian sebelah dah keperangan baru dibalikkan kebahagian sebelah lagi.

 

IKLAN

INFO: Water Roux: 1 sudu besar tepung, 3/4 cawan air. Masak hingga agak kental dan ambil 1 sudu besar untuk dimasukkan dalam donut.

 

Super Soft Bavarian Donut Berinti Kastad Homemade Rasa Sweet & Milky

 

CUSTARD FILLING

IKLAN
  • 3/4 cawan susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sudu besar butter/margerin

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan kecuali butter, sebatikan jangan sampai ada ketulan tepung.
  2. Masak api sederhana hingga hampir pekat, masukkan butter dan aduk lagi hingga agak pekat.
  3. Jangan sampai keras, kalau terkeras tambah air lagi dalam 1/4 cawan aduk semula.
  4. Salutkan donut dengan icing sugar, lubangkan donut ditengah-tengah, masukkan custard filling.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Amie Samuri

 

IKLAN

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

Tart Telur Mudah & Sedap Seperti Yang Di Jual Di Bakery Shop

Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Versi Seperti Kedai Bakery Popular

5 Idea Manisan Berasaskan Coklat . Laku Keras Jana Pendapatan.

Terkejut Dengan Rasa Roti Goreng Sosej Cheese Leleh Sangat Enak

Terkejut Dengan Rasa Roti Goreng Sosej Cheese Leleh Sangat Enak

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI