Susah Dah Nak Jumpa Kuih Tepung Pasung. Ini Resipi Untuk Buatnya

Share

Anda kenal tak kuih ini? Kuih dulu-dulu yang susah untuk ditemui sekarang ini. Nama kuih ini Kuih Tepung Pasung atau Kuih Serunai.

Kuih ini sangat popular di pantai timur sama ada Kelantan, Pahang dan Terengganu. Diperbuat dari tepung beras, tepung gandum, gula melaka @ nisey, santan , tepung ubi dan dibentuk dalam kelongsong daun pisang. Sesuai dimakan waktu pagi atau waktu petang.

Melalui perkongsian daripada Tahrunnisah Jali ini, dia kongsikan resipi dan cara buat kuih ini.

KUIH TEPUNG PASUNG/KUIH SERUNAI

Mula-mula, kena buat kelongsong dia. Saiz 14cmX14cm, layurkan daun pisang dulu atas api dan ikut step by step.

BAHAN BAHAGIAN BAWAH

2 sudu besar gula* – beli online di sini
1 ½ ketul nisey atau kalau tak ada, boleh guna gula melaka * – beli online di sini


1 2/3 cawan air (350ml-400ml)*
1 helai daun pandan disimpul*
40gm tepung beras – beli online di sini
20gm tepung ubi – beli online di sini
1 sudu kecil air kapur

CARA-CARA:

1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. Kemudian, dibiarkan sejuk.


2. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur. Kacau sebati.


3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental. Tutup api.

BAHAN BAHAGIAN ATAS

1 ½ cawan santan pekat – beli online di sini
2 ½ sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil garam (anggaran)
1 sudu kecil gula

CARA-CARA:

1. Campur kesemua bahan di atas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental.


2.Dah siap dua bahan ni, panaskan kukusan. Kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dalam lubang-lubang kukusan.


3. Masukkan adunan bawah 3/4 penuh. Kukus dalam 7 minit atau hingga ia masak. Masukkan pula bahagian atas dan kukus dalam 12-15 minit.

Kredit resipi & foto: Tahrunnisah Jali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff