Uncategorized

Sushi Roll Guna Beras Biasa Je Pun Boleh Jadi

Share

Sushi roll guna beras biasa je pun boleh. Eh ye ke? Tak perlu guna beras Jepun ke? Ye, guna beras biasa pun boleh. Malah, sushi roll ini memang sangat mudah nak buat. Bila dah buat sendiri, dapat makan puas-puas.

Ikuti perkongsian resipi daripada puan Fina Tuah ini ye. Mudah je membuatnya. 

SUSHI ROLL

Bahan-bahan:

Seaweed /rumpai laut kering secukupnya – boleh beli online di sini

Sedikit timun – potong memanjang

Lobak merah – hiris memanjang (rebus sekejap) – boleh beli online di sini

Telur dadar – potong memanjang

Sosej  – rebus dulu

Jejari ketam -rebus dulu

Bahan inti:

1 ½ cawan nasi panas (beras biasa masak macam biasa tapi lebihkan sedikit air)

1sudu besar cuka makan – boleh beli online  di sini

½ sudu teh garam

1 sudu besar gula – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Semua bahan untuk inti digaul sebati. Hamparkan seaweed dan ratakan nasi tadi ke atas seaweed. Jangan tebal sangat nasi nanti susah nk gulung.

Lepas tu boleh susun lobak merah, timun, jejari ketam, sosej, telur dadar. Anda boleh juga letak bahan-bahan lain Terpulang pada selera.

Gulungkan hamparan tadi dengan padat. Siap!

Boleh potong dan hidangkan. Selamat menjamu selera..

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa