Masalah angin dalam badan memang kerap berlaku. Kadang tu sebab pemakanan atau juga persekitaran. Angin yang ada dalam badan membuatkan kita rasa tak sedap badan.
Ads
Selalunya apabila rasa tak sedap badan, kita akan rasa lenguh kaki, sengal badan, rasa nak sendawa tapi tak lepas sebab tersekat-sekat. Perut pulak rasa sebu je. Inilah antara tanda badan kita ada angin.
Antara tanda badan banyak angin adalah:
– Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
– Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
– Tapak tangan dan kaki rasa sejuk
– Selalu menguap dan mudah rasa mengantuk
– Sukar untuk bernafas dan nafas rasa pendek
– Rasa tegang pada bahagian tengkuk dan pinggang
Kalau korang ada tanda seperti di atas, cuba resipi yang dikongsikan oleh Umi Norma melalui facebooknya.
SUSU HALIA
Bahan-bahan
Satu kotak susu (brand apa pun boleh)
4 cm halia
Ads
Cara membuat
1. Halia dihiris nipis-nipis dan renehkan dengan susu tadi.
2. Guna api perlahan, kacau sehingga susu mendidih.
3. Padam api dan biarkan susu menjadi suam.
4. Sedia untuk diminum. Seeloknya minum ketika susu masih suam dan jangan biar sampai susu sejuk.
Ads
Manfaat minum susu halia
1. Berkesan mengeluarkan angin melalui sendawa dan kentut.
2. Boleh diminum bila-bila masa tak kira sama ada waktu pagi, petang atau malam.
3. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan petua daripada Facebook Wan Norma
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nak cantik kena seimbang,bukan hanya jaga kulit, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom. Boleh cuba jus yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan yang sering diamalkannya. Jus ini sebaiknya diminum pagi semasa perut kosong. Bagus untuk detox badan dan cantikkan usus. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh dan fit. Hanya menggunakan bahan asas, timun, epal hijau, lemon dan madu. Mudah sangat membuatnya.
JUS EPAL,TIMUN & LEMON
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 hiris lemon, ambil jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Cara membuat:
1.Semua bahan di atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tidak kerana mengandungi serat yang tinggi.
Sedapnya teh ais pekat yang ada pearl bubble homemade ni. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni.
RESIPI PEARL BUBBLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung ubi
2 sudu makan tepung pulut
Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. Empunya resipi guna pewarna biru
gelap.)
Air panas secukupnya
Secubit garam
3 sudu makan gula
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas. 2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.
3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai. 4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya pearl bubble menjadi berkilat. Rebus pearl bubble selama 25-30 minit. 6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.
7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.
8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.
Minuman penyejuk badan yang sedap semestinya menjadi pilihan ramai terutamanya di musim panas. Rasa sangat selesa bila dapat menikmati kesegaran jus dan minuman sejuk yang enak untuk meredakan panas dan rasa dahaga. Minuman-minuman sebegini tentunya boleh dihasilkan sendiri di rumah. Boleh kurangkan jumlah gulanya juga. Jom lihat resipi-resipinya.
CARA MEMBUAT: 1.Larutkan gula dalam air. 2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati. 3.Masukkan strawberi dan laici. 4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
2. SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT: 1.Letakkan madu di keliling dinding gelas. 2.Masukkan soda. 3.Masukkan serai. Biarkan seketika. 4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
3. AIR KATIRA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan sirap hijau
2 helai daun pandan
1 liter air
1 tin susu cair
250 ml soda
Sedikit katira ] getah anggur
Sedikit sagu
1 sudu makan cendol
1 sudu makan cincau
1 sudu makan gajus
1 sudu makan badam
1 sudu makan kacang tanah ] digoreng
1 sudu makan kurma
3 biji buah kabung
1 sudu makan kismis
1 csudu teh biji selasih
Sedikit buah semangkuk
Gula batu secukupnya
CARA MEMBUAT: 1.Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air. 2.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati. 3.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
4. JUS MANGGA PUDINA
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT: 1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air. 2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas. 3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas. 4.Tambah air gula jika suka. 5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
5. PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 tangkai pudina
500ml air
2 biji lemon ] di perah jus dan tapis
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur. 2.Masukkan jus lemon. 3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
6. JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
5 biji strawberi
1 cawan air
4 sudu makan gula
5 biji laici
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1.Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula. 2.Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan. 3.Tambah air jika perlu. 4.Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
7. AIR KELAUT
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
2 gelas air
1 sudu teh pewarna biru
50gm tembikai ] potong dadu
1/2 biji epal hijau ] potong dadu
1/2 biji belimbing ] potong dadu
1/2 biji oren ] dipotong dadu
2 keping nanas dalam tin
1 sudu makan biji selasih ] direndam
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1.Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga larut. Masukkan pewarna. 2.Masukkan semua buah yang dipotong dadu, nanas dan biji selasih. Kacau sebati. 3.Masukkan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut kegemaran anda.
8. JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan. 2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan. 3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis. 4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan. 5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
9. CINCAU MILO TABUR
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan serbuk Milo
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan air panas
1/2 cawan air sejuk
3 sudu makan cincau
Ais secukupnya
3 sudu makan Milo ] untuk tabur
CARA MEMBUAT: 1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut. 2.Tambah air sejuk. Kacau lagi. 3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo. 4.Tambahkan ais. Sedia diminum.
INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.
10. SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1.Larutkan gula di dalam air. 2.Masukkan sirap. Kacau sebati. 3.Masukkan longan. 4.Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan. 5.Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira