Pernahkah terjadi bila anda membeli susu segar atau susu penuh krim yang masih belum tamat tempoh tetapi terasa masam apabila hendak diminum? Pasti kecewa bukan? Namun jangan buang! Susu tersebut masih boleh diolah menjadi Keju Cottage yang enak. Barulah tidak membazir. Jom lihat cara-cara yang dikongsi oleh saudari Eyda Sukiman.
CARA-CARA BUAT KEJU COTTAGE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: – Susu segar / susu penuh krim – tidak semestinya susu rosak. Boleh juga guna susu yang masih segar – 2 sudu makan cuka – Cheese cloth @ kain untuk tapis keju – Garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan susu di dalam periuk hingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes empunya resipi ni, susu dibeli sudah rosak. Jadi untuk tidak membazir, beliau jadikan sebagai keju.
2. Bila susu sudah mula nampak mendidih dan sedikit berketul, tambahkan cuka. Jika tiada, boleh gantikan dengan perahan lemon.
3. Setelah dimasukkan cuka, kacau-kacau sekejap supaya ketulan keju terapung. Waktu ini ada akan 2 lapisan. Bahagian bawah adalah air dan bahangian atas adalah ketulan keju. Padamkan api.
5. Pastikan air betul-betul sejat. Boleh juga diperah hingga air betul-betul kering. Waktu ini keju dalam bentuk ketulan @ gumpalan yang sempurna dan tidak berderai.
Ads
6. Masukkan keju kembali ke dalam kain dan rendam ketulan keju dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2 jam. (empunya resipi tidak rendam. Beliau masukkan garam dalam susu)
7. Perah keju sekali lagi bagi membuang lebihan air garam.
8. Keju Cottage siap untuk dinikmati.
Ads
INFO:
Keju ini mempunya rasa yang sedap dan lemak berkrim.
Ia boleh dinikmati bersama roti, dijadikan sandwich, pizza, kek, topping salad dan sebagainya. Terpulang pada selera masing-masing.
Boleh juga dimasukkan ke dalam kari. Sedap katanya.
Cara penyimpanannya ialah disimpan dalam peti sejuk. Boleh tahan lebih kurang seminggu.
Kuih Lopessememangnya digemari ramai. Dibungkus menggunakan daun pisang dan dipotong dengan benang, mengikut cara orang tua dulu-dulu. Namun sekarang, ramai yang memilih untuk memasak menggunakan cara yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, cara lama ini harus dikekalkan supaya ‘skill’ nya tidak pupus dek masa dan peredaran zaman. Anda suka makan Kuih Lopes Pulut yang dibalut dengan daun pisang? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional, perkongsian dariOpah Mas Cotek ni boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasil dan rasanya. Memang terbaik. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang.
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras pulut bersama air pandan dan abuchang. ( jika beras pulut biasa, rendam 1 malam. Jika guna pulut susu, rendam 4 jam sudah memadai.) 2. Kukus pulut selama ½ jam. 3. Bungkus pulut dalam daun pisang, kemaskan dengan mengikat menggunakan tali atau getah.
4. Rebus bungkusan pulut tadi selama 1 jam.
5. Sejukkan, potong dengan benang.
6. Gaul kepingan lopes bersama kelapa dan hidangkan dengan air gula melaka.
7. Untuk membuat air gula melaka, masak semua bahan hingga larut. Sejukkan dan tapis.
Khasiat ikan salmon memang hebat.. Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan.
.
Sudahlah rasanya sedap banyak pula khasiat kesihatannya. Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan paling best ikan salmon adalah sumber makanan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.
.
Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun boleh dimasak sajian Asia macam kari dan lauk india tikka.Salmon ni biasanya dihidang di kafe dan hotel, nak beli agak mahal juga walau cuma sepotong aje. Kalau ‘umat’ ramai eloklah masak sendiri kan.
1.PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES
.
BAHAN-BAHAN :
120 gm keping ikan salmon
50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu
50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu
60 gm bawang besar/ dipotong dadu
30 gm bawang putih/ dipotong dadu
50 gm kacang buncis/ dipotong dadu
100 gm jus oren/dipotong dadu
30 gm halia/ dihiris
20 gm mentega
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja)
4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur.
5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan.
6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia.
7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan.
8. Masukkan mentega dan kacau sebati
9. Letakkan garam secukup rasa
10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon
INFO CHEF : Bagi melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dengan lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dalam peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu Memasak : 20 minit Cara Memasak : Tumis , gril dengan minyak sedikit dan boleh juga dimasak dalam oven Jenis masakan : Sajian Barat Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dalam salmon baik untuk kesihatan
2. SALMON TIKKA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
180 gm hirisan ikan salmon
150 gm yogurt
30 gm jintan manis /dikisar
30 gm jintan putih /dikisar
1 sm halia/dikisar
2 ulas bawang putih /dikisar
Garam secukup rasa
Bahan B:
40 gm timun /dipotong dadu kecil
30 gm bawang besar /dipotong dadu kecil
40 gm yogurt
CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas untuk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam.
2. Untuk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dengan yogurt. Masukkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan.
3. Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali.
4. Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dengan durasi masa yang sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur.
5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yang telah disediakan tadi
6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka.
7. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah
INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.
3. KARI IKAN SALMON
.
BAHAN-BAHAN :
800 gm isi ikan salmon
150 gm bawang merah /dihiris
5 sm halia /dihiris
5 ulas bawang putih /dihiris
20 gm halba campur
1/2 biji santan kelapa
100gm yogurt
200 gm serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
60 gm asam jawab
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari.
2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt
5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api.
7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 15-20 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak untuk dapatkan kari yang sedap.
4. SALMON WELLINGTON
.
BAHAN-BAHAN :
1 kg ‘fillet’ salmon
30 gm bawang kecil | dihiris
20 gm bawang putih |dihiris
20 gm krim keju
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa | ditumbuk
Stok ikan secukup rasa
60 gm bayam (baby spinach)
40 gm serbuk roti
40 gm keju parmesan | diparut
1 lapis pastri paf
1 biji kuning telur | dipukul
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan.
3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan.
4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon.
5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef : Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
5. GRIL SALMON WITH CREAM PENGAGA
.
BAHAN-BAHAN :
4 filet salmon
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam
2 sudu makan minyak zaitun
BAHAN SOS :
7.5 ml susu
118 ml krim keju
2 sudu makan daun pengaga (dicincang)
1 sudu makan parsli (dicincang halus)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan gril sehingga kepanasan sederhana.
2. Sapukan kedua belah filet salmon dengan minyak zaitun, dan taburkan dengan garam dan lada hitam, perapkan sebentar. Gril bahagian berkulit ke bawah untuk sepuluh minit atau sehingga kulitnya
lekang dan mudah ditanggal dengan garfu. Balikkan.
3 .Sementara itu masak krim keju dan susu dalam saucepan dengan api sederhana selama dua hingga tiga minit. Atau sehingga krim keju benar-benar cair dan sosnya sudah cukup sebati.
4. Kemudian masuk daun pengaga yang telah dicincang halus. Kacau perlahan-lahan.
5. Hidangkan filet salmon yang siap dipanggang dengan sos pengaga. Taburkan dengan daun parsli.
INFO CHEF :
Usap jari anda di atas filet salmon untuk memastikan tiada tulang yang tertinggal. Sekiranya terdapat benjolan kecil itu tandanya tulangnya masih ada lagi. Cabut tulang menggunakan penyepit kecil .
(tweezers).
Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 20 minit Cara Memasak : Gril dan didih Jenis masakan : Fusion Keistimewaan : Sos pengaga memberi citarasa tempatan
Cucur Udang Jagung ni memang sedap jika dipadankan dengan Kuah Kacang. Kombinasi keduanya membuatkan sajian ini jadi kegemaran ramai. Cara membuatnya pun tidak sukar. Sesuai bagi anda yang taka da banyak masa di dapur. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK CUCUR UDANG JAGUNG & KUAH KACANG TANPA SANTAN
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!