Pernahkah terjadi bila anda membeli susu segar atau susu penuh krim yang masih belum tamat tempoh tetapi terasa masam apabila hendak diminum? Pasti kecewa bukan? Namun jangan buang! Susu tersebut masih boleh diolah menjadi Keju Cottage yang enak. Barulah tidak membazir. Jom lihat cara-cara yang dikongsi oleh saudari Eyda Sukiman.
CARA-CARA BUAT KEJU COTTAGE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: Susu segar / susu penuh krim – tidak semestinya susu rosak. Boleh juga guna susu yang masih segar 2 sudu makan cuka (beli online disini) Cheese cloth @ kain untuk tapis keju Garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan susu di dalam periuk hingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes empunya resipi ni, susu dibeli sudah rosak. Jadi untuk tidak membazir, beliau jadikan sebagai keju.
2. Bila susu sudah mula nampak mendidih dan sedikit berketul, tambahkan cuka. Jika tiada, boleh gantikan dengan perahan lemon.
3. Setelah dimasukkan cuka, kacau-kacau sekejap supaya ketulan keju terapung. Waktu ini ada akan 2 lapisan. Bahagian bawah adalah air dan bahangian atas adalah ketulan keju. Padamkan api.
5. Pastikan air betul-betul sejat. Boleh juga diperah hingga air betul-betul kering. Waktu ini keju dalam bentuk ketulan @ gumpalan yang sempurna dan tidak berderai.
6. Masukkan keju kembali ke dalam kain dan rendam ketulan keju dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2 jam. (empunya resipi tidak rendam. Beliau masukkan garam dalam susu)
7. Perah keju sekali lagi bagi membuang lebihan air garam.
Ads
8. Keju Cottage siap untuk dinikmati.
INFO:
Keju ini mempunya rasa yang sedap dan lemak berkrim.
Ia boleh dinikmati bersama roti, dijadikan sandwich, pizza, kek, topping salad dan sebagainya. Terpulang pada selera masing-masing.
Boleh juga dimasukkan ke dalam kari. Sedap katanya.
Cara penyimpanannya ialah disimpan dalam peti sejuk. Boleh tahan lebih kurang seminggu.
Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.Nak buat pun senang ja.
Bahan-bahan:
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang merah (pilih ulas yang halus)
5 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumis.
Cara memasak:
1.Ikan digaul sikit kunyit dan garam kemudian goreng.jangan garing sangat.
2.Ambik periuk letak sikit minyak, bila panas tumis biji sawi.
3.Masuk bawang merah dan putih
4.Masuk 1/2 cawan air.
5.Masuk cuka,garam, gula
6. Masukkan cili padi
7.Biar sekejap dan angkat. Sedia untuk dihidang.
Sotong Bakar Thai yang buatkan ia jadi lebih sedap ialah sos yang dicurahkan atasnya. Resipi dari Fadhilah Esa ini siap lengkap dengan padanan resipi sos buatan sendiri yang cukup lazat.
Pilih sotong segar bersaiz besar, bakar jangan lama sangat nanti liat pulak sotong dan hilang pulak jusnya. Paling sedap sotong bakar ini berintikan isi udang, boleh terbayang kesedapannya.
SOTONG BAKAR THAI
BAHAN-BAHAN :
Sotong saiz besar Isi Udang segengam Telur 1 biji
Bahan Sos:
5 ulas Cili kecil 4 sudu Gula secubit Garam 3 sudu Cuka makan 3 ulas Bawang putih 2 ulas Bawang merah 2 sudu kecil tepung jagung sedikit air Hirisan daun ketumbar
Bahan kisar utk inti:
1 ulas Bawang merah 2 ulas Bawang putih 3 hirisan Halia
CARA MEMASAK : 1. Cara membuat inti: Hancurkan isi udang & Gaul dgn telur & bahan Kisar
2. Cara menyumbat inti: Sumbat inti tadi dlm sotong.Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong & kepala bersatu.
3. Cara masak sotong: Bakar sotong sumbat tadi,(pemilik resipi guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tp buat jgn bagi terpisah.
4. Cara buat sos: Tumis semua bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
5. Cara hidangan: Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis& Siap utk dimakan. 😋
* Sukatan bahan mengikut kuantiti sotong & saiz.
Selamat Mencuba!
Kredit Resepi: Fadhilah Esa Via FB : Resepi Masakan Terkini
Teringin nak makan singgang, ini ada empat singgang berlain cara masak yang korang boleh cuba. Kesemuanya senang sangat nak dimasak. Paling penting ia sedap dan segar, kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!