Lembut dan gebu dua gabungan kek coklat dan puding karamel. Pasti jadi rebutan bagi mereka yang suka manisan karamel.
KEK COKLAT PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN KARAMEL
- 4 Sudu besar gula
CARA MEMASAK:
- Cairkan gula dalam loyang hingga perang tapi jangan gelap sangat sebab nanti akan rasa pahit. Ketepikan loyang tu.
BAHAN-BAHAN PUDING TELUR:
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan gula
- 3 Sudu besar susu pekat
- 3 biji telor
- Sedikit esen vanila
- 2 keping roti buangkan bahagian tepi dan carik-carikkan.
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus.
- Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
- Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus selama 20 ke 25 minit.
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:
- 5 biji telor
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu pekat
- 1/4 cawan susu cair
- 1/2 cawan air panas
- 1 cawan minyak.
- Secubit garam
- 1 3/4 cawan gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
- Kacau telur sampai kembang dan masukkan gula kacau lagi
- Sambil itu masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sampai pekat.
- Masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama koko dan baking powder dan soda bikabornat. Masukkan sedikit demi sedikit dengan mixer kelajuan perlahan.
- Selepas itu masukkan minyak dan air panas. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan adunan kek ke dalam puding karamel yang sudah siap kukus tadi.
- Kukus lagi selama 1 jam.
Kredit Resepi : Mazni Abdul Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kek Keju Sedap Hanya Guna Krim Keju, Susu Pekat Manis & Telur. Mudahnya!
Wow! Hanya guna 3 bahan ringkas sahaja, anda boleh hasilkan kek keju sedap yang lembut dan gebu. Ramai yang dah cuba tau. Malah resipi ni juga telah dikongsi hampir puluhan ribu kali di Facebook. Jangan tak percaya. Rata-rata yang dah ‘try’ tu bagi feedback yang bagus. Jom cuba resipi perkongsian saudari Norlizah Mohd Yacob ni. Bolehlah buat untuk keluarga di hari cuti nanti
RESIPI KEK KEJU SEDAP HANYA GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 120gm krim keju
- 3 biji telur gred B
- 120gm susu pekat manis
CARA MEMASAK:
Langkah 1:
- Pukul krim keju dan susu pekat hingga berkrim dan tidak berketul.
- Dalam bekas berlainan, asingkan putih dan kuning telur.
- Pukul putih telur hingga jadi meringue.
- Masukkan kuning telur ke dalam adunan krim keju. Pukul lagi hingga sebati.
Langkah 2:
- Campur adunan meringue dengan adunan kerim keju. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.
Langkah 3:
- Panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Letak acuan kek dalam loyang dan isi air. Bakar kek secara ‘water bath’.
- Setkan suhu 160C dan bakar kek selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
- Kemudian turunkan suhu kepada 150C dan bakar kek selama 25 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.
- Cucuk lidi pada kek. Jika kek tidak melekat, itu tandanya kek sudah masak.
- Biarkan kek sejuk selama 15 minit sebelum dikeluarkan dari ketuhar.
Hasilnya:
Kredit resipi & foto: Norlizah Mohd Yacob
PETI SEJUK tak muat & nak beli FREEZER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Semerbak Bau Biskut Coklat Dengan Campuran Badam, Oat, Kismis
Tidak semesti nak makan biskut coklat kena tunggu hari raya. Bila dah suka bila-bila masa boleh membuatnya. Kalau dengan biskut coklat ni, sebalang boleh hadap. Tambah pula kalau ada campuran badam, oat, kismis dan sebagainya.Biskut coklat sering jadi tarikan terutama kanak-kanak kerana rasanya yang tidak menjemukan. Jadi kalau kalau buat sebalang memanglah tidak mencukupi. Berikut beberapa resipi biskut berasaskan coklat yang boleh dicuba.
Double Choc Chip Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
125g mentega, suhu bilik
1 cawan gula halus
1 biji telur, dikacau sedikit
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko
½ cawan cip coklat
1/3 cawan badam, dihiris
Cara- cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega dan gula selama 2 hingga 3 minit sehingga kembang. Tambah telur dan gaul.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan serbuk koko. Gaulkan bersama adunan.
4. Masukkan cip coklat dan badam kemudian gaul menggunakan spatula.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar selama 15 sehingga 20 minit. Biarkan sejuk di atas dulang kemudian pindahkan di atas rak penyejuk.
Brownie Cookies
Bilangan biskut: 48 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan serbuk koko
1 ½ cawan gula perang
150g mentega, suhu bilik
150g coklat gelap, dipotong kecil
3 biji telur, dikacau sedikit
1 cawan cip coklat gelap
1/3 cawan kacang walnut
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Ayak tepung dan serbuk koko di dalam mangkuk besar dan masukkan gula. Kemudian, buatkan lobang di tengah.
3. Cairkan mentega dan coklat menggunakan teknik ‘double boil’.
4. Masukkan campuran mentega dan coklat di dalam mangkuk adunan bersama telur. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan cip coklat dan kacang walnut. Gaulkan adunan.
6. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar yang dialas kertas parchmen. Ratakan adunan setebal 1cm dan bakar selama 15 sehingga 20minit.
7. Biarkan adunan sejuk sebentar dan potong memanjang. Pindahkan ke rak pemyejuk
8. Simpan dalam bekas kedap udara.
Crispy Chocolate Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan-bahan:
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 cawan mentega, suhu bilik
1 ¼ cawan gula halus
¼ cawan gula perang
1 ½ sudu kecil ekstrak vanilla
1 telur
2 cawan cip coklat
Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan ekstrak vanilla dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung, soda bikarbonat dan garam.
5. Masukkan cip coklat ke dalam adunan dan kacau menggunakan spatula. Sudukan adunan di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas parchmen.
6. Leperkan biskut menggunakan gelas. Sekiranya biskut lekat di gelas, basahkan sedikit tapak gelas.
7. Bakar adunan selama 9 hingga 11 minit sehingga keperangan.
8. Sejukkan biskut di rak penyejuk.
Oats Cranberry Chocolate Chip
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 ½ cawan oat segera
½ cawan tepung gandum
½ cawan kranberi
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil garam
6 sudu besar mentega, suhu bilik
½ cawan gula perang
¼ cawan gula halus
1 biji telur, gred A
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1/3 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Campurkan oat, tepung, kranberi, soda bikarbonat dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan vanilla.
4. Masukkan tepung dan gaul menggunakan spatula. Tambah cip coklat dan gaul.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang di alas kertas parchmen. Bakar selama 8 hingga 10 minit.
Peanut Butter Oats Chocolate Chip Cookies
Bilangan biskut: 60 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1/3 cawan gula halus
1/3 cawan gula perang
115g mentega
1 biji telur, gred A
½ cawan mentega kacang
2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu kecil soda bikarbonat
¼ sudu kecil garam
250g oat masak
1 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul.
3. Masukkan mentega kacang, ekstrak vanilla, soda bikarbonat dan garam.
4. Masukkan oat dan cip colat. Gaul menggunakan spatula.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Jarakkan 3cm antara adunan. Bakar selama 10 hingga 15 minit.
Brown Butter Chocolate Chip Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 cawan mentega
1 ½ cawan gula perang
1 biji telur, gred A
1 telur kuning, gred A
1 sudu kecil ekstrak vanilla
2 ¼ tepung serbaguna
1 sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil garam
1 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Cairkn mentega dalam suhu sederhana sehingga berwarna keperangan. Kacau selalu.
2. Masukkan gula ke dalam mentega cair tadi. Biarkan sejuk sehingga boleh disentuh dengan jari.
3. Masukkan telur, telur kuning dan ekstrak vanilla. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan cip coklat dan gaul.
5. Tutup dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
7. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan biarkan sebentar.
8. Sudukan adunan di atas dulang pembakar yang dilapik kertas parchmen. Jarakkan 2inci antara adunan.
9. Bakar selama 6 hingga 11 minit, sehingga keperangan. Biarkan sejuk selama 5 minit, kemudian pindahkan ke rak penyejuk.
Chocolate Peanut Butter Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 1jam 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
Lapisan Mentega kacang
1 ½ sudu besar mentega, suhu bilik
125g mentega kacang, suhu bilik
¾ cawan gula aising
Biskut Coklat
½ cawan mentega, suhu bilik
½ cawan gula perang
¼ cawan gula halus
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1 biji telur, gred A
1 ¼ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
½ sudu kecil soda bikarbonat
2/3 cawan coklat gelap, dihiris
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega, mentega kacang dan gula aising sehingga kembang.
3. Pindahkan campuran mentega kacang tadi di atas pinggan kecil dan leperkan secara rata menggunakan tangan. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
4. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan vanilla ekstrak dan telur. Pukul selama seminit.
5. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan mentega dan gula tadi. Gaul sehingga sebati.
6. Tambahkan ketulan coklat ke dalam adunan dan gaul.
7. Keluarkan campuran mentega kacang dari peti sejuk dan potong adunan tersebut berbentuk 1cm empat segi sama.
8. Sudukan adunan biskut tadi dan campurkan 2 atau 3 ketulan campuran mentega kacang. Bulatkan adunan tersebut dan letak di atas dulang yg dilapik kertas parchmen. Ulang sehingga habis adunan.
9. Bakar selama 12 minit.
Resipi : Nur Jannatun Naim, Nur Kauthar, Nur Raudhah
Biskut Semperit Susu Paling Mudah. Hanya Guna 4 Bahan.
Bila tiba bulan Ramadan kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
RESIPI BISKUT SEMPERIT SUSU 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega @ buttercup
- 1 cawan susu pekat manis
- 400gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.
5. Biarkan doh biskut selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit.
6. Bakar biskut pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas. Elakkan letak tepung dalam jumlah banyak sekaligus bagi mengelakkan doh menjadi keras.
Kredit resipi & foto: Leeina Qaliena
ANDA JUGA BOLEH CUBA: