Sweet & Gebu Kek Coklat Puding Karamel Dua Dalam Satu

Share

Lembut dan gebu dua gabungan kek coklat dan puding karamel. Pasti jadi rebutan bagi mereka yang suka manisan karamel.

 

KEK COKLAT PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN KARAMEL

  • 4 Sudu besar gula

 

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan gula dalam loyang hingga perang tapi jangan gelap sangat sebab nanti akan rasa pahit. Ketepikan loyang tu.

 

BAHAN-BAHAN PUDING TELUR:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 3 Sudu besar susu pekat
  • 3 biji telor
  • Sedikit esen vanila
  • 2 keping roti buangkan bahagian tepi dan carik-carikkan.

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus.
  2. Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  3. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus selama 20 ke 25 minit.

 

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:

  • 5 biji telor
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 cawan minyak.
  • Secubit garam
  • 1 3/4 cawan gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

CARA MEMASAK:

  1. Kacau telur sampai kembang dan masukkan gula kacau lagi
  2. Sambil itu masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sampai pekat.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama koko dan baking powder dan soda bikabornat. Masukkan sedikit demi sedikit dengan mixer kelajuan perlahan.
  4. Selepas itu masukkan minyak dan air panas. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan kek ke dalam puding karamel yang sudah siap kukus tadi.
  6. Kukus lagi selama 1 jam.

Kredit Resepi : Mazni Abdul Rahman

Published by
Zera Naim