Sweet Savoury memulakan perniagaan online oleh Rusliza Md Drus sejak tujuh tahun lalu. Dia menerima tempahan untuk bakeri dan pastri termasuk kek, tart,roti dan pelbagai lagi. Wanita gigih ini juga menyediakan khidmat jambangan bunga dan buah-buahan untuk majlis hari jadi dan hantaran serta kek fondant untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.
Semuanya dibuat sendiri ‘homemade’. Kini Rusliza Md Drus menumpukan sepenuh masa menyediakan tempahan setiap hari. Menurut Rusliza kek yang menjadi kegemaran untuk majlis keraian adalah seperti lemon pound cake, kek butter marble, kek pisang, fruit pastry cake, fudgy brownies kedut. Cheese Pie Tart Mangga dan Coklat menjadi kegemaran ramai pelanggan pelbagai peringkat umur dibuat setiap hari.
Kek yang ‘trending’ terkini adalah Carrot Cake, Double Choc Nutella Cake, Biscoss Lotus Cream Cheese, Red elvet, Kek Pandan Gula Melaka, Banana Cake Cheese Caramel, Victoria Sandwich Cake, Burnt Cheese Cake, Marble Burnt Cheese Cake, Blueberry Cheese Bar, Kek Pandan Inti Kelapa, Bread Butter Pudding dan banyak lagi.
Ads
.
Pastri lapis yang menjadi kegemaran pelanggannya adalah ayam, daging,sardin dan Puff Crispy Cheese. Intinya yang lazat dengan kulit pastri yang dibakar garing dengan parutan keju menjadi keistimewaan. Manakala tauhu begedil dengan isi kentangnya yang disumbat penuh dalam tauhu digoreng keemasan, sangat sedap dicicah dengan sambal kicap istimewa turut menjadi kegemaran ramai.
Murtabak crackers dengan inti ayam, daging ataupun sardin buatannya dibakar dengan biskut crackers dan telur dipotong persegi kecil mudah untuk dinikmati. Ayam, tuna dan seafood quiche dijual sejuk beku, bila nak makan terus bakar di oven dapat dinikmati panas-panas.
Keseluruhan bahan yang digunakan dalam pembuatan kek dan pasteri adalah dari bahan-bahan premium. Rusliza amat mengutamakan kebersihan penyediaan dan kekemasan agar bersih, halal dan selamat. Pelanggan hendaklah membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 2 hari sebelum.
Cita- cita dan impian Rusliza adalah mempunyai ruangan khas (rumah kuih) di rumah saya sendiri yang menjual pelbagai jenis menu dari dapur sendiri (home cooking). Pelanggan boleh datang dan membeli terus atau boleh juga membuat tempahan. Menu tidak terhad kepada kek dan pasteri sahaja tetapi menyediakan biskut dan kuih muih lama yang masih digemari
Ads
INFO ONLINE :
Nama : Rusliza Md Drus Alamat : Desa Subang Permai,Seksyen U 9 ,Shah Alam, Selangor IG : sweet ___savoury Private fb : Rusliza Md Drus
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH. JOM LIHAT PILIHAN DAN TAWARAN MENARIK DI SINI.
Buat yang suka membeli belah di IKEA berita baik untuk korang yang kaki shopping khasnya buat mereka yang tinggal di utara tanah air. IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang kini dibuka bagi memenuhi permintaan anda yang meminati hiasan dalaman.
Pada hari pembukaannya 14 Mac, penduduk tempatan berpusu-pusu datang untuk menjadi orang yang terawal datang ke stor ini. Difahamkan mereka sanggup berbaris seawal jam tujuh pagi di hadapan stor biarpun stor mula beroperasi pada jam 10 pagi.
Tawaran eksklusif yang diberikan kepada pengunjung pada hari pertama juga menjadi salah satu daya tarik. Dianggarkan lebih 25,000 pengunjung menyerbu gedung perabot dari Sweden itu selepas ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Penat berlegar di stor pastinya restoran IKEA menjadi tumpuan untuk membasahkan tekak dan menikmati signature dish iaitu bebola daging. Menerusi perkongsian terkini pihak IKEA Batu Kawan, lebih 32,000 bebola daging berjaya dijual pada hari pertama pembukaan cawangan tersebut. Bukan itu sahaja, jualan karipap juga mencecah hingga 23,600 biji pada hari yang sama. Wow ….teruja sungguh dengan pengunjung Utara ni.
Ruang yang luas memberi keselesaan buat pengunjung untuk meneliti 49 ruang pameran yang dilengkapi lebih 8,000 kelengkapan rumah.
Pengurus Stor IKEA Batu Kawan, A.Pathmalingam berkata, penduduk di negeri ini dan kawasan Utara sudah lama mengidamkan gedung IKEA mereka sendiri dan impian mereka menjadi kenyataan.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan turut dihadiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer.
Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer.
Bagi memastikan kelancaran pelanggan, IKEA Batu Kawan yang merupakan gedung keempat di negara ini turut dilengkapi 1,955 tempat parkir kenderaan selain kemudahan bas ulang-alik percuma antara Design Village yang disediakan dari pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Buat yang belum mengunjungi stor terbaru ini, boleh rancang perjalanan anda dan rasai pengalaman membeli-belah di sini. Kalau tak membeli pun boleh cuci mata sebagai terapi untuk diri.
Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.
RESIPI MI KUNING
BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1 biji telur saiz ‘C’
Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
Didihkan air dan masak mi cara ‘al dente‘.
*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.
Bila tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi antara juadah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Tak lengkap rasa kalau tidak menikmati juadah ini ketika berbuka puasa.
Setiap negeri mempunyai resipi Bubur Lambuk masing-masing yang menjadi kegemaran masyarakat setempat. Walaupun nampak sama, tetapi ia punya keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!
RASA BUBUR LAMBUK WARISAN DI MALAYSIA
Untuk tahun yang kelima, Rasa sekali lagi menganjurkan program Bubur Lambuk Warisan yang bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Istimewa Bubur Lambuk tahun ini, Rasa bakal menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan Saji serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai. Wow bestnya!
Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hari Sabtu,1 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh BABA’S, Petron Gasul dan Saji.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.