Syabira, Anak Malaysia Pertama Bergelar Juara Great British Bake Off!

Share

Sememangnya semangat Malaysia Boleh!

Rancangan reality masakan luar negara, The Great British Bake Off menobatkan Syabira Yusoff sebagai juara rancangan tersebut bagi musim ke-13!

Apa yang lebih manis, Syabira merupakan anak kelahiran Malaysia dan juga peserta wanita pertama menjuarai pertandingan tersebut sejak kali terakhir pada musim ke-8.

Menggunakan kreativiti menghasilkan kek berbentuk orang utan, Syabira, 32 tahun, untuk menambat hati juri dan seterusnya menewaskan saingan sengit daripada Abdul Rehman Sharif, 29, dan Sandro Farmhouse, 30.

Dalam pusingan akhir rancangan tersebut, peserta dikehendaki menyediakan kek mengikut tema yang diberikan iaitu kelestarian.

Digambarkan sebagai cabaran untuk meraikan bumi ini bermakna peserta yang tinggal dikehendaki menggunakan bahan-bahan yang hasil tempatan bersifat mampan.

Juri rancangan, Paul Hollywood memuji Syabira kerana telah memperkenalkan rasa yang tidak pernah mereka jumpa sebelum ini sepanjang beberapa musim dan Syabira

merupakan seorang pembuat kek yang sangat hebat.

Syabira bermastautin di United Kingdom sejak 2013 untuk menyambung pengajiannya ke peringkat tertinggi. Kini dia merupakan seorang penyelidik kardiovaskular di King’s College London.

Syabira mula belajar membuat kek dan pastry secara serius sejak tahun 2020, iaitu ketika mula-mula pandemic melanda dunia.

The Great British Bake Off ialah sebuah rancangan realiti masakan yang disiarkan sejak tahun 2010, ia memaparkan beberapa peserta yang merupakan tukang masak atau baker amatur berentap untuk merebut gelaran juara.

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff