Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol memang tidak dapat dipisahkan dengan orang Terengganu. Mereka menikmatinya untuk sarapan pagi. Gulai ikan tongkol ni kalau memasaknya, perlu ada rempah khas untuk menjadikan ia lebih enak.

Dalam episod hari ini, Rasa Nostalgia Ramadan menampilkan Syafiq Farhain dan ibunya bergandingan untuk menyediakan menu berbuka puasa.

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

Menu Nasi Dagang mengingatkan Syafiq masa zaman kanak-kanaknya. Dulu ibunya memasak nasi dagang dan meletaknya di kedai berdekatan rumahnya.

Tak tahan dengan aroma bau Nasi Dagang dan Ikan Tongkol buatkan anak muda ini tidak sabar menikmati juadah yang disediakan oleh ibu tercinta.

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

NASI DAGANG

BAHAN – BAHAN:

½ kg beras wangi

½ kg santan

1 sudu besar halba

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sudu besar garam

CARA MEMASAK:

  1. Kukus beras yang sudah dicampur dengan santan, halba, bawang merah, bawang putih, halia dan garam.
  2. Kukus dalam 20 minit.

GULAI IKAN TONGKOL

1 ekor Ikan Tongkol

1 pek Rempah Gulai Ikan

½ kg santan

3 sudu makan cili giling

2 keping asam keping

IKLAN

2 sudu Gula Melaka

10 biji cili api

6-7 biji Belimbing buluh

1 sudu garam

Air secukupnya

Bahan kisar:

10 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
  2. Bila bahan kisar dah naik bau, masukkan air.
  3. Letakkan 3 sudu rempah dan cili giling. Biar ia masak dan naik minyak.
  4. Kemudian letakkan santan dan juga air.
  5. Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus bersama asam keping.
  6. Masukkan gula melaka
  7. Masukkan cili padi dan belimbing buluh
  8. Perasakan dengan garam.

ACAR TIMUN

1 batang timun

1 batang lobak merah

1 biji bawang Holland

1 biji lada merah

IKLAN

Sedikit cuka

Garam

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan timun, lobak merah, bawang Holland, lada merah yang sudah dihiris ke dalam mangkuk.
  2. Letakkan sedikit cuka.
  3. Perasakan dengan garam.

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

PUTERI MANDI

BAHAN – BAHAN:

3 cawan tepung pulut

300 gram kelapa muda parut

½ cawan gula

kapur makan

Pewarna makanan (Hijau, Pink, Kuning)

1/2 gelas air

Daun pandan

Sedikit garam

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

1.Dalam kuali, masakkan kelapa muda,masukkan daun pandan dan sedikit garam, gula dan air. Tunggu sehingga sedikit kering.

2.Tepung pulut diletakkan air untuk bentukkan adunan.

3.Bahagikan kepada tiga adunan dan titiskan pewarna.

4.Bentukkan puteri mandi ikut cita rasa.

5.Masukkan dalam air panas. Bila dah masak angkat.

6.Kemudian gaulkan kuih tadi dalam kelapa yang sudah dimasak.

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

Air Tulen, Bersih dan Segar Dari LG PuriCare™

Minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan tenaga kepada badan. Tetapi dalam bulan puasa, lebih kurang 13 jam tubuh tidak mendapat air diwaktu siang hari. Jadi ketika berbuka ramai akan minum pelbagai jenis air khususnya yang manis-manis  belaka.  Jadi untuk memberikan kesimbangan kepada tubuh, kita perlu minum air kosong yang tulen, bersih dan segar selepas berbuka.

Tidak sukar mana kerana kita boleh bawakan minuman ini ke dalam rumah dan boleh diminum atau digunakan untuk memasak dan sebagainya. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD sangat mudah dikendalikan. Mudah dipasang dan tidak menggunakan banyak ruang.

Ia juga mempunyai Aplikasi LG ThinQ™   berfungsi untuk memantau penggunaan air dan menggunakan mod Diagnosis untuk mengesan sebarang kesalahan produk. Jadi air dari mesin ini sentiasa mempunyai tahap ketulenan, kebersihan yang kesegaran yang berkualiti.

Ia juga dilengkapi dengan Alert Change Filter, di mana pengguna dapat memantau keadaan penapis pembersih air dengan mudah melalui lampu indikasi untuk memastikan prestasi sentiasa dioptimumkan. Jadi kita tidak perlu risau dengan tahap kebersihan air yang kita minum atau memasak setiap hari.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

 

Syafiq Farhain Teruja Nak Rasa Menu Berbuka Air Tangan Ibunya, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol & Puteri Mandi

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI