
Asyik makan kerang rebus je kan? Sebenarnya banyak boleh buat dengan kerang ni. Salah satunya ialah kerang goreng kicap. Nah, RASA nak bagi satu idea yang best iaitu kerang goreng kicap.
Sedap tau. Kalau tak buat lauk pun, sedap ratah macam tu je.
KERANG GORENG KICAP

Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 batang serai
50 ml kicap masin
500 gram kerang (dibersihkan)
250 ml air
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Datuk Chef Wan dan Hafiz Suip Masak Bubur Pedas dan Kuih Bongkol Sarawak.

Diam tak diam Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua dah pun masuk episod ke 11. Seperti yang ditonton tadi penyanyi Hafiz Suip menceriakan suasana memasak kali ini.

Pemenang Anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ni turut menghiburkan krew dan Chef Wan dengan memetik gitar dan mendendangkan lagu dari albumnya di awal rancangan.

Hafiz Suip cukup berbesar hati Datuk Chef Wan sudi memasak masakan tradisi Sarawak, bumi kelahiran artis yang ceria ini. Hafiz yang meminati dan mengikuti Datuk Chef Wan sejak kecil cukup teruja berkongsi dapur menyiapkan masakan Bubur Pedas dan kuih tradisi kuih bongkol.

“Bubur pedas ni yang menyebabkan ia begitu istimewa adalah rempah atau bumbu yang terdapat di Sarawak. Bila Ramadan inilah sajian popular dan macam tak lengkap sajian berbuka kalau takde bubur ini. Sayur-sayuran dan rempah memang sedaplah. Ni memang sajian kesukaan saya.

Kuih bongkol Sarawak pun sangat saya suka. Saya sebenarnya memang suka makan kuih yang manis dan rasa dan teksturnya sama dengan kuih yang disebut jongkong atau jongkol yang terdapat di sini,” ceritanya dengan tergelak kecil.

Masa rakaman Hafiz dan Chef Wan asyik membungkus kuih bongkol dengan daun pisang. Ada teknik bungkusnya, silap bungkus boleh terburai pulak isinya.
Nak tahu resipi bubur pedas dan kuih jongkol Sarawak, jom salin resipinya di sini.
BUBUR PEDAS

BAHAN-BAHAN:

- 4 sudu besar rempah bumbu
- 12 ekor udang basah saiz sederhana
- 250 ml pati santan 5 batang kacang panjang (dihiris kecil-kecil)
- 2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
- ½ biji keledek saiz kecil (dipotong dadu)
- 50 gm fuchuk 50 gm cendawan shitake (direndam lembut dan dihiris)
- 50 gm bunga lili (direndam lembut dan dihiris)
- 50 gm cendawan telinga (direndam lembut dan dihiris)
- 3 batang jagung muda (dihiris)
- Daun kesum (diracik)
- 1 daun kunyit (diracik)
- 1 batang serai kecil (dihiris halus)
- 1 sudu besar udang kering
- 1 lobak kecil
- Asam jawa
- Cili kisar
- Garam
- Gula
- Minyak
- Air Bahan kisar:
- 6 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar dan udang kering. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan kentang, ubi keledek, lobak merah, rempah bumbu, sedikit air, dan santan. Kacau dan biarkan selama 1-2 minit sehingga empuk.
4. Selepas itu, masukkan daun kunyit, cendawan shitake, cendawan keping, bunga lili, fuchuk dan daun kesum. Kacau perlahan-lahan sehingga cendawan lembut.
5. Masukkan kacang panjang dan jagung muda ke dalam periuk. Kacau lagi supaya kacang panjang dan jagung masak.
6. Akhir sekali, masukkan udang, garam dan sedikit gula. Setelah itu, kacau sehingga mendidih. 7. Sedia untuk dihidangkan.
KUIH BONGKOL

BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih:
150 gm tepung beras
70 gm tepung ubi kayu
650 ml santan cair
3 sudu besar gula pasir
½ sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Daun pisang (dilayurkan)
Lidi pencungkil gigi
Bahan inti:
150gm gula Melaka (dipotong dadu kecil/diracik halus)
200ml pati santan
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung beras, tepung ubi kayu, santan cair, gula dan garam ke dalam periuk.
2. Gaulkan semua sekali sehingga adunan tepung menjadi likat dan pekat.
3. Sediakan daun pandan beralaskan daun pisang dan letakkan sedikit adunan tepung.
4. Kemudian masukkan gula melaka/apong di atas adunan tadi.
5. Tutup pula dengan sedikit pati santan.
6. Kemudian bungkuskan daun pandan tersebut seperti bungkusan tapai.
7. Kukuskan kuih bongkol selama 25-30 minit.
8. Sedia untuk dihidangkan.
AKSI DI SEBALIK TABIR
Banyak aksi lucu di sebalik penggambaran ni…

TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI

Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Isnin akan datang saksikan resipi dan aksi menarik Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersama penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu. Sure kecoh dan mencuit hati.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Resipi Kari Sotong Paling Mudah & Ekspress.

Lauk yang sedap tapi cara penyediaan dan memasak yang mudah memang digemari ramai. Lagi cepat masak, lagi bagus. Bagi anda yang tercari-cari menu sebegini, resipi Kari Sotong ni boleh dicuba. Mudah & sedap!
KARI SOTONG EKSPRESS
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong saiz XXL | dibersihkan, potong bulat dan toskan
- 500ml santan
- Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 3 sudu makan air asam jawa
- 5 ulas bawang merah | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 3cm halia | dihiris
- 2 batang serai | dititik
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan penumis bersama bahan hirisan dan titik bersama daun kari sehingga wangi.
- Masukkan rempah kari daging, ikan dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa dan sotong. Biarkan mereneh seketika.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Selepas 2-3 minit, tutup api dan hidangkan.
2 Menu Ringkas Yang Sedap Boleh Korang Masak Malam Ni.

Malas nak masak, malas nak keluar makan!, Tapi tekak nak makan sedap, ini ada 2 menu paling ringkas yang boleh korang cuba. Padankan dengan nasi putih dan cukup, rajin lebih sikit tambahlah sayur. Senangkan….

AYAM SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
- 4 batang serai | titik atau hiris halus
- 10 biji cili padi | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan tepung jagung
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
- 4 sudu makan kicap ikan
- 2 sudu makan minyak bijan
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
- Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
- Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
- Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Ayam sedia dihidangkan panas-panas.

KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kepah |cuci bersih dan tos
- 5 ulas bawang putih | titik
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 3 sudu makan sos tiram
- 8 biji cili padi | hiris
- 3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
- Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
- Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
- Kepah sedia dihidangkan.

