Syok Juga Buka Puasa Makan Kerang Goreng Kicap

Share

 

Asyik makan kerang rebus je kan? Sebenarnya banyak boleh buat dengan kerang ni. Salah satunya ialah kerang goreng kicap. Nah, RASA nak bagi satu idea yang best iaitu kerang goreng kicap.

Sedap tau. Kalau tak buat lauk pun, sedap ratah macam tu je.

KERANG GORENG KICAP

Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 batang serai
50 ml kicap masin
500 gram kerang (dibersihkan)
250 ml air

Cara Memasak
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas