Syurga Makanan Laut, Wanita Ini Teruja Tengok Semuanya Saiz XXXL di Todak Waterfront, Sabah

Share

Memang boleh dianggap sebagai syurga makanan laut! Manakan tidak, semua makanan laut di sini saiznya besar-besar. Memang teruja.

Inilah dia destinasi yang patut dikunjungi jika anda bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Nak tahu lokasi sebenar? Lihat saja tugu yang ada replika ikan todak. Sebab itulah namanya Medan Selera Todak atau juga dikenai sebagai Todak Waterfront Hawker Centre.

Kalau nak tahu, destinasi ini bukan saja jadi tumpuan orang dari Semenanjung tanah air, tapi orang Sabah sendiri pun suka datang sini. Pelancong dari luar negara pun bertumpu di sini juga untuk menikmati hidangan makanan laut yang segar dan murah.

 

Emy (kiri) dan Siti Hajar di depan replika ikan todak yang menjadi mercu tanda Todak Waterfront.

Pengguna media sosial Emy Othman berkongsi keseronokannya berada di lokasi tersebut bersama sahabatnya, Siti Hajar Ab Rahman.

“Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pengunjung jadi bertambah ramai. Bukan sebab makanan laut di sini segar dan murah saja, tapi peniaga di sini pun ramah-ramah belaka. Kalau kita lalu, mereka akan sapa dan jemput kita makan di kedai mereka,” cerita Emy.

Ayuh kita lihat betapa mewahnya makanan laut di sana.

Besar, segar!
Pelbagai kerang dan siput.
Besar, kan?
Besarnya ketam ni.
Wow!
Unik nampaknya.
Ada peminat makanan ni?
Peminat ketam mesti teruja.
Kerang saiz XXXL.
Ikan apa ni? Siapa tahu?
Pekerja di sini peramah!
Makan seekor dah puas.
Pilih, timbang dan nikmati makanan laut anda di Todak Waterfront.
Betapa besarnya makanan laut di sini.
Satu lagi ikan saiz besar yang memikat pandangan.

SEDAP DAN MURAH! RUGI TAK MAKAN DI SINI

Puas hati.
Sotong goreng tepung.
Yummy!
Masak stim.
Macam-macam jenis masakan boleh kita pilih.
Puas makan!

Jadi, kepada anda yang berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah, jangan lupa ya pergi ke Todak Waterfront dan pilihlah makanan laut kegemaran anda.

Lepas makan, boleh berhibur.

Todak Waterfront, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu operasi: 5 petang hingga 12 tengah malam.

Kredit: facebook Emy Othman

Published by
Maryam Elyas