Wanita ayu ini memang luar biasa. Sentiasa melangkah maju, melengkapi diri dengan ilmu dan kemahiran.
Dulunya dia tiada pengalaman dalam bidang kulinari atau F & B, namun minatnya dalam perniagaaan menyebabkan dia kini cukup ‘masak’ dalam selok belok bisnes kini. Bukan sekadar mengusaha restoran , Tahirah Kamaruddin juga turut melengkapi dirinya dengan ilmu memasak. Kepakarannya pastilah sajian Thai yang menjadi sajian utama di restoran ini.
Nak tahu latar ‘tokeh’ restoran ni, Tahirah adalah bekas graduan Leed University berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) ‘Architecture Technology ‘ ini dahulunya seorang arkitek di England. Dia sempat menggunakan ilmu yang diraihnya dengan bekerja sebagai Arkitek (Architect Technician) selama tiga tahun di sana.
Ads
Namun apabila berlaku kemelesetan ekonomi di England pada tahun 2008-2009, dia mengambil keputusan pulang ke tanah air. Lalu, mengusahakan Restoran Jemari yang diasaskan oleh bapanya Dr Kamaruddin Ahmad dan ibunya Wan Zaharah Takiman. Tahirah kemudiannya menggalas tanggungjawab mengusahakan cawangan terbaru Restoran Jemari di Shah Alam pada 2011.
Sejak itu wanita cantik ini tidak menoleh ke belakang lagi. Jiwanya memang jiwa berniaga, seperti kata ungkapan Inggeris “It flows in the blood”.
Solekan sendiri sebelum menghadiri majlis
Lebih ‘mengagumkan’ dia juga memiliki ilmu solekan yang dipelajarinya dari juru mekap handalan popular Erin Leola dan Shazreeyana Shukri.Dalam berniaga Tahirah tetap mengambil tempahan solekan untuk majlis perkahwinan dan acara. Pengalaman manisnya apabila pernah menyolek artis Sherry Ibrahim, Nora Danish, Nabila Razali untuk penggambaran media dan klip video.
Ads
Penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali pernah mendapat sentuhan Tahirah
Dia juga hebat memasak tom yam dan kerabu kangkung yang menjadi sebutan pelanggan Restoran Jemari. Nah ,di sini Tahirah berkongsi salah satu resipi untuk ‘follower’ RASA, sajian bercili Ayam Phad Khrao Pao. Hebatkan wanita ini,jom cuba resipi yang disumbangkannya.
Phad Kra Phao Gai (Ayam Phad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
Ads
200 gm isi ayam | dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah |ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak |untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Thai Cara memasak : Tumis Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap Anggaran kos : RM 9
TIP DARI TAHIRAH : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masakan yang menggunakan rempah giling yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam Thai homemade ni. Tak susah pun. Malah rasanya lebih sedap dan puas hati kalau dibuat sendiri. Jom lihat resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Berbaloi untuk dicuba.
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Bangun pagi tidak tahu hendak sarapan apa, boleh buat telur setengah masak. Sangat senang tidak sampai 10 minit, selepas itu taburkan sedikit lada hitam dan kicap.
Wani faham antara benda paling susah nak buat, telur setengah masak. Betul kan?
Wani pun mengalami masalah yang sama dulu laa. Sebab selalu terlebih masak jadi lah telur rebus. Hahahaha!
Lepas ikut step ni, setiap kali buat je confirm jadi!
So korang boleh guna je 4 langkah ni confirm jadi punya lah telur setengah masak ni. Wani yakinn!
LANGKAH-LANGKAH:
Sebelum itu pastikan telur dalam ROOM TEMPERATURE atau suhu bilik. Jika simpan dalam peti ais keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk.
1. Masak air sampai mendidih (air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam)
2. Bila sudah mendidih boleh tutup api
3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (jangan tutup periuk)
4. Set timer phone anda 6 MINIT. Selapas itu siap!
Sup Ayam Mamak resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni memang terbaik. Panas, pekat dan cukup perisa. Memang layan habis! Jika keluarga anda sukakan hidangan bersup, menu ini wajib untuk anda cuba.
SUP AYAM MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – dipotong kecil
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Kiub pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi – diketuk
2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
1 batang lobak merah- potong
3 biji ubi kentang – potong
2 liter air
BAHAN KISAR:
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.
BAHAN PELENGKAP:
Daun ketumbar/daun sup/ daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan ayam diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki. ( empunya resipi tak letak)
Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!