Foto: Sumber Internet

YouTuber popular, S.Pavithra yang berkongsi tentang video masakan telah menjadi individu pertama yang disenaraikan antara 100 Ikon Bandaraya Ipoh. Pavithra menerima pengiktirafan itu selepas kejayaannya mencipta nama dan membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 779,000 pengikut di YouTube serta menarik perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tahniah, Pavithra Diangkat Sebagai Ikon Bandaraya Ipoh
Foto: Sumber Internet

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pengiktirafan itu diberi selepas berjaya menempa nama di peringkat negara dan antarabangsa. Menurutnya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyasarkan untuk menghimpunkan 100 nama yang telah berjaya untuk dibukukan.

“Setiap anak bandar raya Ipoh kita akan bagi pengiktirafan seperti Tan Sri Michelle Yeoh sebelum ini. MBI ikhlas memberikan pengiktirafan ini kepada Pavithra kerana berjaya dikenali ramai dan resepi masakan mereka menjadi ikutan ramai ketika ini,” katanya pada sidang media.

Tahniah, Pavithra Diangkat Sebagai Ikon Bandaraya Ipoh
Foto: Sumber Internet

 

Tahniah, Pavithra Diangkat Sebagai Ikon Bandaraya Ipoh
Foto: Sumber Internet

Sementara itu, Pavithra telah merakamkan penghargaan kepada MBI yang telah memilih beliau untuk menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

Kami dari team Rasa mengucapkan tahniah kepada Pavitra. Semoga beliau terus memberi inspirasi dan berkongsi ilmu masakan kepada kita semua.

IKLAN
Tahniah, Pavithra Diangkat Sebagai Ikon Bandaraya Ipoh
Foto: Sumber Internet

 

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.

SUMBER: BERNAMA

IKLAN

 

Artikel menarik untuk anda:

Hanya Guna Wallpaper, Dapur Wanita Ini Terus Berubah Jadi Cantik

IKLAN

Sugu Pavithra Terima Anugerah ‘Silver Play Button’ Daripada YouTube

DIY ‘Table Bar’ Dengan Modal Serendah RM150. Murah Tapi Cantik!

 

Resipi yang boleh anda cuba di rumah:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI