Teringin nak buat kek sendiri tapi tak ada pembakar dan pengukus? Tak mengapa jangan sedih-sedih mungkin rezeki kamu, resipi ini tak memerlukan kesemua tu. Hanya perlu sediakan bahan nak buat kek jer. Perkongsian dari Eka Zahra hanya guna kuali leper atas dapur sahaja pasti berjaya.
KEK MARBLE MABELES
Ads
Bahan-Bahan:
1 + 1/2 cawan tepung naik sendiri (180 gr) atau tepung gandum + 1/2 sdt baking powder diayak.
2 sdm serbuk koko atau coklat emulco
1 sdk esen vanila
2 bj telor size besar (atau 3 bj size kecil)
1/2 cawan susu cair (100 ml)
3/4 cawan gula pasir halus (150 gr)
1/2 cawan butter atau marjerin (112 gr)
Cara-Cara:
Panaskan kuali (api paling kecil)
Gris dan alas loyang kek dgn baking paper
Pukul butter @ marjerin bersama gula hingga berkrim
Masukkan telor satu persatu, pukul sebati
Masukkan 1/3 bahagian tepung dan 1/2 bahagian susu, pukul sebati
Ulang step di atas diakhiri dgn tepung dan esen vanila, pukul sebati
Ambil sedikit adunan untuk dicampur dgn serbuk koko @ coklat emulco
Tuang adunan putih dlm loyang
Dot2kan adunan coklat di atas adunan putih kemudian lorekkan guna chopstick atau pisau atau lidi
Letak loyang atas kuali (boleh tutup dgn aluminium foil) kemudian tutup kuali rapat2
Masa memasak bergantung dapur masing2. Cek guna cucuk lidi, klo keluar bersih kek dah masak.
Jika guna oven : bakar 180°C 25-30 minit
NOTA:
Guna api dapur paling kecil
Alas kuali dgn penutup periuk leper atau loyang atau apa2 alas tahan panas (rujuk gambar)
Letak loyang berisi adunan kek atas kuali dan tutup rapat kuali. Jika takda penutup kuali mcm dlm gambar tu boleh guna apa2 jenis penutup…janji tutup rapat ye…nak letak batu lesung atas penutup tu bagi rapat pon boleh😄. Klo bimbang ada air menitik boleh balut penutup dgn kain atau tutup loyang kek dgn aluminium foil. Akk tak buat sbb klo ada air yg menitik pon sikit je dan tak merosakkan kejadian kek 😊 boleh cover dgn aising…akk tabur snow powder.
Nak makan ‘dessert’ istimewa sentuhan dari hotel terkemuka. Ni min kongsikan kompilasi pencuci mulut dari tiga hotel berprestij di ibu kota.
Hotel Royale Chulan KL, Kinrara Resort dan dari Hotel The Pearl Kl menampilkan manisan pencuci mulut yang diolah dan ‘dimodenkan’ dari manisan tradisi dan tempatan.
Jom cuba resipi yang super sedap…yummy…
1.PIR REBUS BERSAMA JALA EMAS DAN SOS VANILA PIC
BAHAN-BAHAN :
Bahan pir :
2 biji buah pir
1 batang kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala
200 gm gula perang
500 ml air
Beberapa titik pewarna merah (jika suka)
Bahan jala emas :
2 biji telur itik
100 gm gula pasir
50 ml air
1 helai daun pandan
Bahan vanila sos :
1 liter susu segar
1 liter krim masakan
300 gm gula
60 gm tepung kastad
1 sudu teh esen vanila
Beberapa titik perasa buah pic
CARA MEMASAK : 1. Bagi memasak pir, campurkan kayu manis, serbuk buah pala, gula perah dan didihkan sehingga larut kesemua bahannnya. 2. Masukkan buah pir dan rebus selama 18-20 minit sehingga empuk dan toskan 3. Bagi memasak jala emas, mula-mula sediakan air gula (air dan gula pasir dilarutkan) kemudian masukkan daun pandan dan masakkan dalam kuali sehingga ia berbuih dengan banyak. 4. Selepas itu buangkan daun pandan dan biarkan ia terus mendidih. 5. Bagi membuat jala emas pula, masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala dan kiraikan di atas air gula yang sedang mendidih tadi. 6. Dengan menggunakan penyepit , angkat jala dan jirus sedikit air panas dan kemudiannya di masukkan ke dalam penapis, ketepikan. 7. Bagi memasak sos vanila pula, ambil periuk dan masukkan semua bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga ia menjadi sedikit pekat. 8. Boleh dituangkan ke atas sajian pencuci mulut pir rebus dan jala emas tadi.
INFO CHEF : Jika anda suka perisa buah-buahan yang lain seperti oren boleh sahaja dmasukkan dalam sos vanilla menggantikan pic. Saiz hidangan : 2 orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus dan didih Keistimewaan : Jala emas menjadikan pencuci mulut ini menjadi sajian fusion Anggaran kos :RM 20
Resipi : Hotel Royale Chulan KL
2. CINNAMON EGG PUDDING
BAHAN-BAHAN : Bahan A:
6 biji telur
6 biji kuning telur
2 liter krim masakan
120 gm gula halus
Bahan B:
500 gm gula
200 ml air
Bahan C: Sedikit serbuk kulit kayu manis (untuk ditabur)
CARA MEMASAK : 1. Cara membuat bahan A : Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tapis. 2. Cara membuat bahan B : Masak air dan gula sehingga menjadi keperangan 3. Cara membuat puding telur :Bahan B yang masih panas dituangkan ke dalam cawan anggaran satu sudu makan. 4. Selepas selesai tuang bahan B tuangkan pula bahan A tadi dan tabukan sedikit kulit kayu manis. 5. Kukus selama satu jam dan sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dihidang.
INFO CHEF : Enak dihidangkan bersama hiasan buah-buahan seperti strawberri, mangga dan buah kiwi.
Saiz hidangan : 2- 3 orang Waktu Memasak : 15 minit, kukus 1 jam Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Pencuci mulut
Resipi : Kinrara Resort
3. PUDING JAGUNG KOKTEL
BAHAN-BAHAN :
70 gm tepung kastad
1 cawan jagung berkrim
5 gm sudu makan serbuk agar-agar
500 ml santan kotak
400 ml air
100 gm gula pasir
Garam secukup rasa
Bahan koktel :
1 tin buah-buahan koktel campuran
390 gm (1 tin) susu cair
CARA MEMASAK : 1. Masakkan air dan agar-agar hingga larut. 2. Masukkan santan, gula dan garam, di atas api sederhana 3. Masukkan kastad dan kacau atas api perlahan hingga pekat 4. Tuangkan campuran puding ke dalam loyang atau acuan dan biar keras. 5. Simpan di dalam peti sejuk. 6. Hias bersama buah-buahan koktel.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih dan ‘chill’/dingin Keistimewaan : Enak dimakan sejuk, rasa lemak berkrim Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF:Anda boleh menambahkan buah-buah beri jika suka. Pilih agar-agar tali jika mahu cepat keras.
Resipi : Kinrara Resort
4. LOMPAT TIKAM VELVET
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan kek velvet :
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan buttermilk
1 cawan gula halus
1 sudu makan pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla Bahan lapisan bawah :
1 cawan tepung beras
3 1/4 cawan air daun pandan /dikisar dengan air
Bahan lapisan atas :
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/3 cawan santan sederhana pekat
1 1/2 sudu teh garam
Bahan air gula :
Gula merah/kerek secukupnya
Air secukupnya
1 helai daun pandan /disimpul
CARA MEMASAK : 1. Red Velvet : Untuk membuat buttermilk campurkan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar. 2. Sediakan mangkuk dan ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. 3. Di mangkuk yang lain satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang dan masukkan buttermilk tadi. Masukkan pewarna merah dan esen vanilla dan pukul lagi. 4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati. 5. Griskan loyang pembakar dengan mentega dan tepung. Tuang adunan dan bakar 45 minit dalam oven yang sudah dipanaskan suhu 170 celcius 6. Bancuh bahan lapisan bawah hingga rata dan tapiskan. Masak di dalam kuali atau periuk dengan api sederhan dengan sentiasa dikacau sehingga pekat dan berkilat. 7. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. 8. Bancuh bahan lapisan atas hingga rata dan tapiskan. 9. Masak seperti lapisan bawah tadi dengan sentiasa dikacau sehingga menjadi pekat dan berkilat. 10. Tuang di atas lapisan pertama tadi dan ratakan.Biarkan seketika. 11. Masak gula merah dengan air secukupnya, tapisan dan letak dalam gelas. 12. Tuangkan air gula sebelum dihidangkan
Saiz hidangan : 12 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Kek dibakar dan lapisan dimasak atas api. Keistimewaan : Dihidang sejuk dan rasa manis berkrim dengan kelembutan rasa kek Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Lompat tikam ialah sejenis kuih dan ‘dessert’ tradisional yang diberi sentuhan barat dengan menggunakan kek velvet, ilham dam inovasi kreatif daripada Chef Hotel The Pearl.
Sambal Paru, Sambal Sotong dan Sambal Lodeh Jawa ni memang tak asing di kalangan masyarakat Malaysia, Simgapura dan Brunei. Makan dengan Nasi Impit atau nasi memang terbaik, lagi pedas lagi sedap. Nak makan menu ni korang boleh je masak sendiri, tengok pada resipinya mudah je. Yang penting cuba dulu baru tahukan…
SAMBAL GORENG PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | cuci bersih
1 biji bawang besar | mayang halus
Garam gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
8 biji cili merah
8 biji cili padi
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 batang serai | hiris
CARA MEMASAK:
1. Rebus paru hingga empuk, angkat dan toskan.
2. Hiris nipis paru, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.
3. Goreng hingga garing, ketepikan.
4. Menggunakan kuali lain, tumiskan hirisan bawang hingga layu.
5. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan timbul minyak.
6. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.
7. Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan paru.
8. Tutup api dan gaul paru dengan sambal hingga rata.
9. Angkat dan sambal paru sedia dihidangkan.
SAMBAL SOTONG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong | bersihkan dan hiris bulat
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan sos Chili Thai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
6 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 biji tomato
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukan sotong yang telah dibersihkan dalam periuk, kemudian layu dan keringkan air sotong, lebih kurang 2-3 minit, Ketepikan.
2. Panaskn minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar hingga layu.
3. Kemudian masukkan bahan kisar, kecilkan sedikit api dan terus kacau.
4. Setelah bahan kisar pecah minyak, Tambahkan ke dalam sos plum, sos cili Thai.
5. Kemudian masukkan sotong, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api, sambal sotong masam manis sedia dihidangkan.
MASAK LODEH JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris tebal
2 biji kentang | hiris tebal
2 keping tauhu | hiris tebal
1/2 isi dada ayam | hiris kecil
3 keping fuchuk | rendam supaya lembut
Sedikit suhun rendam
5 batang Kacang Panjang | potong 2cm
4 batang anak jagung | hiris serong
1/2 batang lobak merah | hiris kecil
2 biji cili merah | hiris
2 biji cili hijau | hiris
Sedikit hirisan kubis
500ml santan pekat
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak goreng kentang tauhu dan tempe secara berasingan (jangan terlalu garing).
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
3. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi dan pecah minyak,
4. Seterusnya masukkan isi ayam, kacau hingga layu,baru masukkan fuchuk dan sayuran lainnya.
5. Setelah sayur layu masukkan bahan goeng, suhun serta santan pekat dan air asam jawa.
6. Kecilkan api, kemudian perasakan lodeh dengan garam dan gula secukup rasa.
7, Setelah cukup rasa, dan kuah pekat. Tutup api dan sayur lodeh sedia dihidangkan.
Ayam masak merah bersantan ini mungkin biasa dimasak oleh orang Utara, tapi tak semua pernah mencubanya. Memang sedap, cukup rasa dan paling penting banyak kuah. Sesuai dimakan dengan nasi tomato, nasi minyak dan macam macam nasi.
Walau nampak seakan sama tapi bahan-bahan sedikit berbeza. Memang sesuai dengan nasi tomato dan lain-lain.
Ayam masak merah bersantan stail utara
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka – dibersihkan digaul dengan garam, kunyit dan digoreng tapi jangan goreng terlalu lama nanti keras
Bahan tumis:
1/2 biji bawang besar dipotong nipis
2 ulas bawang putih
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
Bahan kisar:
20 biji cili kering dipotong direbus dikisar halus (jika suka pedas guna 25-30 biji cili kering)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia
2cm lengkuas
Bahan lain
1 tin kecil tomato puri
1 cawan santan pekat
1 tin kecil kacang peas
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis.
2. Bila bawang dah layu baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng sebentar kemudian terus masukkan bahan kisar.
3. Gaul rata kemudian masukkan tomato puri. Masak sampai tumisan pecah minyak dan biarkan sedikit kering (periuk kena sentiasa ditutup sebab masakan ini merecik).
4. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi bersama santan pekat. Gaul rata kemudian masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.
5. Perlahankan api kemudian biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api. Akhir sekali masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan.