Tak Adalah Susah Sangat Nak Buat Bubur Candil, Memikat Selera Betul Bebola Warna-warni Tu

Share

Mewah betul dengan warna-warni Bubur Candil ini ya! Bubur Candil antara sajian menu pencuci mulut yang bukan sahaja ‘sedap mata memandang’ tetapi juga enak untuk dinikmati. Buat mak-mak yang hendak memancing selera anak-anak untuk makan, bolehlah cuba masak Bubur Candil ini. Berikut resipi dan cara-cara membuat Bubur Candil seperti yang dikongsikan oleh Alin Danial

RESIPI BUBUR CANDIL

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung pulut –BELI ONLINE


Santan cair secukupnya
1 1/2 sudu teh garam –BELI ONLINE
1 1/2 sudu besar gula halus (optional) –BELI ONLINE
2-3 liter air untuk merebus
2 helai daun pandan – masukkan dalam air untuk merebus
2 liter air sejuk untuk merendam selepas direbus

BAHAN KUAH SANTAN:

1000 ml santan
100-150 gm gula pasir (ikut suka nak manis atau kurang manis)
2-3 sudu besar sagu (optional) direndam dengan air panas
1 1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan disimpul
2 sudu teh tepung ubi/jagung (optional) larutkan dengan air

CARA MEMBUAT:

1. Satukan tepung pulut, garam, gula. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit, hingga menjadi doh yang tak melekat ditangan.

2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang disukai.

3. Gentel bulat-bulat sampai habis.

4. Didihkan air bersama daun pandan sehingga menggelegak dalam periuk. Masukkan bebola tepung dan masak hingga timbul di permukaan.

5. Angkat guna penapis dan rendamkan dalam bekas berisi air sejuk.

KUAH SANTAN:

1. Masak santan, gula, garam dan daun pandan, sagu hingga mendidih.

2. Kemudian boleh masukkan tepung ubi/jagung untuk memekatkan. Tidak perlu letak jika sudah masukkan sagu biji.

3. Toskan bebola tepung dalam air sejuk tadi dan masukkan ke dalam santan. Kacau sekejap dan tutup api.

Sumber kredit: Alin Danial

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Has