Resipi sederhana dari bonda yang selalu menjadi permintaan anak-anak.

AYAM MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam (potong ikut suka, letak garam dan kunyit selepas itu goreng sekejap tapi jangan sampai garing) Tos dan ketepikan.
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedikit halia (hiris)
  • 1 biji cili merah potong serong
  • 8-10 biji cili padi potong tengah jangan sampai putus
  • 1 sudu besar jintan manis (rendam sekajap, toskan dan tumbuk guna lesung batu)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula(x buh pun xpe)
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 senduk minyak utk menumis
  • Sedikit garam (letak sediki sahaja sebab ayam di goreng sudah ada garam)

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak tumis bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis dan cili besar.
  2. Sudah naik bau masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
  3. Tumis sampai betul-betul naik minyak.
  4. Masukkan kicap dan kacau sekejap.
  5. Akhir sekali masukkan ayam dan cili padi. Letak sedit air dan kacau sebati. Bila sudah pekat sesuaikan rasa.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mariana Zainal

ANDA MUNGKIN  MENYUKAI RESIPI INI:

IKLAN

Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur

Sederhana Tapi Penuh Rasa Enak, Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering

IKLAN

Kisar Semua Bahan & Perap Untuk Seekor Ayam Panggang Black Pepper

Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan, Resipi Ayam Kukus Halia Sesuai Untuk Satu Keluarga