Makan

Tak Guna Bawang Putih, Letak Santan, Ini Cara Masak Sambal Bilis Sedap Cara Orang Tua

Share

Sambal bilis antara lauk ringkas yang jadi kegemaran ramai. Meski nampak sama tapi cara memasak sambal ini ada macam-macam versi. Dikongsi oleh Zizi Mizi ini adalah cara memasak sambal bilis yang dipelajari daripada orang kampung di Negeri Sembilan.

Ujarnya yang selalu melihat orang tua memasak kenduri, cara memasak sambal bilis untuk dimakan dengan pulut ini cukup berbeza. Tak perlu bawang putih dan dimasukkan sekali santan pekat. Lain dari yang lain tapi sedap!

Berikut adalah tip yang dikongsi.

Cara orang kampung Negeri Sembilan masak sambal yang sedap

 

Dulu-dulu bila kenduri saya selalu ikut makcik-makcik orang kampung memasak kat dapur. Memang lain cara masak mereka dengan orang Selangor. Ini yang saya perhati dari buat bahan sampailah menumis lada untuk membuat sambal pulut.

– Tak perlu letak bawang putih dalam sambal

– Tumis cili kisar dulu kemudian barulah dimasukkan bawang. Letak bawang banyak lagi sedap.

– Ikan bilis tak perlu goreng, cuma basuh bersih dan masuk saja waktu menumis.

– Letak santan atau kepala santan (santan pekat) bila tumisan dah pecah minyak.

Sambal ini cicah pulut kuning memang sedap, dengan nasi pun boleh.

Sumber: Zizi Mizi

 

Published by
Rose