Kuih Bakar Pandan memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun bagi yanga mengalami alahan, agak susah nak jumpa Kuih Bakar Pandan yang dimasak tanpa menggunakan telur namun mempunyai tekstur yang sempurna serta menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim ni? Tak susah pun. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati serta tidak berketul. 2. Tapis campuran tepung supaya adunan yang dihasilkan lebih mulus. 3. Ambil loyang yang bersesuaian. Sapukan marjerin dengan banyak di permukaannya. 4. Tuang adunan Kuih Bakar Pandan tadi. 5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kerak kuih menjadi garing.
6. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong serta dinikmati.
Siapa sangka Brokoli ‘Super Food’ ini bukan hanya sedap sebagai sayur tetapi juga boleh diolah jadi kudapan seperti digoreng celup tepung dan dijadikan muffin dan banyak lagi. Sebagai sayur kaya dengan pelbagai khasiat, anda manfaatkan brokoli dalam bermacam menu. Antaranya seperti dalam dua resipi yang dikongsikan di bawah ini.
BROKOLI GORENG RANGUP BAHAN-BAHAN:
500gm brokoli | potong dadu
1/2 cawan tepung goreng serbaguna |sebarang jenama
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1cawan tepung tempura | sebarang jenama
Sedikit air
300gm minyak masak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Renehkan air dalam periuk, celur sekejap 3-4 minit brokoli.
Angkat, tos dan ketepikan.
Campurkan tepung serbaguna dengan serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata.
Taburkan dalam bekas berisi brokoli tadi, gaul rata. Tambahkan sedikit air untuk memastikan tidak ada tepung berketul.
Setelah brokoli bersalut tepung sepenuhnya, gaulkan pula dalam tepung tempura. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga garing.
Angkat dan tos.
Brokoli sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
MUFFIN BROKOLI TELUR BAHAN-BAHAN: 1/2 biji brokoli | potong dadu besar dan rebus 3-4 minit 5 biji telur 1/2 sudu teh serbuk daun Thyme 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 1 sudu teh serbuk pati ayam 1 sudu teh serbuk lada sulah 1/2 cawan parutan keju cheddar
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalamnya serbuk pati ayam, lada sulah, serbuk bawang putih dan serbuk daun Thyme.
Kacau rata, baru masukkan brokoli dan 3/4 dari keju. Kacau rata.
Sediakan loyang muffin. Sapukkannya dengan mentega.
Tuangkan bancuhan muffin ke dalam loyang hanya 3/4 permukaan acuan sahaja. Taburkan lebihan parutan keju di atasnya.
Bakar hingga kuning keperangan lebih kurang 20-25 minit.
Bagi anda yang gemarkan masakan gaya India, menu Ayam Pakora yang mudah dan ringkas ini memang patut dicuba. Isi ayam yang diadun dengan rempah serta digoreng rangup ini pastinya memukau selera anda. Kena cuba!
AYAM PAKORA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi ayam | dicincang halus
1 labu bawang besar | dicincang
2 biji cili hijau | dicincang
1/2 inci halia | ditumbuk
1 ulas bawang putih | ditumbuk
1 sudu makan jus perahan lemon
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh minyak masak
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam di dalam bekas bersama bawang besar, cili hijau, garam ,jus lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya.
Gaulkan ayam tadi di dalam adunan tepung hingga rata.
Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng ayam hingga garing dan kekuningan.
Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas bersama sos.
INFO CHEF: Hidangan ini enak dihidangkan panas-panas dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi.
Dalam apa jenis masakan pun jika mahu jadikan ia menu sihat dan rendah lemak, kena bijak memilih bahan ramuannya. Pilihan memanggang, mengukus, membakar adalah antara teknik yang boleh mengurangkan kandungan lemak.
Nak tahu apa resipi sihat dari sajian barat ni, jom semak resipi dari Chef Hazieyanti Soegijono dan Che Haziq Masran dari MFA College ini.
1.BAKED CHICKEN FAJITA ROLL UP
BAHAN-BAHAN :
1 keping dada ayam
Bahan untuk perap :
2 sudu makan minyak zaitun
½ sudu teh jus limau
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu teh serbuk paprika
½ sudu teh oregano kering
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk cayenne
½ sudu teh daun ketumbar (cincang halus)
Bahan untuk ayam:
½ biji lada benggala merah | di hiris
½ biji lada benggala hijau | dihiris
½ lada benggala kuning | dihiris
CARA MEMASAK : 1. Campurkan kesemua bahan perap dan kacau. 2. Perap ayam dengan kesemua bahan perap selama 3- minit . 3. Setelah selesai perap masukkan lada benggala dan gulung ayam bersama lada benggala. 4. Bakar selama 25 minit sehingga 30 minit dengan suhu 180°c dengan ayam dalam keadaan dibungkus dengan aluminium foil 5. Siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak :Bakar Jenis masakan : Lauk utama, ayam Keistimewaan : Ayam bakar digulung dengan isi lada benggala
Info Chef : Bagi mengelakkan dada ayam dari kering, balutkan dengan kertas aluminium masa membakar.
2. FISH AND CHIPS WITH YOGURT SAUCES
BAHAN -BAHAN :
¾ cawan serbuk roti
1 biji telur
½ cawan tepung gandum
½ sudu teh lada hitam
½ sudu teh lada putih
1 keping ikan dori
1 biji kentang
Bahan untuk membuat sos yogurt :
1/2 cawan yogurt
½ batang timun jeruk
CARA MEMASAK :
1 .Campurkan lada hitam, lada putih ke dalam ikan dori. Kemudian salutkan sengan tepung, telur, dan serbuk roti. 2. Kemudian bakar bersama kentang selama 15 minit sehingga 20 minit dengan suhu 150°c 3. Sementara itu buat sos yogurt. Cincang timun jepun dan campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata 4. Sajikan ikan dori bersama kentang bakar dan sos yogurt tadi.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak :Bakar Jenis masakan : Ikan Keistimewaan : Ikan dori bakar yang manis dan rangup
Info Chef : Kalau tak nak salutkan dengan serbuk roti, anda boleh juga menyalut dengan oat sahaja. Oat mengandungi khasiat yang boleh membantu kawalan kolestrol.
3. BROCCOLI SOUP
BAHAN-BAHAN :
½ biji broccoli
½ kentang
½ batang saderi
2 ulas bawang putih
1 sudu makan minyak canola
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak canola di dalam kuali.Tumiskan semua bahan, masukkan air dan biarkan empuk. 2. Kemudian biarkan ia sejuk dan kisar hingga halus 3. Masukkan semula ke dalam periuk dan masak 5 minit sahaja. 4. Masukkan susu segar rendah lemak dan tutup api. Kacau rata..
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 5 minit Cara memasak : Tumis dan reneh sebentar Jenis masakan : ‘Appetizer’ Keistimewaan : Sup brokoli pembuka selera yang enak
Info Chef: Brokoli kaya dengan serat, sayuran hijau ini boleh meningkatkan vitamin D dan mempunyai C, B6, A, E dan K yang diyakini boleh mencegah kanser dan menurunkan kolestrol.
4. APRICOT CHICKEN WITH BALSMIC VINIGER
BAHAN -BAHAN :
3 biji buah aprikot kering
½ biji bawang Holland
½ cup cuka balsamik
½ sudu teh bahan perasa
Air secukupnya
½ sudu teh paprika
½ sudu kecil jintan putih
1 keping dada ayam
CARA MEMASAK : 1. Perapkan dada ayam dengan paprika,jintan putih dan bahan perasa 2. Panggang ayam yang telah perap selama 10 minit 3. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius. Letakkan dalam bekas hidangan. 4. Tumiskan bawang Holland. Kemudian masukkan cuka balsamik 5. Tambah sedikit air kemudian masukkan bahan perasa. 6. Campurkan ayam ke dalam periuk dan gaul sehingga rata 7. Siap untuk dihidangkan bersama buah aprikot
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Panggang dan bakar dalam oven Jenis masakan : Lauk utama, ayam Keistimewaan : Ayam panggang berjus dengan rasa masam dan pedas
Info Chef :Cuka balsamik ialah hasil penapaian anggur dan memberikan rasa masam dalam masakan. Polifenol dalam cuka balsamik mampu mengurangi kemampuan kolesterol jahat LDL yang menjejaskan kesihatan.
5. CHILI-GARLIC GRILLED CHICKEN WITH AVOCADO SALSA
BAHAN-BAHAN :
½ sudu teh kepingan cili (chillies flakes)
½ biji bawang
½ sudu teh paprika
½ sudu teh cumin
½ sudu teh garam
½ biji tomato
½ biji bawang merah
½ sudu teh daun ketumbar
½ sudu makan jus limau
1/2 biji buah avokado (separuh masak) | potong dadu kecil
1 keping dada ayam
CARA MEMASAK : 1. Perapkan dada ayam dengan paprika, jintan putih cumin, kepingan cili dan bahan perasa. 2. Panggang ayam selama 10 minit , kemudian bakar di dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 20 minit. 3. Sementara itu buat avocado salsa. Potong avocado, tomato dan,bawang dadu kecil 4. Masukkan daun ketumbar dicincang dan masukkan jus limau 5. Gaulkan semua dan letakkan di atas ayam yang telah di panggang 6. Siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Panggang dan bakar dalam oven Jenis masakan : Lauk utama, ayam Keistimewaan : Ayam panggang berjus yang enak dimakan bersama avokado
Info Chef :Sajian sihat kaya dengan serat dan kandungan potassium. Jika avokado lebam rendamkan dengan air garam.
RESIPI : CHEF HAZIEYANTI SOEGIJONO DAN CHEF HAZIQ MASRAN TERIMA KASIH : CHEF DATO MOHD FARID ALWI, MFA COLLEGE (MALAYSIA FOOD (AUTHENTIC) COLLEGE,Unit C-1-28 Blok C Pangsapuri Spring Villa, Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor . mfaeducation.college@gmail.com
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.