Tak Letak Bonito Flakes Pun Sedap, Resipi Takoyaki Masak Guna Acuan Cara

Share

Takoyaki, street food dari Jepun ni senang je masak secara homemade menggunakan acuan Kuih Cara. Snek ini diperbuat daripada bancuhan tepung dan dimasak bersama kubis cincang serta berintikan sosej, hirisan sotong, udang atau ketam. Dihidangkan bersama mayones dan bonito flakes menjadikan hidangan ini semakin digemari rakyat Malaysia. Jika dulu hidangan ini boleh diperolehi di restoran atau pasaraya tertentu, namun kini di pasar malam pun ada yang jual Takoyaki ni. Teringin nak masak sendiri? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Abdullah

 

RESIPI TAKOYAKI HOMEMADE

BAHAN ADUNAN:

INTI:

  • Hirisan daun bawang secukupnya
  • Kubis / Lobak merah – hiris dadu
  • Isi ketam/udang/ayam/sotong – masak @ celur terlebih dahulu

BAHAN HIAS:

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan adunan. Kisar @ bancuh hingga sebati dan tidak berketul.

2. Letak adunan ke dalam botol bagi memudahkan proses menuang.

3. Untuk menyediakannya, ambil acuan kuih cara dan oleskan dengan sedikit minyak.

4. Masukkan bancuhan tepung hingga separuh acuan. 

5. Kemudian masukkan bahan inti secukupnya.

6. Sengetkan kuih dalam acuan dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk takoyaki bentuk bulat ( jika pakai acuan takoyaki) atau bujur ( jika pakai acuan cara).

7. Golek-golekkan takoyaki hingga masak dan sedikit garing.

8. Angkat dan paipkan mayones, sos serta bonito flakes secukupnya. ( empunya resipi guna sos cili dan mayones sahaja sebab tak ada bonito flakes.)

9. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nora Abdullah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur