Cantiknya Agar-Agar Marble perkongsian saudari Mut Tam ni. Menurut beliau, manisan yang diringkan resipinya mengikut cara sendiri ini mempunyai rasa yang tidak manis dan teksturnya juga lembut. Memang sangat sedap. Ha…Apa lagi? Peminat Agar-Agar Marble boleh cuba resipi ni.
RESIPI AGAR-AGAR MARBLE YANG SEDAP & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar tali 20gm (beli online disini)
1 cawan gula kastor (beli online disini)
5 cawan air
1 tin susu cair (beli online disini)
1 sudu makan esen vanilla (beli online disini)
2 biji telur
2 sudu serbuk koko (beli online disini)
Pewarna merah secukupnya – boleh gantikan dengan sirap (beli online disini)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan air hingga mendidih. Kemudian masukkan agar-agar dan gula. Didih lagi sampai semua bahan larut. Kecilkan api. 2. Pecahkan telur di dalam bekas dan campurkan dengan susu cair. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi. 3.Masukkan esen vanilla. Kacau sebati sehingga mendidih. Tutup api. Alihkan campuran agar-agar dalam bekas atau loyang. 4. Dalam bekas lain, ambil 1 senduk adunan dan masukkan serbuk coklat atau milo. (empunya resipi letak lebih serbuk koko kerana suka rasa sedikit pahit) 5. Ulang langkah yang sama bagi pewarna merah/sirap. (empunya resipi suka guna sirap kerana bagi efek seakan bandung pada agar-agar & rasa lebih sedap) 6. Sudu adunan berwarna ke dalam adunan agar-agar secara berselang-seli (kok dan merah). Lorek.
Ads
7. Lorek corak pada agar-agar dan sejukkan. 8. Bila sudah mengeras, Agar-Agar Marble sedia untuk dipotong dan dinikmati.
INFO: Untuk sukatan cawan, empunya resipi guna cawan plastik Ikea.
Kadang kala anda masanya anda buntu dan tak tahu nak masak apa. Bila bulan puasa ni, kebanyakan ibu-ibu suka masak menu yang ringkas je. Jadi khas buat anda, berikut RASA kongsikan 10 resipi masakan berasaskan ayam yang sangat mudah untuk dicuba.
1. AYAM GORENG CILI MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
3 batang kacang panjang | potong 3cm
1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm
1/2 biji cili Banggala
1/2 biji bawang Holland
1 sudu makan tepung gandum
BAHAN SOS CILI:
3 biji cili merah
3 biji cili padi merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.
Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.
Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih.
2. HONEY BUTTER CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
800gm ayam (bahagian kepak dan peha)
Secubit garam
1 sudu teh lada hitam
2 biji telur
1 cawan tepung ubi
1 sudu teh serbuk penaik
¼ cawan kacang masin
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
6 sudu makan mentega
2 sudu makan madu
5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
½ cawan gula perang
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan serbuk cili
CARA MEMASAK:
Gaul ayam bersama lada hitam dan garam. Kemudian pecahkan telur dan tambah tepung ubi serta serbuk penaik. Gaul dengan ayam hingga rata.
Panaskan minyak secara sederhana dan goreng ayam hingga masak. Terbalikkan setiap 5 minit. Angkat dan toskan.
Kuatkan api dan masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi. Sentiasa terbalikkan dan biarkan sehingga ayam menjadi lebih rangup dan garing. Angkat dan toskan.
Panaskan kuali lain dan masukkan mentega, bawang putih dan kacau sehingga bawang putih garing.
Tambahkan kicap cair, madu dan gula perang. Kacau sehingga menggelegak.
Tutup api dan masukkan kacang serta ayam goreng . Kacau sebati sehingga sos menyaluti ayam dengan rata.
Angkat dan taburkan bijan serta serbuk cili. Sedia untuk dinikmati
3. AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
4. AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
5. AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
500ml santan pekat
Daun pegaga secukupnya
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm halia muda
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
Balut ayam dan bakar hingga masak.
Setelah masak ayam percik sedia dihidangkan.
6. AYAM SERAI VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
4 batang serai | titik atau hiris halus
10 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tepung jagung
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
4 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan goreng. Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
Keluarkan minyak, tinggal hanya minyak untuk menumis.
Tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
7. AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
5 ketul paha ayam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk lada putih, serbuk paprika, serbuk kunyit dan garam dengan secukupnya. Perap selama satu jam.
Kemudian balut ayam menggunakan daun pandan. Ikat kemas.
Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuningkeemasan. Angkat dan tos.
8. AYAM PERCIK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah dua dan dikelar
BAHAN PERAP AYAM:
4 ulas bawang merah
2cm halia
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KUAH:
200ml santan pekat
2 keping asam keping
3 batang serai | ketuk
Sedikit biji halba
Garam dan gula secukup rasa
6 ulas bawang merah | kisar halus
2cm halia | kisar halus
CARA MEMASAK:
Bahan perapan dilumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula. Biarkan lebih kurang 1 jam. Perap dan simpan didalam chiller.
Campurkan bahan kisar bersama santan. Tuang dalam periuk, masak dengan api yang perlahan. Letakkan juga serai ketuk dan sedikit biji halba didalamnya.
Masukkan asam keping. Biarkan ia mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
Tambah sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Lumurkan kuah perchik ini pada ayam sebelum ayam dibakar didalam ketuhar atau dibakar diatas pemanggang arang.
Pastikan ayam betul-betul masak sebelum ia dihidangkan.
Tuang sedikit kuah perchik di atas ayam bagi menampakkan ia berjus dan tidak kering semasa dihidangkan.
9. AYAM KAMPUNG BAKAR MADU
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam kampung | dibersihkan
1 inci halia | ditumbuk halus
2cm kunyit | ditumbuk halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit marjerin
CARA MEMASAK:
Kelar isi ayam dan lumurkan dengan kesemua bahan-bahan diatas ( kecuali marjerin). Biarkan selama sejam.
Panaskan kuali pemanggang dan lenserkan sedikit marjerin.
Bakar ayam dengan api sederhana sehingga masak.
Angkat, lumurkan dengan sedikit madu.
Sedia untuk dihidangkan.
10. ISI AYAM MASAK BIJAN
BAHAN-BAHAN:
400gm isi ayam | dihiris
4cm halia tua | dihiris
2 biji bawang merah | dihiris
3 sudu makan minyak bijan
50gm brokoli | dicelur
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu teh makan bijan
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bijan.
Tumiskan halia sehingga berbau harum.
Masukkan ayam, lobak merah dan bawang merah. Kacau rata.
Masukkan air dengan secukupnya. Masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan bijan, brokoli dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mee KariChinese Style perkongsian Cik Puan Julietaini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini memang padu. Nampak gambar pun dah dapat agak rasanyanya yang sedap. Patutlah menu ni jadi kegemaran anak-anak beliau. Jom cuba. Anda pun pasti sukakan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng serai sebentar. 2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi dan keperangan. 3. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak. 4. Masukkan ayam dan kacau sebati hingga ayam separuh masak. 5. Kemudian masukkan santan dan asam keping. Biarkan kuah mendidih. 6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa untuk seimbangkan rasa. 7. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fishball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap dalam tauhu kering. 8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi, sambal dan bahan-bahan sampingan.
9. Untuk membuat sambal, rebus cili kering sehingga masak dan kembang. 10. Masukkan ke dalam pengisar bersama bawang. Kisar halus. 11. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. 12. Angkat dan sedia dihidangkan bersama Mi Kari.
Memang susah untuk menarik minat selera seisi keluarga yang bermacam ragam. Tetapi dengan hidangan ringkas isi ayam yang di goreng ranggup dan makan ketika masih hangat membuka selera mereka untuk menjamah lagi.
AYAM POP KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:
500gm dada ayam – potong dadu dan toskan
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
½ sudu teh garam
¼ sudu teh lada hitam
1 cawan tepung gandum
½ sudu teh kari
½ sudu teh paprika (lebih kalau nak rasa pedas)
3 biji telur
2 cawan nestum / oat
CARA-CARA:
1. Gaul rata ayam dengan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam. Perapkan selama 30minit atau 1jam.
2. Satukan dan gaul rata tepung gandum dan serbuk kari dalam mangkuk.
3. Pukulkan telur dalam mangkuk lain.
4. Masukkan nestum dalam mangkuk lain.
5. Celup ayam dalam telur. Selepas itu salutkan dengan tepung. Celup dalam telur sekali lagi. Last sekali salut dengan nestum.
6. Ulang sehingga ayam habis.
7. Masak dalam minyak yang panas dan api sederhana sehingga warna keemasan.
Info:
Boleh buat stok banyak. Selepas dah siap salut ayam dengan nestum, letak dalam bekas dan simpan dalam freezer. Bila-bila nak makan, keluarkan dari freezer dan terus goreng.
Sedap dimakan begitu saja pada waktu sarapan atau kudapan petang atau malam
Untuk tambah kesedapannya boleh cicah dengan sos , mayonis, cheese, atau sos buatan sendiri.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...