Kek Keju Pandan gebu yang dinikmati bersama krim dan parutan cheese. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh Pandan ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.
KEK KUKUS PANDAN
BAHAN A:
- 3 biji telur
- 1 sudu makan ovalette
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh pes pandan
- Pewarna hijau epal secukupnya
BAHAN B:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh cream tartar
- 1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan-bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu.
- Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream tartar.
- Sebatikan adunan menggunakan spatula atau senduk sehingga sekata.
- Seterusnya masukkan minyak masak. Kacau lagi hingga adunan menjadi licin berkilat.
- Tuang adunan kek ke dalam bekas dan kukus menggunakan api besar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
- Angkat dan sejukkan.
BAHAN CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm krim keju
- 1 cawan susu pekat manis – stok habis? Boleh beli DISINI
- 1 cawan krim putar ( whipping cream)
- 1 cawan susu segar – stok habis? Boleh beli DISINI
HIASAN:
- 1 buku keju cheddar – diparut
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan pukul hingga tidak berketul.
- Tuang adunan krim keju ke atas kek yang siap dikukus dan disejukkan seketika.
- Tambah parutan keju cheddar dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ummydarwisha Mansor
Tercari-cari OVEN yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi kek yang best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official