
Ramai yang beli biskut roti gula ni walhal nak buat punyalah senang. Kalau ada roti putih yang tak habis nak makan atau hampir tamat tempoh boleh gunakan untuk buat biskut roti gula ini. Caranya cuma empat langkah saja.
Cara buat roti gula rangup
1. Potong roti keping putih (boleh guna apa-apa jenama) kepada empat bahagian.
2. Sapu mentega, nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa.
3. Tabur sedikit gula pasir atas roti yang disapu mentega tadi.
4. Kemudian boleh bakar. Yang ini bakar guna air fryer, set time 5 minit dulu, suhu 180 darjah. Kalau belum garing tambah lagi masa. Kena agak-agak, tengok pada warna roti ini nanti. Nak bakar guna oven pun boleh.
Siap! Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Roti gula ni dah sejuk pun tetap rangup.
Selamat mencuba
Sumber: Jauharatuddini Taib
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Buah, Kek Orang Lama Yang Sangat Premium

Salah satu kek tradisional yang dikira premium adalah kek buah. Ini kerana kek buah menggunakan bahan yang agak mahal untuk dibuat. Mix fruit kena letak agak banyak baru sedap. Gunakan mentega yang berkualiti tinggi baru jadi seperti resipi asli. Jom buat untuk raya ni. Jangan lupa stay at home ye.
KEK BUAH
BAHAN A
300 gram gula kastor
60 ml air panas
250 gram mentega
500 gram mixed fruit
BAHAN B
350 gram tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala
BAHAN C
3 biji telur ayam grade A
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMBUAT
1. Ayak tepung gandum, soda dikarbonat dan serbuk buah pala.
2. Masukkan gula kastor ke dalam kuali yang permukaan bawahnya tebal. Dengan api sederhana, masak gula sehingga cair dan berwarna perang. Tidak perlu kacau. Goyangkan periuk ke kiri dan kanan sehingga gula mencair. Jangan sampai hangus.
3. Apabila gula sudah cair, tuang air panas dari tepi kuali. Kacau sehingga gula larut dan masukkan mentega.
4. Biarkan mentega cair kemudian masukkan mixed fruit yang telah dicuci dan ditos tadi.
5. Biarkan sekejap atas api. Tutup api. Tunggu suam, baru masukkan jus lemon. Kemudian masukkan adunan tepung gandum yang telah diayak tadi. Gaul secara kaup balik.
6. Pukul telur ayam bersama esen vanila sehingga berbuih dan tuang ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
7. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci. Tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser sedikit mentega supaya kek yang naik tidak melekat di aluminium foil.
8. Balut penutup periuk pengukus dengan tuala dapur supaya wap air tidak menitik atas adunan. Kukus selama 2 jam atau sehingga masak. Jika ingin menambah air pengukus, tambah air panas.
9. Selepas masak, biarkan kek di dalam pengukus sehingga sejuk supaya buah tidak jatuh atau mendap ke bawah.
10. Potong kek setelah kek sejuk. Lebih baik biarkan kek semalaman sebelum dipotong dengan menggunakan pisau yang tajam.
Selamat mencuba!
5 Inspirasi Coklat & Koko Untuk DiHidang Masa Raya

Setelah puas menjamu selera nasi dan lauk pauk, biskut dan manisan buffet pasti jadi kudapan di Hari Raya. Jom ambil inspirasi daripada variasi menu manisan, pastri dan kek yang diilhamkan oleh barisan Chef di The Pearl Kuala Lumpur Hotel yang diketuai Chef Pastri Wan Kaisa Ibrahim.
KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD
1. BITTER CHOCOLATE ÉCLAIR WITH CHOCOLATE GANACHE & PRALINOSA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan eclair :
- 125ml susu segar
- 125 air
- 5gm garam
- 112.5gm mentega
- 137.5gm tepung
- 3 biji telur
Bahan coklat ganache & pralinosa filling :
- 100 gm coklat gelap (bulat syiling)
- 20gm mentega
- 100gm krim masakan
- 20gm pes hazelnut
CARA MEMASAK :
Cara masak éclair:
1. Campurkan susu segar, air, garam ,gula dan mentega ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih , kecilkan api dan masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan sambil dikacau.
3. Kacau hingga tepung masak dan adunan tidak melekat di periuk.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dimask tadi ke dalam mixer dan pukul sehingga adunan menjadi suam.
5. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dan pukul hingga aduan menjadi melekit (sticky).
6. Paipkan adunan di atas dulang dilapik kertas minya dan paip bentuk éclair
7. Masukkan dulang pembakar ke dalam oven dengan suhu 160- 165 C se;a,a 35 minit. Keluar dan ketepikan
Cara masak inti coklat ganache dan pralinosa :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam satu mangkuk.
3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus ke mentega.
4. Masukkan ke dalam chiller dan biarkan selama satu malam
5. Campurkan pes hazelnut ke dalam adunan yang telah disimpan selama satu malam itu.
Cara penyediaan bitter coklat eclair :
1. Buat lubang kecil di tengah eclair kemudian paipkan inti ke dalam eclair. Pastikan inti tidak terlalu keras atau cair untuk lebih mudah dipaipkan.
2. Celup permukaan eclair dengan coklat gelap yang dicairkan dan hiaskan mengikut citarasa.
Saiz hidangan : 25 ketul
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pastri lembut cair di mulut dengan inti coklat pralin yang lazat
Anggaran kos : RM 21
INFO CHEF : Ketika membakar eclair pastikan ianya betul-betul masak keseluruhannya baru dikeluarkan dari oven. Jika tidak eclair tidak kembang dan menjadi kecut dan leper.
2. DOUBLE CHOCOLATE MOUSSES WITH CHOCOLATE GANACHE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan coklat mousses :
- 200gm krim masakan
- 240gm coklat gelap kompound
- 20gm gelatin
- 80ml air
- 120gm krim putar
Bahan coklat ganache :
- 100gm coklat gelap 61% ( bentuk bulat)
- 20gm mentega
- 100gm krim masakan
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse
1. Masakkan krim masakan sehingga mendidih dan tuang ke dalam coklat gelap dan kacau hingga cair sepenuhnya,
2. Campurkan gelatin dan air dan kacau hingga sebati sehingga tidak berketul. Kemudian tuangkan ke dalam adunan coklat tadi dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam chiller selama 10-15 minit.
4. Pukul krim putar sehingga kembang dan campurkan ke dalam adunan coklat yang sejuk tadi dengan menggunakan kaedah ‘fold in’.
5. Paipkan ke dalam bekas yang ingin digunakan dan simpan dalam chiller selama 30 minit atau sejam.
Cara masak coklat ganache :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap dalam satu mangkuk
3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus pada mentega.
4. Paipkan ke dalam bekas adunan coklat tadi.
5. Masukkan ke dalam chiller sekejap semasa suam lagi tuangkan atas mousse.
Saiz hidangan : 22 cawan bekas plastik, 30ml setiap satu
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan Chill
Jenis masakan : Mousse
Keistimewaan : Lembut dan cair di mulut, sedap dimakan sejuk
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Ketika mencampurkan krim putar dan adunan coklat pastikan anda menggunakan cara ‘fold in’ (kaup balik) dan kacau dengan perlahan.
3. ORANGE MARSHMELLOW DIP WITH DARK CHOCOLATE
BAHAN-BAHAN :
- 250gm gula
- 200ml air
- 30gm gelatin
- 70ml air sejuk (dari peti sejuk)
- 20gm perisa oren
CARA MEMASAK :
1. Masak air dan gula sehingga suhu 121 darjah celcius.
2. Masukkan gelatin dan air sejuk ke dalam mixer dan kacau hingga tidak berketul.
3. Setelah air dan gula tadi telah siap, tuangkan perlahan-lahan ke dalam mixer (berisi larutan gelatin dan air), pukul dengan kelajuan yang laju.
4. Masukkan perisa oren (flavour) ke dalam mixer.
5. Sediakan satu bekas dan lapik dengan kertas minyak
6. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam bekas yang ingin digunakan dan ratakan marshmellow. Kemudian tutup marshmellow dengan kertas minyak di permukaannya.
7. Simpan dalam suhu bilik selama semalam.
Cara hiasan:
1. Potong marshmellow bentuk empat segi.
2. Celup dengan coklat gelap kompound yang telah dicairkan.
Saiz hidangan : 1 dulang ukuran 30sm lebar x 40cm, tinggi 3 sm
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Masak atas api
Jenis masakan : Marshmellow
Keistimewaan : Enak dengan rasa oren dan coklat
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Ketika masak gula dan air pastikan suhu tidak lebih dari yang ditetapkan, gula akan menjadi karamel dan marshmellow akan cair jika terlebih suhu.
4. CAKE BATIK INDULGENCE
BAHAN-BAHAN:
Bahan lapisan bawah (kek batik):
- 100gm mentega
- 500gm Milo
- 250gm susu pekat
- 600gm biskut Marie
Bahan lapisan tengah ( white chocolate mousses):
- 50gm krim masakan
- 100gm mentega
- 50gm coklat putih
- 10gm gelatin
- 40ml air sejuk
- 500ml krim putar
Bahan coklat ganache :
- 100
Pencuci Mulut Berasas Kurma, Makanan Sunnah Ni Elok Dimakan Bila-Bila Masa

Isi Kandungan
ToggleBila bercerita pasal kurma, ramai yang menjadikan amalan memakannya di bulan Ramadan sahaja. Tapi bukankah rugi buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dimakan masa bulan puasa sahaja.
Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma makanan tinggi serat ini sangat sesuai dan berkhasiat.
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang sewajarnya wajib anda makan untuk menjaga kesihatan. Kurma juga sedap dijadikan sajian pencuci mulut yang hebat.
1.BROWNIES COKLAT KURMA
BAHAN-BAHAN :
- 128 gm mentega lembut
- 70 gm coklat gelap
- 100 gm telur
- 100 gm gula halus/castor
- 50 gm tepung kek
- 20 gm serbuk koko
- 50 gm walnut/dicincang halus
- 50 gm kurma / keluarkan isi dicincang halus
CARA MEMBUAT :
1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik ‘double boil’, iaitu dengan memanaskan kuali yang berisi air hingga mendidih dan letakkan loyang bulat atau periuk di atasnya.
2. Setelah cair ketepikan, biarkan adunan sejuk sedikit,
3. Sedia kan bekas dan masukkan telur, esen vanilla bersama gula castor. Kacau laju supaya semuanya sebati, masukkan s glukos cecair. Jangan terlebih kacau, tidak perlu menggunakan ‘mixer’.
4. Masukkdan mula tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit serta serbuk koko.
5. Masukkan walnut dan kurma, dan kaup balikkan sekali.
6. Tuangkan ke dalam loyang pembakar, ratakan adunan
7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
8. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 10 potongan
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Brownies
Keistimewaan : Brownie kaya rasa coklat dan manis kurma serta lemak berkacang.
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Brownies dengan ramuan kurma makanan sunnah yang sesuai sebagai pencuci mulut dan moreh.
Resipi : Hotel Sheraton PJ
10. PENGAT KURMA ,DELIMA & BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji delima /diambil isinya
- 1 biji santan kelapa
- 15 biji kurma /dibuang biji
- 10 biji buah tin kering /dipotong
- 20 biji gajus goreng @ bakar
- 2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2.Masak dengan api yang sederhana.
3.Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
Resipi : The Pearl KL