Tak Perlu Guna Minyak Pun Ayam Tetap Garing

Share

Masak secara sihat tanpa menggunakan minyak. Tambah pula harga minyak pun dah mahal.Boleh cuba cara ini bila nak memasak ayam goreng. Ayam goreng sedap dan rangup.Korang try la buat. Serius,tak payah masuk setitik minyak pun.

AYAM GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

Ayam (yang sudah dibasuh)

Bawang putih

Halia

Kunyit hidup

Serbuk kunyit

Garam secukupnya

 Cara membuat:

1.Lumurkan ayam dengan bawang putih (tumbuk lumat),sedikit halia (tumbuk lumat),sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat),sedikit serbuk kunyit dan garam.

2.Gaul sebati semuanya.

3.Masukkan dalam bakul air fryer. Suhu 180 darjah dalam masa 15 minit.

*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.

4.Siap untuk dihidang.

Kredit: Tsu Feh Sufiah

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri