
Anda suka pasta? Jika YA, resipi ini wajib dicuba. Nampak macam hidangan dari restoran kan? Ternyata anda pun boleh buat sendiri di rumah.
PASTA AGLIO OLIO SALAMI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm spageti
- 15 biji bawang putih |dicincang halus
- 5gm chili flakes
- 5gm serbuk parsli
- 60gm minyak zaitun |untuk menumis
- 30gm serbuk lada hitam
- 8 keping salami daging
CARA MEMASAK:
- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan spageti dan garam kemudian rebus sehingga lembut.
- Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
- Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan chili flakes sehingga separuh kekuningan.
- Masukkan spageti, gaulkan dengan serbuk lada hitam dan daun parsli dan garam. Gaul hingga sebati, tuangkan sedikit air rebusan tadi.
- Bakar kepingan salami selama dua hingga empat minit kepingan salami kemudian dihiris panjang.
- Matikan api dan sediakan di dalam pinggan kemudian baru dihiaskan dengan kepingan salami daging. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, gunakan minyak zaitun extra virgin oil .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

Dalam episod ke-9 Rasa Nostalgia Ramadan hari ini menyaksikan gelagat Ifa Raziah dan anaknya, Syakir Aqili serta Azlee Senario sebagai jemputan. Memang meriah suasana dapur dengan aksi Ifa Raziah dan Azlee. Ifa Raziah dibantu oleh Azlee dan Syakir Aqili untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.



Asam Laksa yang dimasak oleh Ifa Raziah sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila sekali dah rasa, boleh termimpi-mimpi dibuatnya. Tak boleh buat hari-hari, nanti orang curi resipi katanya dalam nada bergurau.

Pek Nga pula merupakan kegemaran Syakir Aqili. Nak buat Pek Nga ni sangatlah mudah. Bahan yang digunakan juga ringkas je. Tapi anda tahu ke maksud Pek Nga? Haaa Pek Nga merupakan singkatan bagi ‘tempek-tempek atas belanga’.
Jadi, bolehlah cuba kedua-dua resipi ini untuk berbuka puasa. Selamat mencuba!
ASAM LAKSA

BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan sardin | direbus, dibuang tulang dan dikisar
- 2 tin sardin (besar)
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 8 biji bawang merah |dikisar
- ½ inci halia | dikisar
- ½ inci lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- Cili kering | dikisar
- 4 batang cili besar
- Seikat daun kesum
- 2 batang bunga kantan
- 2 inci belacan
- 10 keping asam keping
- 3 sudu makan asam jawa
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Petis otak udang
BAHAN HIASAN:
- Mi laksa (Laksa Basah)
- Timun
- Bawang besar
- Nanas
- Salad
- Lobak asin
- Bunga kantan
- Daun pudina
- Cili padi
- Telur rebus
CARA MEMASAK:
- Rebus ikan sardin di dalam periuk. Bila ikan sudah masak, buang tulang ikan dan kisar.
- Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan cili kering.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan segelas air. Kacau sebati hingga mendidih.
- Kemudian, masukkan ikan sardin yang telah dikisar tadi. Kacau hingga mendidih.
- Masukkan asam keping, air asam jawa, bunga kantan, daun kesum dan cili besar. Masak hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
- Tambahkan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa anda.
- Masukkan ikan sardin dalam tin ke dalam periuk. Kacau lagi hingga ikan masak.
- Siap dan sedia untuk dimakan. Jangan lupa celur dahulu laksa sebelum makan.
PEK NGA

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 ½ biji kelapa parut | bahagian putih sahaja
- ½ sudu teh garam
- 3 sudu teh gula
- Marjerin
- 1 ¼ cawan air
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam mangkuk.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati mengikut kepekatan adunan yang dikehendaki.
- Kemudian, masukkan garam dan gula.
- Panaskan kuali. Sapukan marjerin pada kuali dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuk terpulang pada kreativiti masing-masing.
- Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.

Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Spageti Goreng Cili Padi Yang Pedas, Padu & Pasti Nak Lagi!

Kali ini, kami kongsikan resipi spageti versi Malaysia iaitu Spageti Goreng Cili Padi. Resipi ni bukan saja senang nak buat tapi cukup padu rasanya. Rasa pedas, masam dan manis semuanya seimbang. Boleh cuba buat di rumah, pasti tak cukup sepinggan.
SPAGETI GORENG CILI PADI

Bahan-Bahan:
- 1 paket spageti
- 5 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi
- Sotong
- Udang
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- Daun ketumbar
- Air perahan limau nipis
- Chili flakes
Cara Memasak:
- Rebus spageti hingga al dente.
- Di dalam kuali, tumiskan bawang putih dan cili padi.
- Bila dah naik bau, masukkan sotong dan udang.
- Boleh masukkan sos tiram, kicap manis dan masukkan pasta. Gaul rata. Tambahkan chili flakes secukupnya.
- Taburkan daun ketumbar dan gaul sebati.
- Perahkan air limau nipis dan kacau sebati.
- Pasta Cili Padi sedia untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!
Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.
Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Resipi Mi Sup Guna Bahan Dari Dapur Je, Tapi Sedap Lain Macam

Sedapnya bila menikmati semangkuk Mi Sup panas-panas. Bila waktu begini, menu simple sahaja sudah cukup untuk mengenyangkan perut. Andai ibu-ibu baru pulang dari pejabat, lagilah kalua boleh nak elak masak menu yang susah. Sebab sudah penat seharian.
Menu Mi Sup begini digemari ramai tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jika tak gemar mee, boleh digantikan dengan bihun, kuetiau, pasta malah kalau nak makan dengan nasi pun boleh. Andai tak habis dan ada lebihan, boleh simpan dan panaskan kembali untuk sarapan. Jimat masa dan wang kan?
Jom cuba resipi perkongsian saudari Zur Ain Salim. Pasti anda sekeluarga juga sukakan rasanya.
CARA MASAK MI SUP SIMPLE PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam – potong kecil
- 1 paket fish ball / fish cake
- 2 bawang besar kuning – cincang/kisar – beli online disini
- 1 labu bawang putih – tumbuk
- 3 inci halia – tumbuk
- 1 sudu makan jintan manis – beli online disini
- 1 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini
- 2 kiub stok ayam – beli online disini
- Air secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN LAIN:
- Mee kuning/ bihun – celur
- 1 ikat sawi – celur
- Daun sup – hiris
- Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga wangi .
- Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
- Masukkan ayam dan fish ball. Kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering.
- Masukkan air. Jumlahnya agak agak cukup dengan mi yang dicelur. Masukkan kiub stok ayam dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya sehingga mendidih.
- Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau bihun.


BAHAN CILI KICAP:
- 5-10 biji cili merah dan hijau (nak pedas tambah kuantiti )
- 3 ulas bawang putih
- 1-3 biji limau kasturi – perah airnya
- Sedikit cuka
- Kicap manis
- Garam
- Gula
CARA MEMBUAT:
- Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk.
- Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis.
- Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula. Sedia untuk dinikmti.

Kredit resipi & foto: Zur Ain Salim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Terung Bakar Bersantan Paling Sedap, Ikut Resipi Ni Pasti Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

