Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

Share

Jom cuba resipi Kari Ayam terlajak mudah ni. Ibu-ibu tentunya suka resipi yang mudah dan cepat masak. Maklumlah, boleh jimat masa di dapur.

Bagi anda yang nak cuba masak Kari Ayam yang sedap dan tak perlu kisar segara rempah, resipi perkongsian saudari Nurul Jannah Zakariar ni antara yang boleh dicuba.

Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. 

 

CARA MASAK KARI AYAM PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
  • 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • 3-4 ulas bawang merah – dimayang
  • 2 ulas bawang putih – dimayang
  • 1cm halia – dimayang
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket kecil serbuk kari ayambeli online disini
  • 1 paket kecil serbuk cili beli online disini
  • 2 sudu teh cili boh beli online disini
  • Garam kasar secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan beli online disini
  • 2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu teh pes asam jawa beli online disini
  • Sedikit gula – tujuan untuk melemakkan kari
  • 4 biji cili merah – belah 2

 

CARA MEMASAK:

1. Tuangkan minyak. Bila dah panas, masukkan 4 sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.

2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.

3. Seterusnya masukkanrempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( empunya resipi guna serbuk kari adabi dan serbuk cili babas). Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.

4. Masukkan garam kasar dengan secukup rasa.

5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih.

6. Gaul rata kesemua bahan.

7. Masukkan santan segar atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm ni, tuangkan air dalam kotak sebanyak dua kali.  

8. Masukkan ubi kentang.

9. Kemudian masukkan pes asam jawa.

10. Tambahkan sedikit gula. Ia bertujuan untuk melemakkan kari.

11. Campak cili merah belah tengah dan biarkan masak.

12. Siap! Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Jannah Zakariar

 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur