
Pulut kuning memang ramai peminat terutama kalau makan dengan rendang. Cuma tak ramai rajin membuatnya kerana untuk menyediakannya makan masa. Kena rendam, kukus dua kali, gaul dengan santan lagi. Banyak proses.
Tapi menariknya Mulia Nis ada berkongsi cara pantas nak sediakan pulut kuning. Tak perlu rendam berjam-jam, tak perlu susah cairkan santan, boleh masuk terus santan beku, memang mudah. Boleh ikut perkongsiannya.
Masak pulut kuning cara nak cepat

Masak pulut kuning cara orang malas dan nak cepat. Tak perlu rendam pulut, santan pun guna yang beku lagi. Caranya;
- Cuci pulut kemudian masukkan air atas paras pulut beli online di SINI
2. Masukkan santan, saya masukkan terus santan yang masih beku. Tambah garam dan kunyit.

3. Panaskan pengukus dan masukkan pulut tadi.
4. Kukus sampai pulut masak.

5. Kacau pulut biar sekata dengan santan. Kalau dah masak elok bolehlah hidang.

Selamat mencuba.
Sumber: Mulia Nis
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya

Hidangan Melayu memang kaya dengan pelbagai sajian nasi yang lazat. Bukan sekadar Nasi Minyak aje,pelbagai ramuan herba dan ulam-ulaman juga menghasilkan hidangan yang membangkit selera.
Ni 5 aneka Nasi yang boleh dicuba untuk menceriakan keluarga di masa cuti ini. Boleh lah dicuba nanti, ya.
1. NASI KUKUS KISMIS

Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 batang serai | titik
- 4cm halia |mayang halus
- Garam secukup rasa
- Kismis secukupnya
Cara memasak:
1. Rendam beras sejam. Toskan.
2. Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
3. Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
5. Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
6. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai beri kewangian pada nasi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
2. NASI KERABU PELBAGAI ULAM

BAHAN-BAHAN NASI:
- 2 cawan beras basmathi
- 2 cawan air perahan campuran daun/herba*
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA:
(KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)
- 2 helai daun pandan
- 1 helai daun lengkuas
- 1 helai daun kunyit
- 3sm kunyit hidup
- 1 batang serai
- 3cm halia
BAHAN-BAHAN ULAM:
- Daun pegaga
- Daun selom
- Daun Selasih
- Ulam Raja
- Kacang Botol/Kacang Panjang
- Tauge
- Kubis
- Cili merah
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Masak hingga tanak.
3. Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan.
4. Untuk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi.
5. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa ulam-ulaman yang segar
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.
3. NASI KETUMBAR KURMA

BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmathi
- 2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan pes kurma dan ketumbar*
- ¼ cawan badam |panggang dan kisar halus
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 4 ulas bawang putih | mayang halus
- Garam dan gula perang secukupnya
- Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan – simpul
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bahan –bahan B hingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang kekuningan.
3. Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar.
4. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan hingga nasi masak.
5. Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Boleh dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Terasa rempah ratus yang sedap
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Untuk membuat pes campuran kurma: 6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu makan ketumbar dicampurkan dengan 1 cawan air lalu dikisar halus.
4. NASI TUMIS BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | basuh dan tos
- 3 cawan santan pekat
- ½ cawan air
- 1 sudu makan mentega
- 3 ulas bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih | mayang halus
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 3cm halia | mayang halus
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng beberapa minit.
3. Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa.
4. Tanak beras hingga masak. Jika suka, boleh tambah beberapa titik pewarna pilihan.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan lemak wangi mentega
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.
5. NASI KUNYIT HALBA

BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmathi
- 3 cawan santan pekat
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh halba
- 1 batang serai |titik
- 3cm halia | mayang halus
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam. Toskan.
2. Kukus bersama halba, serai dan halia hingga separuh masak.
3. Tambah santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan tuang ke atas nasi.
4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa lemak santan
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info Chef : Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.
Cara Buat Nasi Goreng Chili Flakes, Terpantas Siap. Tak Perlu Kisar Apa-Apa Pun

Nasi goreng chili flakes ini paling sesuai dibuat waktu pagi. Sebabnya ia paling pantas untuk dimasak. Waktu sibuk bersiap untuk pergi bekerja pun memang sempat sangat untuk masak nasi goreng ini.
Nasi goreng chili flakes ini tak perlu kisar atau tumbuk cili atau bawang. Hanya perlu potong dan tumis saja, yang pasti hasilnya sedap. Cara buat nasi goreng cepat dan sedap ini dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Cara buat nasi goreng chili flakes, cepat siap dan sedap
Bahan-bahan (2 orang makan)
2 hidangan nasi sejuk
1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar chili flakes (empingan chili)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa

Cara membuat
1. Potong bawang, guna penyagat pun boleh. Kemudian tumis.
2. Bila warna bawang keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh.
3. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya seperti gambar di bawah. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.

4. Kemudian boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
5. Boleh perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Masukkan juga sedikit gula. Ia mengharmonikan pedas dan masin.
6. Akhir sekali pecahkan telur. Kemudian gaul rata.

Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.
Selamat mencuba.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Cara Mudah Masak Nasi Daging Sedap Guna Periuk Elektrik.

Sepanjang musim PKP ni, asyik masak je. Pasti ramai ibu-ibu yang sudah kehabisan idea untuk masak buat keluarga. Bagi anda yang tercari-cari sajian yang sedap dan mudah masak, resipi Nasi Daging Air Asam Kerisik perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap.
CARA MASAK NASI DAGING AIR ASAM KERISIK SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg daging – boleh lebihkan. Basuh, rebus empuk & hiris
- 1 biji bawang besar – hiris
- 4 ulas bawang putih – hiris
- Sedikit halia – hiris
- 5 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 sudu makan serbuk rempah Kurma
- 1 sudu makan serbuk rempah sup – boleh ganti dengan 1 kiub pati lembu
- 1 cawan susu cair
- Sedikit daun ketumbar – jika tiada, abaikan
- 1 helai daun pandan ( simpul) – jika tiada, abaikan
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu makan garam
- 5 ½ cawan air rebusan daging
- 4 cawan beras basmathi – basuh, rendam 30 minit, toskan
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 senduk minyak sapi
BAHAN KISAR ( kisar dengan sedikit air):
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Halia – sebesar ibu jari
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk nasi. Jika tidak cukup, tambah air biasa.
2. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.
4. Tambahkan rempah kurma dan serbuk sup. Kacau lagi hingga betul-betul naik minyak.
5. Kemudian masukkan susu cair, daun pandan, gula dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih.
6. Masukkan beras. Kacau sebati selama 1 hingga 2 minit. Padamkan api.
7. Masukkan beras yang ditumis ke dalam periuk nasi berisi air rebusan daging.
8. Tambahkan daun ketumbar, tekan butang ‘cook’ dan masak nasi seperti biasa.
9. Apabila nasi sudah mendidih, letak daging di prmukaan nasi. Tutup periuk dan biar nasi hingga betul-betul masak.

10. Bila nasi masak dan butang naik ‘keep warm’, tekan sekali lagi butang ‘cook’.
11. Bila nasi dah masak elok, gemburkan nasi guna garpu supaya nasi tidak patah.

12. Hidangkan Nasi Daging bersama Air Asam Kerisik.
AIR ASAM KERISIK

BAHAN-BAHAN:
- 3-4 biji cili merah – hiris nipis
- 20-25 biji cili padi – hiris
- 1 ½ biji bawang besar – hiris nipis
- 2 biji tomato – hiris nipis
- 1 cawan air asam jawa
- 2 ketul belacan – sebesar ibu jari setiap satu
- 1 biji limau nipis saiz besar– ambil jusnya
- 1 paket kecil kerisik
- 1 sudu teh gula
- Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar. Gaul semua hingga sebati dan cukup rasa masam, masin, pedas dan lemak kerisiknya
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
JANGAN LUPA CUBA JUGA RESIPI DI BAWAH NI:

