Kadang-kadang bila nak sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah, boleh jadi buntu juga mak-mak. Selain daripada nasi, bihun atau mee, nak juga sediakan menu yang berlainan kan.
Resipi kebab ayam wrap homemade daripada Norhayati Basri ini, boleh dijadikan idea untuk bekal anak ke sekolah.
Tak perlu ada tempat nak bakar atau grill, cukup grill atas dapur je pun boleh makan kebab.
KEBAB AYAM WRAP HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam – ditoskan/dikeringkan airnya & ayam dicincang halus serta dikisar dengan sedikit serbuk kunyit (saya guna ayam cincang ramly yang dah siap tu, lumurkan dengan kunyit) 4 sudu besar bawang goreng yang dikisar (saya guna yang ready made, kalau rajin boleh buat sendiri) 1 sudu besar pes halia + bawang putih (agak-agak je, kisarkan. Jangan memandai letak lebih dari 1 sudu besar, jadi lain rasanya. Saya abaikan halia) 1.5 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1.5 sudu besar serbuk ketumbar 0.5 sudu besar serbuk jintan putih – beli online di sini 1/4 (suku) sudu teh garam masala 1/4 (suku) sudu teh serbuk lada hitam (ambil lada hitam & tumbuk untuk memberi rasa) 1 sudu besar daun pudina | dicincang halus 2 sudu besar daun ketumbar | dicincang halus 1 sudu besar jus lemon Garam secukup rasa
1. Gaul rata semuanya. Pastikan ayam tu kering atau adunan tak basah, nanti tak boleh nak melekat.
2. Kalau ada ketuhar, boleh juga dibakar dalam ketuhar. Saya bakar atas pan grill. Ia juga boleh dibakar atas kuali. 3. Adunan yang dah siap, bolehlah dibentukkan memanjang (tengok gambar) dan saya balut dengan kertas aluminium (bagi mampat) dan dibiar semalaman dalam peti ais.
Jika anda ingin mencari lauk pembuka selera, kami cadangkan anda cuba menu kerabu pucuk paku gaul isi ikan ini. Memang sedap dan makin berselera dibuatnya. Ratah begitu sahaja pun sedap. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Mizah Ngatiman ini.
RESEPI KERABU PUCUK PAKU GAUL ISI IKAN
BAHAN-BAHAN:
Seikat pucuk paku
Segenggam taugeh
3 ekor ikan selayang/ kembung – direbus dan diambil isinya
Segenggam kelapa parut putih
1 tangkai lada besar
1 biji bawang merah
1 cawan santan – diperah dengan air suam
Garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Mula-mula, cuci bersih sayur pucuk paku dan taugeh. Kemudian celur air panas hingga layu dan lembut.
2. Tapiskan sayur yang telah dicelur tadi.
3. Satukan kelapa parut, isi ikan, lada dan bawang yang telah dihiris halus.
4. Gaul ramuan tadi. Pastikan tangan disarung dengan plastik untuk mengelakkan kerabu kita mudah basi.
5. Kemudian, letak sayur tadi.
6. Akhirnya curahkan santan, letak garam dan gula secukup rasa. Gaul rata semua perlahan lahan santan meresap dalam kerabu kita.
Katanya resipi ini cukup terkenal dari Bali, Indonesia. Seakan masakan kicap tetapi ada kelainan sedikit dengan tambahan daun kari dan cili kisar. Rasanya yang enak pasti menepati selera satu keluarga termasuk anak-anak.
AYAM MASAK TOK BALI BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam(untuk hidangan 3 orang makan)
4 ulas bawang putih
2 biji besar Bawang besar
(Bawang putih dan bawang besar dikisar)
5 sudu cili kering – dikisar
Kicap manis
1 inci alia (dipotong nipis)
Daun kari(untuk mewangikan)
3 batang serai (diketuk dan potong)
Bawang besar dipotong bulat (untuk taburkan di atas nanti)
Cili merah kecik (untuk ditaburkan atas nanti)
CARA MEMASAK:
Tumis bawang yang sudah dikisar tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan cili kering yang dikisar. Kalau suka pedas boleh lebihkan.
Tunggu sehingga masak dan pecah minyak. Bila sudah masak boleh masukkan kicap manis, serai, halia dan daun kari. Kacau lagi sehingga masak..
Masukkan ayam bersama sedikit air .
Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu lagi sehingga ayam betul-betul empuk dan masak.
Taburkan bawang besar yang dipotong bulat.
Jika kurang rasa manis, masin dan pedas. Olahkan sendiri dengan garam gula kicap manis atau cili.
Kalau sebut ikan siakap, ramai terbayang masakan tiga rasa atau stim limau. Tapi kali ni kita cuba sesuatu yang simple tapi wow iaitu Siakap Goreng Bawang Putih.
Resipi ini ringkas, tak perlu banyak bahan, tapi hasilnya rangup di luar, lembut di dalam, ditambah pula dengan bawang putih goreng garing yang harum dan menyelerakan. Sesuai sangat untuk makan tengah hari atau malam bersama keluarga.
SIAKAP GORENG BAWANG PUTIH
Bahan-Bahan Siakap Goreng Bawang Putih
1 ekor ikan siakap – potong butterfly kalau boleh
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil ajinomoto
1 sudu kecil lada putih
Tepung crispy siam – tepung gogi secukupnya
1 labu bawang putih – cincang kasar dan goreng
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)
Cara Penyediaan
1. Goreng Bawang Putih
Dalam kuali panaskan minyak.
Tumis bawang putih hingga garing kekuningan. Jangan terlalu lama supaya tak pahit.
2. Sediakan ikan
Kelar ikan siakap, lumur dengan sos ikan, ajinomoto, lada sulah.
Salut nipis dengan tepung gogi.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing di kedua-dua belah. Angkat dan toskan minyak.
3. Hidangkan
Tuangkan tumisan bawang putih di atas ikan siakap goreng.
siap untuk dihidangkan.
Tips Tambahan
Gunakan minyak panas supaya ikan garing sekata
Bawang putih jangan digoreng terlalu lama – bila dah keemasan, cepat angkat.
Boleh tambah sedikit sos tiram atau kicap cair dalam tumisan kalau suka berkuah ringan.
Resipi Siakap Goreng Bawang Putih ni memang mudah, cepat dan menyelerakan. Walaupun ringkas, aroma bawang putih garing menjadikan hidangan ini cukup istimewa.
Kalau anda bosan dengan menu biasa, jom cuba resipi ni untuk makan malam keluarga. Confirm tambah nasi!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!