Tak Perlu Tempat Bakar, Mudah Je Nak Buat Kebab Ayam Wrap Homemade

Share

Kadang-kadang bila nak sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah, boleh jadi buntu juga mak-mak. Selain daripada nasi, bihun atau mee, nak juga sediakan menu yang berlainan kan.

Resipi kebab ayam wrap homemade daripada Norhayati Basri ini, boleh dijadikan idea untuk bekal anak ke sekolah.

Tak perlu ada tempat nak bakar atau grill, cukup grill atas dapur je pun boleh makan kebab.

 

KEBAB AYAM WRAP HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

500gm isi ayam – ditoskan/dikeringkan airnya & ayam dicincang halus serta dikisar dengan sedikit serbuk kunyit (saya guna ayam cincang ramly yang dah siap tu, lumurkan dengan kunyit)


4 sudu besar bawang goreng yang dikisar (saya guna yang ready made, kalau rajin boleh buat sendiri)
1 sudu besar pes halia + bawang putih (agak-agak je, kisarkan. Jangan memandai letak lebih dari 1 sudu besar, jadi lain rasanya. Saya abaikan halia)
1.5 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1.5 sudu besar serbuk ketumbar
0.5 sudu besar serbuk jintan putih – beli online di sini
1/4 (suku) sudu teh garam masala
1/4 (suku) sudu teh serbuk lada hitam (ambil lada hitam & tumbuk untuk memberi rasa)
1 sudu besar daun pudina | dicincang halus
2 sudu besar daun ketumbar | dicincang halus
1 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa

TONTON Dapur Rasa – Projek Air Tangan Emas Bersama MAGGI

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese

CARA-CARA:

1. Gaul rata semuanya. Pastikan ayam tu kering atau adunan tak basah, nanti tak boleh nak melekat.


2. Kalau ada ketuhar, boleh juga dibakar dalam ketuhar. Saya bakar atas pan grill

. Ia juga boleh dibakar atas kuali.
3. Adunan yang dah siap, bolehlah dibentukkan memanjang (tengok gambar) dan saya balut dengan kertas aluminium (bagi mampat) dan dibiar semalaman dalam peti ais.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Keesokan paginya, bolehlah dibuka aluminium foil dan dibakar/dipanggang (tengok gambar).

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Siap dan boleh dihidangkan dengan mint chitney.

BAHAN MINT CHUTNEY:

1 cawan daun pudina
0.5 cawan yogurt
Garam secukup rasa

CARA-CARA:

Kisar semua bahan sehingga sebati. Dah siap dan sedia untuk dihidang.

Kredit resipi: Norhayati Basri

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff