
Nasi goreng ni adalah antara menu yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Pagi atau malam, boleh je makan nasi goreng. Nak buat pun senang. Tapi, kena ingat. Nasi goreng kena dimasak sedap barulah best nak dimakan. Cara tumisnya, cara menggoreng. Dan paling penting tekstur nasi itu pun memainkan peranan. Jangan masak lembik sangat, nanti tak sedap nak digoreng. RASA kongsikan resipi nasi goreng kampung yang simple tapi cukup lengkap cita rasanya.
NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE
Bahan Kisar
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
Bahan-bahan
• segenggam ikan bilis (digoreng asing)
• 1 biji telur ayam
• semangkuk nasi
• sayur sawi
• garam secukup rasa
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.
Resipi oleh Nur Faeizah dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aneka Resipi Nasi Goreng Untuk Sarapan. Menu Simple & Jimat.

Isi Kandungan
ToggleJom masak nasi goreng untuk sarapan. Nasi goreng memang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk. Sesuai sangat untuk hidangan orang bujang atau berkeluarga, yang tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.
1. NASI GORENG TOM YAM KAW
BAHAN-BAHAN:
- 250gm nasi putih
- 4 ketul ayam | dipotong kiub
- ½ sudu teh rempah tom yam
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 ulas bawang merah
- 2 biji cili merah | diketuk
- ½ biji limau nipis
- 20gm hirisan timun
- 20gm hirisan lobak merah
- 10gm tauge | hiasan
- 1/2 biji tomato | hiasan
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
4. Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata.
5. Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata.
6. Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.
Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.
2. NASI GORENG TAUHU & KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi
- 100gm kacang buncis
- 2 ketul tauhu | goreng sedikit
- 4 ulas bawang merah | hiris nipis
- 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
- 3 biji telur
- 1 batang lobak merah | hiris
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
- Sedikit daun bawang
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
- Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
- Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
3. NASI GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
- 6 ekor udang bersaiz besar
- 3 cawan nasi putih
- 5 tangkai cili kering | dikisar halus
- 2 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- Secubit belacan | dikisar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan udang dan gaul hingga masak.
- Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
4. NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk nasi
- 4 batang kacang panjang | hiris halus
- 5 biji cili padi merah | hiris halus
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
- 150gm daging kambing | potong dadu kecil
- 2cm halia | kisar halus
- 2 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh air asam Jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
- Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
- Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
5. NASI GORENG AYAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
- 100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
- Sedikit hirisan kacang buncis
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit hirisan cili padi dan merah
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
- 1 mangkuk nasi putih
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- Sedikit minya masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.
LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.
LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.
LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.
Resipi Nasi Minyak Kampung, Rasa Lebih Sedap & Bau Pun Lebih Wangi

Isi Kandungan
ToggleCara masak nasi minyak kampung
Bahan-bahan
Bahan kisar

Cara membuat
Homemade Nasi Impit Sedap, Lembut Dan Lambat Basi. Jimat 200%!

Isi Kandungan
ToggleNasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto. Nasi impit juga adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat. Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong. Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik aiskrim sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!
Bahan-bahan:
- Beras
- Daun pandan
- Air
- Plastik aiskrim Malaysia
Cara memasak:
- Cuci beras dan toskan sehingga kering.
- Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
- Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
- Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
- Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
Petua Masak Nasi Impit Lebih Lembut
Nasi impit boleh tahan lama, betul ke? Bukankah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut. Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.
Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.
Sumber: fb hajar maliki/ kakazz.blogspot.my/ aynorablogs