Tak Renyah Pun, Begini Caranya Masak Rendang Daging Sempoi Dan Sedap

Share

Enaknya rendang daging dimakan bersama pulut, ketupat ataupun lemang. Memasaknya juga tidak sukar jika menggunakan resipi yang mudah, namun masih mendapat hasil rendang yang sedap.

Rendang daging akan sentiasa mendapat sambutan terutama pada Hari Raya. Kebanyakan orang akan memasak rendang ayam. Jadi, jika terjumpa rendang daging, memang mengundang selera betul. Lagi-lagi, jika rendang tersebut betul-betul kena dengan tekak. Bagi yang sukakan rendang daging yang pedas, memang mantul dimakan dengan lemang ataupun ketupat.

Nak masak rendang daging yang ringkas tapi sedap? Ikuti resipi perkongsian daripada Suriani Mohd ini. Memang menarik rendang dagingnya. Jom kita buat.

BAHAN-BAHAN:

4kg daging

2 sudu rempah kari Baba’s

Air

Gula kabung – Boleh beli online di sini

500ml santan kotak Kara – Boleh beli online di sini

500g kerisik – Boleh beli online di sini

Garam

Cukup rasa

Daun kunyit / daun limau purut

BAHAN KISAR:

20 biji bawang merah

1 labu bawang putih

4 inci halia

3 inci lengkuas

3 inci kunyit hidup / 2 sudu kunyit serbuk – Boleh beli online di sini

20 batang serai

30 tangkai cili kering (cili api pun boleh) – Boleh beli online di sini

*Hiris dan kisarkan bahan-bahan di atas.

CARA MEMASAK:

Tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.

Masukkan rempah kari Baba’s yang dicampurkan dengan air. Tumiskan sehingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan daging dan air. Masak hingga daging lembut dan airnya kering.

Setelah itu, masukkan pula separuh gula kabung.

Masukkan santan dan air 1 kotak (menggunakan kotak santan tersebut).

Masukkan kerisik. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.

Renehkan sampai kering.

Akhir sekali, taburkan daun kunyit atau daun limau purut. Dah siap.

Kredit: Suriani Mohd

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida