Tak Reti Buat Biskut Raya? Jom Buat Kuih Buah Rotan, Senang Sangat

Share

Kuih Buah Rotan antara kudapan yang masih popular hingga ke hari ini walaupun dikategorikan sebagai kuih tradisional. Dibuat daripada adunan tepung pulut sebagai bahan utama, bebola yang siap diuli, disalut dengan bijan. Pendek kata memang ‘lejen’ lah kuih Buah Rotan. Marilah kita buat kuih Buah Rotan raya tahun ini. Nah resipi kuih Buah Rotan yang dikongsikan oleh Idayu Wani

RESIPI KUIH BUAH ROTAN

BAHAN-BAHAN:

500 gm tepung pulut –BELI ONLNE
1 cawan santan
300 gm bijan
4 sudu besar gula – BELI ONLINE
1/2 sudu kecil garam – BELI ONLINE
1 sudu besar air kapur makan
1 biji telur

CARA MEMBUAT:

1. Satukan santan, telur, gula, air kapur dan garam. Kacau sebati.

2. Gaul santan ke dalam tepung pulut. Sebatikan hingga menjadi doh.

3. Ambil adunan doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.

4. Salut rata bebola bersama bijan.

5. Goreng hingga garing. Angkat dan tuang di atas pinggan yang dilapik tisu. Selepas itu bolehlah disimpan dalam balang kedap udara.

Sumber kredit: Idayu Wani

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has