Tak Rugi Buat Opor Daging Pahang Ni, Sedap Sungguh.

Share

Opor Daging Pahang, menu Diraja ini sangat sedap dan popular di kalangan masyarakat Pahang terutamanya yang tinggal di Daerah Pekan, Bandar Diraja Pahang. Menu ini antara menu wajib setiap kali raya dan juga bila ada majis-majis keraian. Korang yang teringin mencuba menu ini boleh cuba yang RASA kongsikan ini, biarpun bahan sedikit remeh tetapi hasilnya sangat memukau selera.


OPOR DAGING PAHANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan rempah opor
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • 4 cawan santan
  • 3 batang serai | titik
  • 100g kerisik
  • 6 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2m belacan

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 4sm kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan rempah penumis hingga naik bau.
  2. Seterusnya, masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan daging bersama sedikit air dan masak hingga mendidih.
  4. Setelah air kering, masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.
  6. Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
  7. Gaul mesra, Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan reneh sebati di atas api kecil.
  8. Apabila kuah pekat dan terbit minyak.
  9. Tutup api dan opor sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Myasin