Seafood antara menu yang mudah dimasak dan tidak perlu lama menyediakannya. Contohnya Ketam Mentega ini satu menu yang mudah, ringkas dan sangat sedap dan tak rugi mencubanya dan hasilnya tidak akan mengecewakan anda sekeluarga kerana rasanya yang lemak berkrim, sedikit pedas dari hirisan cili padi dan kaya dengan aroma daun kari sudah cukup membuatnya menjadi menu kesukaan keluarga anda. Ini resipinya ye.
KETAM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam (500gm) | potong dua
2 sudu makan mentega
5 biji cili padi | belah dua
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
250 ml susu cair
2 sudu makan gula
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega, kemudian masukkan cili padi dan daun kari, goreng hingga wangi.
- Masukkan ketam, gaul sebati dan tutup periuk atau kuali seketika.
- Seterusnya masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi kemudian tutup seketika.
- Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung, gaul seketika.
- Akhir sekali tutup api, ketam sedia dihidangkan.
INFO: Masak ketam jangan terlalu lama, ia akan menyebabkan rasa manisnya hilang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Original Dari Menteri Pertahanan, Gulai Ikan Mat Sabu Di Gilai Ramai Netizen!
Mendapat lebih ribuan lebih share dan like yang tinggi, rupanya resipi air tangan Mat Sabu, Menteri Pertahanan sememangnya dicari-cari oleh netizan dan peminatnya selepas viral gambar Mat Sabu sedang memasak gulai ikan untuk tetamunya. Apa yang lebih menarik resipi ini di tulis sendiri oleh Mat Sabu untuk peminatnya, terharu kan. Nampak pun sedap, selamat mencuba!
Yahooo…dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.
YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.
Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan Wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.
Fuhhh…hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.- Ujar Zalina
RESIPI GULAI IKAN MAT SABU
BAHAN-BAHAN:
- Ikan kerapu / jenahak / gerut / merah / siakap | siang dan basuh bersih
- 2 paket rempah kari ikan babas pedas / tak pedas pon ok | bancuh dengan air
- 5 ulas bawang putih | hiris
- 6 ulas bawang merah| hiris @ tumbuk
- 2 biji bawang besar | potong nipis
- Air asam jawa
- *terung / bendi/ tomato sebagai hiasan
BAHAN TUMIS:
- Jintan putih
- halba
- Biji sawi
- Daun kari
- Hirisan bawang putih dan bawang merah.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan bahan tumis sehingga wangi
Masukkan rempah kari ikan babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu asam jawa + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.
Tqvm YB Mat Sabu.
Kongsi resipi: Zalina Yahaya
Chef Ini Bermurah Hati Kongsi Lima Resipi Untuk Marinate BBQ Yang Popular Di Restoran Miliknya.
Makan besar Hujung Minggu. Sesekali menjamu keluarga makan besar dengan hidangan BBQ tentunya menjadi ingatan yang sukar dilupakan oleh ahli keluarga. Sama-sama menyediakan hidangan, memangang dan diakhiri dengan menikmati hidangan sungguh menyelerakan. Terbukti makanan juga berjaya mengikat silaturahim kekeluargaan. Chef Roslan, Pemilik Ryndu Hot & Grill ni bermurah hati berkongsi resipi. Jika ingin mencuba air tangan Chef Roslan sendiri bolehlah berkunjung ke Restorannya di Wangsa Maju.
BBQ HONEY CHICKEN WINGS
BHAHAN-BAHAN:
- 8 ketul kepak ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan madu
- 2 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan minyak jagung
- Garam secukup rasa
- Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
- Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
- Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
- Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN:
- 6 keping tulang rusuk kambing | di cuci dan di toskan
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk
- 3cm halia | ditumbuk
- 4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
- 4 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos barbecue
- 3 sudu makan madu
- 1 biji ketang | belah 4 dan panggang
- 1/2 biji cili Bangala | panggang
- 1/2 biji bawang Holland | panggang
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
- Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
- Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.
INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.
GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- 8 keping bahagian paha ayam
- 1 cawan yogurt putih
- 4 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3 cm halia | cincang
- 1 biji cili hijau
- 1/2 sudu teh kunyit
- 3/4 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
- Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
- Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
- Bakar hingga masak.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
BBQ DRUMSTIK
BAHAN-BAHAN:
- ketul paha ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos BBQ
- 2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
- Bersihkan paha ayam dan toskan.
- Gaul semua bahan bersama paha ayam.
- Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
- Bakar sehingga masak atau kekuningan.
- Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
- 180gm Striploin beef
- 1 sudu makan herba campur
- ½ sudu makan paprika
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Perapkan selama lima minit
BAHAN SOS SAVOURY
- 3 sudu makan sos BBQ
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- *campur kedua-dua bahan, kacau hingga sebati
CARA MEMASAK :
- Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
- Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
- Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiaskan dengan kentang panggang, cili Bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
INFO CHEF:Jika suka boleh juga ditambahkan dengan jagung rebus dankentang putar. Ikut selera anda.
Resipi Telur Dadar Gulung Berkeju Yang Ringkas & Enak
Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.
TELUR DADAR GULUNG BERKEJU
Bahan-Bahan:
- 6-8 biji telur
- 150gram Perfect Italiano Mozzarella
- 1 biji cili merah – cincang halus
- ½ labu bawang besar – cincang halus
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
- Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
- Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
- Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: