Tak Rugi Cuba Resipi Red Velvet Brownies Cheese Ini. Memang Sedap!

Share

Aduh, sedap betul tengok Red Velvet Brownies ni. Kena pula ada lapisan cheese yang dihias menarik sebagai topping. Makan petang-petang bersama keluarga, memang kenalah dengan temanya.

Walaupun tak mudah untuk membuatnya namun pasti berbaloi bila menikmati setiap suapan Red Velvet Brownies hasil resipi Tyra Manan.

RED VELVET BROWNIES

BAHAN-BAHAN :

*250gm tepung gandum
*15gm serbuk koko
*½ sudu teh baking powder
*(3 bahan ni kena ayak bersama)
130gm mentega
250gm gula halus
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla


240ml buttermilk
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka

*CARA BUAT BUTTERMILK :
Susu full cream (240gm) + cuka (1 sudu besar) + pewarna merah (1 sudu besar)
Biarkan 5-10 minit sebelum masukkan dalam adunan.
*Cuka & soda bikarbonat : Campurkan 2 bahan ni, tunggu sampai hilang buih terus masukkan dalam adunan. (Yang ni buat last sekali bila adunan dah siap)

CARA-CARA :

1. Cairkan mentega, tutup api dan masukkan gula (masa mentega tu panas lagi).

2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.


3. Kacau sampai gula larut, baru masukkan bahan yang dah diayak selang seli dengan bancuhan buttermilk tadi. Akhir sekali, baru masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.


4. Masukkan adunan dalam loyang 10″ dan bakar selama 25-30 minit, suhu 185° (ikut oven masing-masing)


*Simpan sikit adunan kek untuk kita buat deco atas cheese nanti.
*Sementara kek tengah bakar, boleh sediakan bahan untuk cheese atas dia.

BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE :

375gm cream cheese
180gm gula halus
2 sudu besar whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar jus lemon
2 biji telur

CARA-CARA :

1. Putar cream cheese sampai berkrim, masukkan gula dan mix sampai sebati baru masukkan telur dan jus lemon. Akhir sekali, baru masukkan tepung dan whipping cream.


2. Bila kek dah masak, sejukkan kejap dan baru tuang adunan cheese atas kek tadi. Hias ikut selera masing-masing dan bakar lagi sekali dengan teknik stim bath selama 30 minit, suhu 160° (ikut oven masing-masing).

Kredit resipi: Tyra Manan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff