Tak Rugi Masak Kari Daging Tetel Rebung Ni, Sedap Padu.

Share

Ramai sukakan Kari Daging Tetel Rebung, hingga ada pelbagai versi kari seumpamanya,  asalkan ia bersesuaian dengan selera keluarga. Anda yang belum pernah masak atau makan, berikut dikongsikan resipinya yang boleh anda cuba sendiri, kerana menu dari air tangan itu adalah lebih baik untuk disajikan kepada ahli keluarga, kurang sendikit rasa tak mengapa, bila selalu buat nanti gerenti akan mendapat masakan kari yang sedap

KARI DAGING TETEL REBUNG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging tetel | potong kecil dan rebus empuk
500ml santan pekat
300gram rebung madu | potong kecil dan celur
2 biji tomato | cincang kasar
3 labu bawang besar | mayang halus
10 ulas bawang merah | kisar halus
5 ulas bawang putih | kisar halus
3sm halia | kisar halus
4 sudu makan serbuk kari daging
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk.
  2. Tumis bawang besar dan tomato hingga layu dan keperang-perangan.
  3. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, dan daun kari hingga wangi.
  4. Satukan rempah kari daging dengan campuran bawang kisar. Campur sedikit air dan kacau hingga menjadi pes yang pekat.
  5. Tuang ke dalam periuk dan tumis bahan-bahan rempah hingga terbit minyak.
  6. Masukkan daging dan sedikit air. Didihkan hingga daging benar-benar empuk.
  7. Masukkan santan dan rebung. Masak lagi hingga semua bahan masak sebati.
  8. Tambah garam dan gula secukup rasa.

INFO CHEF: Boleh juga menggunakan umbut kelapa mengantikan rebung. Ikut citarasa

Published by
webadmin