Tak Sangka 5 Kuih Sedap Ni Olahan Dari Mi Segera.

Share

Keropok Lekor, Murtabak, Cucur, Popia dan Puff, semuanya diperbuat dari Mi Segera.  Eh, macam tak percaya, tapi ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh membantu anda semua berkarya  menambah menu sedia ada agar ahli keluarga tidak jemu dengan  asyik mi segera biasa-biasa je.

 

BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2bungkus mi segera | celur dan tos
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
  • 1/2 cawan hirisan daun bayam
  • Sedikit hirisan cili benggala
  • Sedikit potongan dadu lobak merah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 Sudu teh garam
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng.

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
  2. Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
  3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
  4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
  5. Bulat-bulatkan doh hingga habis.
  6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
  7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.

KEROPOK LEKOR MI  DAUN KETUMBAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2  bungkus mi segera| celur dan tos
  • 1  biji telur
  • 4 sudu makan tepung  ganadum
  • 2 sudu makan tepung ubi.
  • 1/2  cawan hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam.
  2. Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan.
  3. Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata.
  4. Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk.
  5. Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis.
  6. Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya.
  7. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
  8. Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing.
  9. Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.

MURTABAK MI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 2  bungkus mi segera | celur dan tos
  • 3 biji telur
  • 6-7 keping kulit popia
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1/2 cawan hirisan halus kubis
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang kasar
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan pula daging kisar dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kubis.
  4. Terus kacau rata, selepas kubis layu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan mi yang telah dicelur dan bahan tumisan. Kacau rata.
  7. Panaskan kuali leper (sebaiknya kuali yang digunakan untuk membuat roti jala), sapukan sedikit minyak.
  8. Tuangkan campuran mi tadi dalam kuali dan bentukkan empat segi dengan ketebalan 2cm.
  9. Balikkan dan jangan terlalu garing, asalkan mi membentuk keping sahaja.
  10. Tutup api. Potong mi menjadi empat atau enam bahagian.
  11. Balut setiap potongan mi tadi dengan kulit popia. Lakukan sampai habis.
  12. Panaskan minyak dalam kuali, goreng murtabak hingga kekuningan menggnakan api sederhana.
  13. Hidangkan murtabak panas-panas dengan sos kegemaran anda.

POPIA MI KEJU BERSAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 bungkus mi segera | celur dan tos
  • 12 keping kulit popia
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan isi ayam dicincang halus
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit lobak merah | dadu halus
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
  3. Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
  4. Terus kacau hingga ayam masak.
  5. Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
  7. Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
  8. Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
  9. Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
  10. Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.

PUFF MI CENDAWAN CARBONARA

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping mi segera | celur dan tos
  • 5 keping pastri puff segera
  • 3 sudu makan sos carbonara
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 5 biji cendawan butang dalam tin | dadu halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji kuning telur | kacau rata
  • 2 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata kemudian masukkan cendawan butang.
  3. Kacau lagi dan masukkan sos carbonara, gaul lagi.
  4. Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan mi, kacau rata dan tutup api. Ketepikan.
  6. Canaikan pastri puff menjadi nipis, kemudian letakkan inti mi carbonara di atasnya.
  7. Lipat dua kepingan pastri, bentuk dan kemaskan tepi dengan hujung garpu.
  8. Letakkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
  9. Sapukan bahagian atasnya dengan kuning telur.
  10. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 30 minit.
  11. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan puff sedia dihidangkan.

 

.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin