Sedapnya donat kampung ni. Walaupun hanya versi basic dan disalut gula tapi kelihatan sangat sedap. Teksturnya yang lembut dan gebu membuatkan ramai yang rasa tak sabar nak cuba. Donat begini sememangnya diakui, sekali makan memang rasa tak puas. Bagi puan-puan yang rasa nak makan donat macam yang biasa nikmati masa zaman kecil dulu, resipi yang dikongsi oleh saudari Khairunnisa Mohammad ni antara yang terbaik boleh dicuba. Tidak perlu uli beria. Cukup sekadar antara 8-10 minit sahaja. Anda akan dapat donat yang lembut ini. Jom cuba. Anak-anak pasti suka.
RESIPI DONAT KAMPUNG LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan yis – beli online disini
3/4 cawan susu segar suam
2 sudu makan gula – beli online disini
1 sudu makan marjerin – beli online disini
1 sudu teh baking powder – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan yis, gula dan susu segar dalam gelas. Kacau rata.
2. Kemudian satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.
3. Tuang sebatian yis dan susu ke dalam bekas tepung. Tidak perlu tunggu yis kembang. Kacau rata dan uli doh. (empunya resipi tidak uli beria)
4. Bila adunan sudah rata sikit, masukkan marjerin. Uli lagi sampai licin sedikit dohnya. Perap selama 1 jam.
5. Bila selesai diperap, tumbuk doh untuk membuang angin. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. (empunya resipi timbang doh 50gm sebiji)
6. Seterusnya ambil doh tadi dan bulat-bulatkan. Letak di tapak tangan, lubangkan di tengahnya dengan jari. Jika ada acuan donat, boleh guna acuan.
7. Perap donat sekali lagi sekitar 30-40 minit.
8. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng donat tadi dengan api perlahan hingga kekuningan.
9. Angkat dan salut donat dengan gula atau apa-apa perasa mengikut cita rasa masing-masing.
INFO:
Kredit resipi & foto: Khairunnisa Mohammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official