Takoyaki Homemade Lengkap Dengan Sosnya, Memang Puas Makan

Share

Siapa yang suka sangat dengan takoyaki ni, daripada membeli jom kita buat sendiri. Puas makan dan boleh pelbagaikan inti yang anda suka. Adunan ini boleh dapat 26-30 biji. Jomlah buat.

TAKOYAKI (26 – 30 biji)

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu besar tepung jagung

2 biji telur

1 3/4 cawan air

1 sudu besar serbuk stok ayam

1 sudu teh garam

2 sudu besar minyak masak

1 sudu teh baking powder

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar.
  2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut.
  3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
  4. Sediakan bahan inti pula.

Bahan inti:

Sotong/ udang/ crab stick/ sosej

Daun bawang – hiris nipis

Kubis bulat dihiris halus

Lobak merah diparut halus

Cara membuat:

  1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
  2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
  3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej di setiap lubang.
  4. Taburkan lobak merah, daun bawang dan kubis.
  5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
  6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
  7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
  8. Renjiskan dari masa ke masa minyak masak di celah-celah acuan.
  9. Teruskan sampai nampak garing.
  10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
  11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

BAHAN HIASAN ATAS :

Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)

Mayonis

Bonito flake – beli kat Aeon bahagian makanan Jepun

Cara hias :

1.Drizzle sos takoyaki

2.Drizzle mayonis

3.Taburkan bonito flakes

RESIPI SOS TAKOYAKI

1 cawan sos cili

4 kuntum cendawan shitake kering

1/2 cawan sos tomato

1/2 cawan air

1/2 cawan kicap kipas udang

1/4 cawan air asam jawa

2 hiris halia

1 sudu besar tepung jagung

1/2 cawan gula

Cara membuat:

  1. Campur semua bahan dalam periuk.
  2. Masukkan tepung jagung dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
  3. Sejukkan sos.
  4. Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.

Resipi & foto : Rozmaliza Omar

 

 

Published by
Putri