Talam cendol mudah tanpa telur ini memang lebih mudah dan cepat siap. Resipi asal ada menggunakan telur, tepung beras dan tepung jagung. Tapi ini versi mudah dan nak cepat siap.
1 1/2 sudu teh garam (rasa dulu ya jika kurang boleh tambah..Lagi sedap kalau rasanya masin-masin sikit)
(Satukan semua bahan kecuali cendol..kacau sebati dan tapiskan)
Cara Memasak Talam Cendol Mudah Tanpa Telur:
Untuk masak bahagian bawah, panaskan kukusan hingga air mendidih. Guna api sederhana perlahan.
Sapu minyak dan lapik plastik dalam Loyang (saiz 10×10). Jika guna acuan lompang (boleh beli online di sini) sapu minyak pada tiap Loyang. Tuang bancuhan bahagian bawah dalam loyang. Kkus selama 25-30 minit. Jika guna acuan lompang kukus 15-20 minit.
Ads
Untuk masak lapisan atas, buka tudung kukusan. Biarkan seketika dalam 3 minit. kukus tanpa penutup. Cucuk-cucuk bahagian gula merah guna garfu. Masukan cendol dan tuang bancuhan bahagian atas. Kukus selama 25-30 minit. Jika guna acuan lompang kukus 15-20 minit.
Buka tudung kukusan dan kukus selama 5-7 minit untuk hilangkan air di permukaan talam cendol. Biar betul-betul sejuk baru boleh potong guna pisau plastik. Selamat mencuba.
Kuih muih melayu memang sukar nak jumpa yang sedap dan memuaskan hati. Jadi boleh cuba buat kuih lejen ni, tepung gomak inti kelapa manis.Ikut cara ini boleh dapat dalam 20 biji kuih. Hidang untuk minum petang memang layan.
KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS
Inti: ½ biji kelapa parut muda 3 sudu makan gula merah / gula melaka 3 sudu makan gula pasir 2-3 helai daun pandan disimpul 1 cawan air 1-2 sudu makan tepung gandum (Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)
Cara memasak: 1. Didihkan air bersama daun pandan. 2. Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah dan gula pasir. Renehkan seketika. 3. Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering. 4. Masukkan tepung gandum / sebarang tepung dan masak seketika. Gaul rata, sejukkan. 5. Bulat-bulatkan besar ikut suka.
Cara membuat: 1. Larutkan garam bersama air. 2. Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas. 3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas. 4. Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras. 5. Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan. 6. Didihkan air dalam periuk. 7. Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.
Bahan salut: Kacang hijau Cara membuat: 1. Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan. 2. Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang. 3. Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak dan kisar lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung. 4. Sangai tepung kacang hijau sekali lagi. 5. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CARA PALING MUDAH: Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis ROASTED ye. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual. Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas. Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih kole kacang, batang buruk dan putu kacang. Kredit: Marlia Lia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi kuih keria keledek oren ini memang sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa. Dapat pula hidangkan hasil air tangan sendiri buat keluarga. Bahagia sangat kan?
Tak susah sangat nak buat kuih keria keledek oren ini. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Husni ini ye.
Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.
Masuk semua bahan yang lain ke dalam keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
Sapu tangan dengan minyak kemudian buat bulat-bulat doh tu. Kemudian tekan dan buat lubang di tengah-tengahny, macam buat donat. Buat saiz kecil sikit supaya senang nak makan nanti.
Sudah siap, panaskan minyak, gunakan api sederhana besar ye. Gorengkan keria sampai nampak warna kekuningan keemasan. Angkat dan toskan.
Untuk membuat air gula, masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih dan berbuih. Kacau sampai pekat dan bertali. Tutup api.
Masuk kuih keria tadi. Gaul cepat-cepat ye bagi sira gula salut rata semua kuih keria Gaul sampai gula tadi kering dan salut elok pada kuih keria tu. Siap!
EKSTRA: Jangan tutup bekas kuih keria yang dah disira ketika masih panas. Nanti kuih jadi lembik dan gula akan cair.
Kuih Bingka Pandan merupakan salah satu kuih tradisional kegemaran ramai. Baunya amat membuka selera hasil dari taburan bijan dan daun pandan asli yang digunakan. Nak buatnya pun mudah saja, tak perlu guna banyak bahan. Untuk dapatkan Kuih Bingka Pandan yang lebih enak, gunakan Anchor Whipping Cream dan Anchor Unsalted Butter. Kuih jadi lebih berkrim dan harum baunya. Tak sabar nak makan waktu berbuka nanti.
KUIH BINGKA PANDAN
Bahan-bahan:
240gram tepung gandum
200ml Anchor Whipping Cream
50gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
480ml jus pandan
180gram gula kastor
3 biji telur
¼ sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
Tapis bancuhan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu190-200C selama 50-60 minit atau hingga kuih masak.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.