Kuih muih tradisi jika dihidangkan tidak pernah muak makan. Cukup lemak manisnya. Umpamanya kuih talam susah juga nak dapat yang memenuhi cita rasa. Bagi memuaskan hati, lebih elok dibuat sendiri. Tak nak rasa terlalu manis, boleh kurangkan gula.
Talam gula merah Bahan-bahan lapisan bawah: 1 cawan gula merah * 1/2 cawan gula pasir * (bahan-bahan bertanda *dimasak sehingga gula larut,tapis dan sejukkan) 5 cawan air * 1 sudu kecil air kapur 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung ubi
Cara membuat: 1.Mula-mula panaskan kukusan. 2.Sapu minyak pada loyang,lapik plastik,ketepikan. 3.Dalam satu bekas,satukan tepung gandum dengan tepung ubi,tuang larutan air gula merah bersama air kapur,kacau rata. 4.Masak di atas api,sentiasa kacau sehingga naik wap dan sedikit likat,jangan pekat. 5.Bila air kukusan dah betul-betul mendidih,tuang adunan tadi ke dalam loyang. 6.Kukus selama 20-25 minit,guna api sederhana besar atau besar ( jika ada air bertakung di atas permukaan kuih,ambil kertas tisu ,letakkan di atas permukaan kuih supaya air tersebut menyerap pada tisu. 7.Angkat perlahan-lahan tisu tadi,cakarkan sedikit seluruh permukaan kuih dengan garfu,ketepikan.
Cara membuat: 1.Gaulkan semua bahan dan tapiskan 2.Masak di atas api,sentiasa kacau sehingga naik wap. 3.Tuang atas lapisan bawah yang telah di cakar tadi,kukus selama 20-25 minit api sederhana. 4.Pastikan kuih betul-betul sejuk dulu baru potong dengan pisau plastik yang telah dioles dengan sedikit minyak 5.Penutup kukusan balut dengan tuala bersih supaya air wap tidak menitik atas kuih. Saya tak balut penutup kukusan,setiap 8-10 minit,saya buka penutup,lap bawahnya dengan tuala bersih,kemudian sambung kukus. 6.Jika guna acuan kecil,oles sedikit minyak pada acuan,tuang 1/2 larutan gula merah,kukus 8-10 minit,tuang pula larutan putih ( santan ) kukus 10-15 minit,guna api sederhana.
Teringin nak makan singgang, ini ada empat singgang berlain cara masak yang korang boleh cuba. Kesemuanya senang sangat nak dimasak. Paling penting ia sedap dan segar, kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, pasti inginkan segala yang terbaik buat mereka. Begitu juga dari segi pemakanan. Tatkala si manja dah mula makan, mak-mak semestinya sibuk mencari resipi bubur serta puri yang enak dan berkhasiat. Khas bat anda, RASA kongsikan resipi bubur nasi yang sesuai untuk si kecil. Lengkap dengan makanan seimbang seperti sayur, protien dan karbohidarat. Malah orang dewasa pun boleh makan. Selamat mencuba!
BUBUR NASI UNTUK BAYI
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 senduk nasi
1 bahagian is ayam
Daun sawi
Brokoli
Lobak merah (dihiris)
Kentang (boleh tukar kepada labu manis atau keledek manis)
1 ulas bawang putih (boleh tumis bersama minyak)
1 sudu minyak (boleh guna minyak biasa, olive oil atau gantikan majerin)
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus semua bahan-bahan sampai masak.
Jika anak sudah ada gigi,boleh lenyek kasar. Jadi yang tidak ada gigi boleh kisar halus.
Ayam boleh tukar kepada ikan bilis atau isi ikan. Sayur daun boleh tukar kepada bayam dan sebagainya.
Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Selamat mencuba.
CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam potong – potong 12-14
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
2-3 sudu makan emping cili (chili flakes)
1-2 sudu makan tepung beras @ tepung jagung (pilih salah satu sahaja)
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.