Wow, sesekali nak buat kuih talam pulalah. Nampak sedap talam jagung coklat ni. Warnanya pun cantik. Melalyu facebook Rasa Share Resepi, seorang pengguna dengan nama Iedaa Jahaya telah berkongsi resipi membuat talam jagung coklat ini.

Warna kuning dan coklat memang sangat membangkitkan selera. Apatah lagi cita rasanya. Jom cuba!

TALAM JAGUNG COKLAT

BAHAN-BAHAN
200 gram tepung beras
40 gram tepung jagung
25 gram tepung kastad
400 ml santan pekat
450 ml santan cair
3 sudu besar pencelup jagung
200 gram gula halus
3 sudu besar krim jagung

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, campur semua bahan kecuali krim jagung. Gaul sebati.
2. Tapiskan adunan. Masukkan ke dalam bekas krim jagung. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Buat lapisan coklat pula.

BAHAN LAPISAN COKLAT
75 gram tepung gandum
40 gram tepung kastad
3 biji telur ayam
Esen vanilla
159 gram gula halus
250 ml santan pekat
400 ml santan cair
1 sudu besar serbuk coklat (bancuh dengan sedikit air panas)

IKLAN

CARA MEMBUAT LAPISAN COKLAT
1. Bancuh semua bahan. Tapiskan.
2. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu lapisan bawah dan atas.
3. Masak lapisan atas dahulu.

CARA MEMASAK TALAM
1. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada loyang 10 inci.
2. Masak lagi lapisan coklat untuk bahagian atas.
3. Sentiasa kacau sehingga pekat. Tutup api.
4. Tuang dalam loyang kukusan. Kukus selama 20 minit.
5. Sementara tunggu lapisan coklat atas masak, masak lapisan jagung dalam periuk.
6. Kacau sentiasa supaya adunan tidak berketul. Tutup api selepas adunan pekat.
7. Cakar-cakar lapisan coklat dalam loyang pengukus sebelum dituang lapisan jagung.
8. Kukus lagi selama 20 minit.
9. Masak lapisan coklat yang satu lagi bahagian untuk lapisan bawah.
10. Tuang atas lapisan jagung. Jangan lupa cakar dahulu lapisan jagung supaya setiap lapis melekat.
11. Kukus selama 20 minit.
12. Matikan api dan tunggu sejuk barulah dipotong.

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: Iedaa Jahaya

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7