Kuih talam keladi ada dua versi, Satu talam dua lapis yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan satu lagi talam keladi berlauk yang juga terkenal di kalangan Cina. Talam keladi berlauk dikenali juga sebagai Woo Tau Goo atau Taro Cake yang bermaksud kek keladi.

Talam keladi berlauk ada tambahan udang kering, minyak bijan dan juga kacang tumbuk yang membuatkan talam ini sungguh istimewa. Ada macam-macam versi kuih talam berlauk ni, ada juga yang meletakkan kicap dan menambahkanan daging cincang atau ayam cincang di samping udang kering.

Resipi talam keladi berlauk ala Cina ni adalah olahan semula oleh Fatimah Jasmin dalam lamannya patsykitchen.blogspot.com dari resipi asal hanieliza.blogspot.com

Ikut citarasa masing-masing, cubalah…. 

1. TALAM KELADI BERLAUK (Ala Cina)

 Talam Keladi Berlauk Ala Cina & Talam Keladi Melayu. Lazatnya Berbuka
Foto : patsykitchen.blogspot.com

BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 6 cawan santan | 1 biji kelapa
  • 1sudu kecil garam

Bahan B

  • 2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan
  • 2 sudu besar udang kering
  • 4 tangkai cili merah cincang
  • 1 pokok daun bawang]
  • 1 pokok daun sup | diracik
  • 2 sudu besar bawang goreng

Bahan C [hiasan]:

IKLAN
  • 3 tangkai cili merah | dicincang
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang | diracik
  •  2 sudu makan kacang tumbuk | digoreng tanpa minyak sebelum tumbuk
  •  2 sudu makan udang kering |goreng garing dan dikisar halus (jika suka ala Cina)
  •  Beberapa titik minyak bijan | jika suka ala Cina

CARA MEMASAK :
1. Panaskan pengukus dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.

Info : Udang kering direndam dahulu sebelum  digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.

 2. TALAM KELADI MELAYU

Sumber resipi : Chef Asma

 Talam Keladi Berlauk Ala Cina & Talam Keladi Melayu. Lazatnya Berbuka
Foto : norazlitaaziz.blogspot.com

Resipi dari dapur yatie , sumber asal Chef Asma.

BAHAN-BAHAN :
Bahan Lapisan Bawah :

IKLAN
  • 220 gm tepung beras  @ 2 cawan
  • 40 gm tepung ubi @ 3 sudu besar
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
  •  250 gm keladi |* lebih sikit pun tak apa – buang kulit, basuh, basuh dgn air garam untuk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit. kukus baru timbang

CARA MEMASAK :
1.Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati kecuali keladi

2.Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10″ x 10″ x 3″
4. Kukus selama 25 minit

Bahan-Bahan Lapisan Atas

  • 150-180 gm tepung gandum @ 1 ½ cawan
  • 250 gm gula halus
  • 3-5 biji telur
  • 250 ml santan
  • 500 ml air
  • Beberapa titik pewarna ungu

CARA MEMASAK :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk

2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)
 Info tambahan :

Kat bawah ni cara bagaimana Norazlita Aziz seperti yang dikongsikan dari lamannya norazlita.blogspot.com mewarnakan keladi. 

Keladi yang telah kita potong kiub tu ita gaulkan dengan pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dengan tepung ubi, gaul rata-rata kemudian ayak. 

 Talam Keladi Berlauk Ala Cina & Talam Keladi Melayu. Lazatnya Berbuka

IKLAN

Semburkan dengan air dan kemudian ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dengan tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus hingga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat. 

 Talam Keladi Berlauk Ala Cina & Talam Keladi Melayu. Lazatnya Berbuka

Selepas keladi empuk  toskan dan rendam dalam air ais. Siap untuk di letakkan dalam talam. 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Tepung Talam Pandan Lemak Manis

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI