Kalau biasa buat talam keladi jom kita ubah jadi talam keledek pulak. Rasa keledek yang manis memang sedap bila dimasukkan dalam ramuan kuih talam. Jom kita masak kuih talam yang gerenti sedap ni.
TALAM KELEDEK (ASALNYA TALAM KELADI)
BAHAN-BAHAN :
Bahan :
Lapisan Bawah (A) 220 gm tepung beras (yatie guna 2 cawan)
40 gm tepung ubi (yatie guna 3 sudu besar)
1 1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir (yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
300 ml santan pekat
700 ml air (B) 250 gm keledek (keladi) – (lebih sikit pun tak apa) – buang kulit, basuh, (basuh dengan air garam supaya tidak hitam), potong kiub dan kukus selama 5 minit – (kukus baru timbang)
CARA MEMASAK : 1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati.
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B .
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10″ x 10′ x 3″.
4. Kukus selama 25 minit
Ads
Bahan : Lapisan Atas 150 – 180 gm tepung gandum (yatie guna 1 1/2 cawan)
250 gm gula halus
3 – 5 biji telur (yatie guna 3 biji)
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna
.
CARA MEMASAK : 1. Bancuh semua bahan , tapis ke dalam periuk.
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 30 minit. (Lap 5 minit sekali)
Mulakan pagi dengan sesuatu yang enak dan membuka selera untuk memulakan hari dengan penuh kecintaan. Dengan sedikit bahan sahaja, kita sudah boleh menyediakan sarapan enak dan berkhasiat. Bahan utama seperti telur, ayam, daging, salad dan keju lazimnya selalu ada di rumah. Jadi, apa tunggu lagi? Jom buat sarapan yang sedap ni.
CONGEE DAGING
BAHAN-BAHAN
1 cawan beras wangi
8 cawan air rebusan tulang
2 potong hirisan halia
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
2 pokok daun bawang
2 pokok daun ketumbar
200 gram daging panggang (dihiris nipis)
CARA MEMASAK
1. Basuh beras tiga kali. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang. Kacau sedikit dari semasa ke semasa.
2. Masukkan halia. Masak sampai beras kembang dan pekat. Perasakan dengan garam dan lada sulah, minyak bijan dan sos tiram. Kacau sebati dan masak lagi.
3. Potong daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan dalam bubur dan kacau sebati. Tuang ke dalam mangkuk. Kemudian letak hirisan daging, daun bawang atau bawang goreng.
HEALTHY SANDWICH
BAHAN-BAHAN
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
CARA MEMASAK
1)Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2)Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3)Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
TELUR SCRAMBLE DENGAN BACON DAGING
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
50 ml susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega
Roti toast
Bacon daging
CARA MEMASAK
1. Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur.
3. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.
ROTI PITA KEJU
BAHAN-BAHAN
10 gram yis roti
Sedikit air
1 liter susu segar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
500 gram tepung gandum
200 gram keju mozarella
CARA MEMASAK
1. Satukan yis roti dengan sedikit air dan biarkan selama 10 minit.
2. Sediakan 500 ml susu. Masukkan gula, garam, minyak zaitun dan yis tadi.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli tepung sambil masukkan lebihan susu. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Pastikan tepung tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Rehatkan doh selama 30 minit sehingga tepung naik dua kali ganda. Uli kembali dan jadikan bebola tepung dalam anggaran 70 gram – 100 gram setiap satu.
5. Ambil sebiji tepung ulian tadi dan buka sedikit dengan tangan. Masukkan keju dan tutup kemaskan kembali. Uli roti menjadi sedikit leper tetapi jangan terlalu nipis.
6. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak sehingga naik warna setiap bahagian. Potong dan terus makan makan panas-panas.
TORTILA KELEDEK MANIS
BAHAN-BAHAN
Doh roti pita
1 biji keledek sederhana besar (direbus)
1 biji kentang (direbus)
½ biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah (dihiris nipis)
Sedikit biji sawi
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk ketumbar
Hirisan daging siap masak
CARA MEMASAK
1. Ambil sebiji doh roti pita dan uli sampai leper, nipis dan bulat. Masak atas kuali panas.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi, daun kari dan cili merah sampai naik wangi. Kemudian masukkan kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Masukkan pula keledek dan kentang yang telah dilenyek terlebih dahulu. Masak dan kacau semua bahan sehingga sebati.
3. Kemudian perahkan jus limau nipis. Masukkan daun ketumbar bersama daging. Kacau sambil masak.
4. Cedok tiga sudu besar inti ini di atas roti dan balut menjadi seperti popia besar. Masak sedikit lagi di atas kuali sehingga ada sedikit warna. Angkat dan potong dua bahagian.
Mi calong masakan mudah yang popular di Terengganu dan Pahang, tidak memerlukan bahan yang banyak dan paling penting bebola ikan fresh buat sendiri! Sesuai untuk kamu yang nak cuba jaga badan.
RESIPI MI CALONG
BAHAN-BAHAN:
Mee lidi LongFong
Lada hitam biji segenggam nk berasap lagi boleh tambah lagi.
Bawang Merah sesuka hati nk byk mana
Bawang putih sesuka hati nk byk mana
CARA MEMASAK:
1. Mee lidi dicelur terlebih dahulu jangan lembut sgt sbb nanti nk masukkan sekali dlm kuah. Toskan. Letak tepi dulu.
2. Tumbuk lumat lada hitam biji.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih tumbuk sekali dengan lada hitam tadi. Guna lesung utk rasa yg lebih asli gitteww
4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis segala bahan yg ditumbuk sampai dapur bau semerbak dgn tumisan bawang lada hitam
5. Letak air dalam tumisan tadi. Ikut nk kuah byk mana. Biarkan menggelegak.
Sementara tunggu menggelegak tu, kita settlekan bahan seterusnya.
Ikan tenggiri/ikan selayang
Sawi
1. Asingkan isi ikan mentah dari tulangnya. Tumbuk dlm lesung yg sama kita guna utk tumbuk bawang lada hitam tadi. Jgn basuh dulu lesung yg dah berbawang nanti. Terus je guna utk tumbuk isi ikan plk.
2. Isi ikan mentah yg dah lumat tu tambahkan dgn garam sikit dan gaul sebati. Bulat bulatkan isi ikan mentah sebesar hujung ibu jari sejenis kegigihan buat bebola sendiri ni.
3. Masukkan bebola ikan mentah dalam kuah yg tengah menggelegak tadi.
4. Masukkan mee lidi yg dicelur tadi.
5. Akhir sekali masukkan sawi.
Nota: Boleh jugak guna bebola ikan ni utk masuk dlm tumis sawi. Bahan sama jugak. Bawang dengan lada hitam tumis dulu, masukkan air, masukkan fucuk dan bebola. Masukkan suhun dgn sawi. Siap boleh buat lauk makan dengan nasi
Tauhu telur ni kalau dimasukkan dalam sayur campur atau sup sayur memang enak rasanya. Pastikan jika beli tauhu telur ada loga halal di paketnya. Jangan tersilap ambil pula. Nak mudah jom buat sendiri tauhu telur. Ikut langkah berikut confirm berjaya.
TAUHU TELUR HOMEMADE
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Cara membuat:
1.Pecahkan telur.
2.Masukkan garam.
3.Masukkan air soya (untuk air soya boleh guna apa saja brand,air soya yang tak ada gula pun boleh)
4.Kacau sebati semua bahan.
5.Tapis supaya tiada bubble.
6.Masukkan ke dalam plastik aiskrim.
7.Ikat kemas-kemas.
8.Panaskan air,tidak perlu sampai mendidih.
9.Masukkan tauhu telur,masak sehingga 30 minit dengan api yang perlahan.
10.Bila tauhu dah bertukar warna maknanya sudah masak.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.