
Min cukup suka dengan talam sagu. Ni manisan paling best sebagai pencuci mulut. Dah makan makanan pedas dan berempah, dapat talam sagu dingin dari peti sejuk memang terangkatlah.
Ni resipi mudah untuk mereka yang gemarkan talam sagu ni. Pewarna tu ikut suka hati nak warna apa, tapi merah tu nampak menarik sangat kan.
TALAM SAGU

BAHAN-BAHAN :
Lapisan bawah:

- 3/4 cawan sagu (rendam sekejap bagi kembang)
- 1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh lebihkan sedikit)
- Air | sama paras sagu
- Pewarna merah secukupnya

Lapisan atas:

- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- Sedikit garam
CARA MEMASAK ::
1. Sapu sedikit minyak dlm loyang
2. Masukkan sagu & gula dlm loyang..tambah air cuma sama paras sagu saja. Letak pewarna dan kacau rata hingga gula sebati dengan sagu.
3. Panaskan periuk kukus
4. Kukus selama 10 minit
5. Masukkan semua bahan utk lapisan atas ke dlm periuk,kacau sekejap atas api bg sedikit pekat. Bila dah masak lapisan sagu,lorekkan dgn garfu kemudian tuang adunan lapisan atas
6. Kukus 20 -25 minit
Kredit Resepi : puan hajar
FB : Resipi dari mulut ke hati
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Masakan Ikan Yang Mudah & Pasti Membangkitkan Selera!

Ikan boleh dikatakan sebagai menu wajib yang dihidangkan pada waktu makan. Tapi kalau tidak kena dengan gaya kita akan muak dengan resipi yang sama. Ubah gaya masakan dari goreng, berkuah dan bakar untuk menaikkan selera makan.
IKAN KERISI MASAK TAUCHU

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan kerisi – saiz L
- 2 sudu besar tauchu
- 1 biji bawang besar – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 4 biji cili merah – hiris
- 3-4 tangkai cili padi
- 3sm halia – hiris
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 1 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
- Masukkan cili merah dan cili padi.
- Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
- Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.
INFO CHEF: Selain ikan kerisi, boleh juga gunakan ikan kembung.
IKAN SIAKAP SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap:
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada putih
- Garam
- Mixed herbs
- Daun Rosemary
Cara Perap:
- Perapkan ikan siakap dengan bahan perapan.
- Panaskan sedikit minyak Zaitun dalam kuali non stick.
- Gunakan api kecil, panggang ikan siakap yang telah perap hingga masak.
- Letak atas pinggan dan ketepikan.
SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
- ½ biji bawang Holland- potong dadu
- 1sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar mentega
- 1 biji lemon – hiris menjadi 4 kepingan
- 200ml susu segar
- Garam secukup rasa
- Sediki serbuk mixed herbs
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali non stick dengan api sederhana.
- Masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga wangi.
- Masukkan tepung kacau sebati.
- Masukkan susu, kacau lagi gunakan whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
- Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbsdan garam secukup rasa.
- Masak sampai sos jadi pekat, kemudian tuang atas ikan siakap.
INFO CHEF: Boleh juga gunakan ikan salmon.
KEPALA IKAN MERAH ASAM PEDAS SRI MERSING

BAHAN-BAHAN:
- 500gm kepala ikan merah
- 1/2ml air asam jawa
- 3 biji bendi
- 2 biji buah tomato | dibelah empat
- 2 tangkai cili merah/hijau |dibelah dua
- 5 helai daun limau purut
- 3 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 5 batang serai hiris
- ½ inci belacan
- 1 inci lengkuas hiris
- 1inci kunyit hidup hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumis semua bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau perlahan hingga garing dan timbul minyak.
- Perlahan-lahan masukkan air asam jawa, bila mereneh masukkan kepala ikan dan daun limau purut.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali masukkan tomato, bendi dan cili merah atau hijau.
- Biarkan seketika, tutup api dan hidangan.
INFO CHEF: Asam pedas ini tidak menggunakan daun kesum seperti kebanyakan asam pedas.
IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
- 1/2 biji kelapa parut
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 1 batang serai
- 1cm halia
- 1cm kunyit hidup
- 5 biji cili api
- 2 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah
- 3-4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Campurkan bahan yang dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
- Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut ikan cencaru sehingga penuh.
- Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.
INFO CHEF: Jika sukakan rasa ikan bakar yang pedas, tambahkan jumlah cili api mengikut cita rasa anda. Jika suka, boleh juga menambahkan sedikit cili kering.
IKAN TENGGIRI BAKAR PORTUGIS

BAHAN-BAHAN:
- 3 keping ikan tenggiri
- 3 helai daun limau purut
- 4 sudu makan cili kisar
- 1 kuntum bunga kantan | dihiris halus
- 3 batang bendi | dihiris serong
- Sedikit minyak bawang putih
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan jus asam jawa
- Aluminium foil secukupnya
- Sedikit daun pisang untuk mengalas ikan
BAHAN KISAR HALUS:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai| hiris halus
- 1 kuntum bunga kantan| dihiris
- 3 biji buah keras
- 1/2 cm hirisan lengkuas
CARA MEMASAK:
- Ikan tenggiri dicuci bersih dan diperap dengan sedikit garam. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
- Masukkan daun limau purut serta jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
- Potong sedikit daun pisang dan letakkan di atas aluminium foil. Letakkan sedikit sambal dan sapu rata di atas daun pisang.
- Letakkan sedikit hirisan bunga kantan dan letakkan sekeping ikan di atasnya. Sapu sebelah atas ikan dengan sambal dan ditabur dengan lebihan bunga kantan dan bendi.
- Bungkus ikan tadi dengan kemas dan ulang kaedah sama dengan baki ikan sehingga habis.
- Bakar di dalam pemanggang ajaib dengan setiap bahagian dimasak selama lebih kurang 10 minit.
- Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.
INFO CHEF: Untuk menyediakan minyak bawang putih, goreng 5 ulas bawang putih yang cincang halus menggunakan ½ cawan minyak masak. Tapis minyak tersebut dan boleh digunakan dalam masakan.
IKAN PERCIK GAYA KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung bersaiz besar
- Sedikit serbuk kunyit dan garam
- 1 cawan santan
- 1 keping asam gelugur
- 1 sudu makan tepung jagung |dibancuh dengan air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 1 biji bawang besar bersaiz sederhana
- 1 ulas bawang putih
- 1cm halia
- 1cm lengkuas
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai |dihiris halus
- Secubit belacan
CARA MEMASAK:
- Ikan disiang, dicuci bersih dan di kelar-kelar sedikit. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
- Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar halus, asam gelugur dan santan. Kacau rata dan masak hingga berwap. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.
- Panggang ikan tadi sehingga setengah masak. Kemudian lumur dengan kuah percik dan bakar lagi sehingga ikan masak. Ulang kaedah yang sama pada semua ikan sehingga habis.
- Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan percik, boleh juga menggunakan ikan selar
Selamat mencuba!
1 Resipi Boleh Buat Pelbagai Jenis Kuih Talam Lapis, Cuma Tukar Perisa Saja

Kali ini RASA ingin berikan resipi membuat kuih talam lapis. Resipinya sama sahaja jika anda ingin membuat pelbagai jenis kuih talam lain. Maksudnya, satu resipi boleh digunakan membuat pelbagai jenis kuih talam. Anda hanya perlu tukar perisa atau pewarnanya sahaja.
Jom kita lihat resipinya.
KUIH TALAM LAPIS

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna atau perisa kesukaan
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Sedikit minyak masak untuk sapu loyang

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula kastor dan garam. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan santan pekat dan santan cair. Kacau sebati.
3. Selepas semuanya sebati, tapiskan bancuhan ini. Kemudian bahagi kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian, biarkan begitu sahaja dengan warna asal.
5. Satu bahagian lagi, letakkan perisa atau pewarna yang anda gemari.
6. Panaskan pengukus.
7. Sapu loyang atau acuan dengan sedikit minyak masak.
8. Tuangkan bancuhan warna asal dahulu. Satu lapisan sahaja. Kukus selama 5 minit.
9. Kemudian, atas lapisan tadi tuangkan lapisan yang berperisa atau berwarna lain pula. Kukus lagi 5 minit.
10. Ulang langkah 8 dan 9 sehingga bancuhan habis.
11. Lapisan atas sekali, lebihkan sedikit pewarna supaya nampak lebih cantik.
12. Siap. Tunggu sejuk, barulah dipotong kuih talam lapis anda itu.

Selamat mencuba!
Sumber: Iedaa Jahaya
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi
Kek Keju Lembut , Tak Jemu Makan

Enaknya makan kek keju panas-panas. Kalau dapat buat sendiri lagi puas menikmatinya. Buat anda yang terasa nak makan kek ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Maz Aries ini. Keknya lembut dan sedap..nak buat pun senang sangat..

1 cawan gula kastor
6 keping slice cheese
1/2 cawan susu cair
*semua bahan disatukn..masak hingga cair diatas api sederhana..kacau selalu supaya x berketul2 kemudian diketepikan..

3 biji telur(maz guna gred B)
250gm mentega (maz guna majerin pelangi je)
1 sudu teh esen vanila
*pukul semua bahan smpi kembang


Pastu masukkn cheese yg dicairkn tadi..pukul dgn kelajuan sederhana bg sebati..

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
*ayak bersama..


Masukkn ke dlm adunan..di kaup balik smpi sebati..

Kemudian masukkan dalam acuan lalu dikukus sampai masak lebih kurang 45 minit hingga 1jam..slmt mencuba…
Credit : Maz Aries
#mahn

