Talam Versi Keledek Lah Pulak

Share

Cuti esok best kan kalau dapat makan kuih talam. Kalau biasa buat talam keladi jom kita ubah jadi talam keledek pulak.
Rasa keledek yang manis memang sedap bila dimasukkan dalam ramuan kuih talam. Jom kita masak kuih talam yang gerenti sedap ni, sambil tengok perarakan Merdeka di kaca tv..

TALAM KELEDEK (ASALNYA TALAM KELADI)

BAHAN-BAHAN :

Bahan : Lapisan Bawah (A)
220 gm tepung beras (yatie guna 2 cawan)
40 gm tepung ubi (yatie guna 3 sudu besar)
1 1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir (yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
300 ml santan pekat
700 ml air

(B) 250 gm keledek (keladi) – (lebih sikit pun tak apa) – buang kulit, basuh, (basuh dengan air garam supaya tidak hitam), potong kiub dan kukus selama 5 minit – (kukus baru timbang)

CARA MEMASAK :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati.
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B .
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10' x 3".
4. Kukus selama 25 minit

Bahan : Lapisan Atas
150 – 180 gm tepung gandum (yatie guna 1 1/2 cawan)
250 gm gula halus
3 – 5 biji telur (yatie guna 3 biji)
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna


CARA MEMASAK :
1. Bancuh semua bahan , tapis ke dalam periuk.
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 30 minit. (Lap 5 minit sekali)

Resepi : Chef Asma
Rujukan : Sinar Kehidupan

Kredit khairiah khaizu

Published by
Faridah Talib