Tambah 1 Bahan Ni, Barulah Kuah Tomyam Jadi Lebih Sedap & Kaw

Share

Andai makan di restoran Thailand, pasti terpikat dengan rasa kuah  Tomyam yang pekat dan sedap. Isian dalam masakannya ringkas sahaja seperti isi ayam, aneka makanan laut dan sayur namun ramuan rencah kuahnya membuatkan rasa lebih enak. Bagi anda yang menggemari sajian Tomyam, resipi perkongsian saudari Mastura Razali ini boleh dicuba. Ringkas tapi penambahan susu sejat membuatkan rasa Tomyam ini jadi sangat sedap. Persis Tomyam di restoran Thai terkenal. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.

 

RESEPI TOMYAM THAI SIMPLE TAPI SEDAP & KUAH KAW 

BAHAN-BAHAN:
Isi ayam / udang / sotong
Lobak merah secukupnya
Bunga kubis secukupnya
Jagung muda secukupnya
2-3 batang saderi
1-2 paket cendawan enoki
1 biji bawang holland – potong baji beli online disini
4-5 ulas bawang putih – hiris beli online disini
2 inci lengkuas
1 batang serai – hiris
4-5 helai daun limau purut
4 akar ketumbar
2 biji tomato
Daun ketumbar secukupnya
Susu cair/sejat secukupnya beli online disini
4 sudu makan pes tomyam Thai beli online disini
Air secukupnya
Garam dan perasa jika perlu

CARA MEMASAK:
1.Rebus air dan masukkan akar ketumbar. Masukkan isi ayam. Masak sampai agak mendidih. Masukkan juga kesemua bawang, lengkuas, serai dan daun limau purut.

2. Masukkan pes tomyam. Guna pes tomyam ni best kerana tidak perlu masukkan cili kerana pedasnya sudah terasa.

3. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang keras terlebih dahulu kecuali cendawan. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.

4. Masukkan sotong dan udang diikuti dengan susu cair/sejat dengan secukupnya.

5. Akhir sekali masukkan cendawan dan tomato. Jangan lupa daun ketumbar. Jika ada sos ikan, boleh juga tambahkan. Jika tiada, abaikan sahaja.

6. Tomyam kaw siap. Sedia dihidang panas-panas bersama telur dadar.

Kredit resipi & foto: Mastura Razali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur