Bagi penggemar lauk pauk pedas dan bersambal, resipi Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad antara yang boleh dicuba. Sedap dan tentunya hangat. Namun bagi penggemar lauk bercili, tentunya berasa nikmat. Selain ikan cencaru, boleh juga guna ikan lain ataupun ayam. Sesuaikan sahaja ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan. 2. Kisar kasar belacan, bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan cili merah. Pastikan kisaran tidak terlalu halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan juga serai yang diketuk dan teruskan masak hingga pecah minyak. (minyak perlu lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik).
4. Masukkan air asam @ asam keping, garam dan gula secukup rasa. Sebatikan.
5.Bila sudah cukup rasanya, tuang sambal di atas ikan. 6. Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas sedia untuk dihidang.
Orang kata Februari ni bulan kasih sayang. Jadi, apa kata esok kita buat sesuatu yang istimewa sikit untuk raikan insan yang
tersayang. Tak kiralah bersama emak ke, ayah ke ataupun pasangan. Kita buat shellout. Nak makan di luar boleh tahan
harganya. Jadi kali ni kita buat sendiri.
SHELLOUT BAJET HOMEMADE
Bahan kisar
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang cili padi
2 batang serai
Sedikit ikan bilis dan belacan
Bahan lain
5 sudu besar cili boh
daun limau purut
2 batang serai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Bahan-bahan
5 ekor sotong
2 ekor ketam nipah
15 ekor udang
Sayur brokoli
Jagung
Tomato
Lobak merah
5 sudu besar cili boh
daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
Bahan Rebus
1. Jagung dan brokoli sahaja direbus. Sayur lain tak perlu rebus.
2. Rebus ketam, udang, sotong.
3. Ketam direbus asing. Air rebusan ketam akan diguna untuk kuah. Kalau campurkan semua sekali. Nanti nak buat kuah pati
tak sedap.
Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan cili boh.
2. Semasa menumis, masukkan daun limau purut dan juga serai.
3. Apabila sudah naik bau dan cili dah masak, boleh masukkan 5 senduk air rebusan ketam.
4. Masukkan sos tiram dan sos cili.
5. Masukkan gula dan garam.
6. Apabila sudah siap kuah, masukkan semua sayur dan seafood tadi. Gaul dan hidangkan. Siap.
Lauk pauk tradisi memang tiada tandingan sedapnya. Buat kita terkenang-kenang. Memang susah nak cari orang menjual lauk pauk sebegini kecuali kalau dimasak sendiri. Contohnya seperti menu pisang muda masak lemak cili api campur bilis & tempoyak. Memang mengembalikan nostalgia lampau. Resipi yang dikongsi oleh
SuiSan Aliezsha menjadi kegemaran kerana ibunya sering memasak menu ini untuk mereka sekeluarga.
Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak
Bahan-bahan:
Pisang muda- cuci bersih-bersih. Rendam dengan air garam dan asam keping (saya guna pisang emas,ada pisang kapas lagi sedap)
Cili api(ditumbuk)
Kunyit hidup (dtumbuk)
Tempoyak (ikut suka korang letak banyak mana)
Asam keping & ikan bilis
1 1/2 biji kelapa parut (perah amik pati)
*Pisang tu ikut korang banyak mana. Kalau lebih sesisir jangan lupa lebihkan kelapa.Biar betul-betul pekat kuah gulai korang.
Cara memasak: 1.Sediakan kuali,masukkan santan,asam keping,cili api,ikan bilis dan pisang. Masak, kacau sehingga mendidih. 2.Agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak. 3.Pastikan garam secukup rasa.. 4.Siap untuk dihidang.
Pemanis mulut seperti menjadi menu wajib dalam senarai hidangan, walaupun hanya ada satu dua jenis, ia tetap jadi tarikan kerana dessert adalah pelengkap hidangan. Bagi anda yang ingin mencuba. Ini RASA kongsi 3 menu dessert untuk anda semua cuba.
AGAR-AGAR GULA MELAKA:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
1 peket serbuk agar-agar (10gm)
1 liter air
200g gula melaka
1/4 cawan gula
BAHANB:
100ml santan pekat |santan kotak
150ml air
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan A.
Masak hingga larut.
Campurkan pula bahan B, kemudian campurkan dalam A setelah mendidih.
Terus kacau, apabila mendidih semula tutup api.
Masukkan dalam acuan.
Sejukkan sebelum dihidangkan
TRUFFLE KASTARD BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
KEK SPAN VANILA
4 biji telur
180gm gula halus
170gm tepung kek
70gm air
1 sudu the baking powder
15gm ovellete
50gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1 tin buah-buahan cocktail
KRIM KASTARD
BAHAN A:
530ml susu penuh krim
105gm gula kastor
BAHAN B: guna hand wisk
3 kuning telur
60gm tepung Jagung
1 sudu teh esen vanila
BAHAN C:
53gm mentega
CARA MEMASAK:
Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian ayak.
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecualiminyak jagung
Putar dengan kelajuan perlahan dulu.
Bila nampak bersatu, tukar kelajuan laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula. Gaul rata.
Kemudian tuang di dalam loyang 8 inci yang dilapik dengan kertas kek dan disapukan mentega sekelilingnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 170C.
Bakar selama 30 – 35 minit
Setelah kek betul-betul sejuk, potong bentuk kuib.
Sementara itu, sediakan krim kastard, campur Bahan A dalam periuk.
Masak atas api sampai timbul gelembung.
Tuangkan sedikit dalam bahan B, kacau sebati
Seterusnya masukkan bahan tersebut ke dalam periuk bahan A.
Masak seketika dan masuk Bahan C. kacau sebati hingga berkilat.
Masukkan kastard dalam piping bag supayadan simpan dalam peti sejuk sebelum sedia digunakan..
Untuk menghidang, potong cube kek tadi dan susun dalam gelas.
Paip custard dan lapiskan pula dengan buah cocktail.
Ulang sampai atas gelas.
CHO FUDGE & CHOC CREAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung
1 1/2 sudu teh baking soda
Secubit garam
250gm mentega
1 cawan gula perang
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan buttermilk
CHOCOLATE BUTTERCREAM:
170gm mentega
3/4 cawan gula icing
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla.
2-3 sudu makan whipping cream
CARA MEMASAK:
Bancuhkan serbuk koko dengan air panas, kacau dan ketepikan.
Campurkan tepung, soda dan garam, kemudian ayak bersama.
Putar mentega, gula kastor dan gula perang.
Tambahkan telur sebiji demi sebiji, kemudian tambahkan vanilla.
Akhir sekali masukkan buttermilk dan tepung secara berselang seli.
Masukkan dalam acuan dan bakar selama 25 minit dengan kepanasan 165C.
Untuk menyediakan butter cream , putar mentega dan gula ising hingga lembut.
Masukkan serbuk koko dan vanila, gaul rata dan tambahkan whipping cream.
Kacau rata hingga lembut dan gebu.
Untuk menghidangkannya, potong kek bentuk kiub. Masukkan sedikit dalam gelas.
Paipkan krim coklat menggunakan piping bag dan lapisankan semua kek dan akhiri dengn lapisan krim coklat.